Thursday, October 31, 2013
Muhammad Rayyan Irfan..
Wednesday, October 30, 2013
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..
Alhamdulillah..Genap 20hari hayat hidup anak aja..Jam 4am anak aja,'Muhammad Rayyan Irfan' telah pergi dijemput sang penciptanya..Selamat dikebumikan jam 9.30am..Allah permudahkan semuanya..Tipu kalau tak sedih..Tapi Allah beri aja kekuatan yang luar biasa..Aja pangku jenazah baby aja,aja lihat jenazah dimandikan,dikapankan dan dikebumikan..Aja ukirkan senyuman yang bermakna dan tak lekang ucapan syukur pada-NYA..Sesekali ada air jernih membasahi pipi..Tapi ketenangan jiwa yang Allah beri tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..I am strong coz Allah gave it to me..Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA jualah kita kembali..Allah hanya akan menguji hamba-NYA mengikut kemampuan umat-NYA..There's nothing to sad on coz I know he's waiting for us..Di Syurga sana..InshaAllah..Allah ambil orang yang kita sayang tapi Allah beri kita rahmat dan hidayah yang begitu besar iaitu tiket ke syurganya..Alhamdulillah!Allahuakbar!Will story more later..Tqsm for the doa n wishes!:)
Doa,Sabar,Redha dan Ikhlas..
Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin,tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi..Ada dalam satu hadis menyebut ada 3orang yang Allah takkan tolak doanya..Pertama,doa seorang musafir..Kedua,doa seorang peminpin yang adil dan yang ketiga,doa seorang emak..(orang yang teraniaya pun doanya takan ditolak,dalam hadis lain)..Dan apabila seseorang itu ditimpa musibah,Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya ditambahkan dengan doa “Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa” (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) [HR Muslim].
Tuesday, October 29, 2013
Harapan..
Sebagai hamba-NYA,kita tak boleh berhenti berharap tapi kita juga tidak boleh terlalu berharap..Semenjak Allah wujudkan janin di dalam rahim seorang ibu,ibu itu mula berharap agar anaknya sihat dan sempurna..Semakin membesar kandungannya,semakin tinggi harapan seorang ibu..Sebaik sahaja anaknya dilahirkan didunia,semakin bertambah harapannya..Begitulah seterusnya..Harapan seorang ibu takkan pernah terhenti..
Monday, October 28, 2013
Tiada Harapan..
Allah benar-benar sedang menguji kami..Tengahari tadi aja received call from IJN..Katanya doctor dan caunselor nak jumpa bincang pasal baby..Mula-mula aja tak syak apa-apa..Aja lebih suka berfikir yang baik-baik..Tapi bila bagitahu hubby,dia dah fikir macam-macam takut anak kenape ke kan..Aja kata takdelah..Sepanjang perjalanan ke IJN aja rasa berdebar-debar tapi aja tepis perasaan tu..Dalam 1pm++ sampai doctor takde keluar lunch..So tunggu sekejap sambil tengok baby..Datang sorang doctor dan cakap sebenarnya keadaan baby tak begitu baik..Doctor kata tunggu doctor sorang lagi akan terangkan dengan lebih lanjut..Aja dah tak sedap hati,air mata laju je turun membasahi pipi..Aja berdoa pada Allah.."Berikanlah yang terbaik untuk anak ku..Jika kau mengizinkan dia untuk hidup maka permudahkanlah Ya-Allah..Tapi jika sebaliknya aku mohon kau isi hati ku dengan keredhaan dan keikhlasan..Kuatkan lah aku sebagai hamba-Mu Ya-Allah.."..Tiba-tiba doctor yang dinanti tiba..Doctor kelihatan cuba menyusun ayat yang sesuai..Apa yang minda aja dapat tangkap.."Keadaan baby semakin memburuk,tak seperti yang kita harapkan.."..Memang sebelum masukkan pacemaker doctor dah cakap 50-50 samada berjaya atau makin memburuk..Aja cuma iyakan dan hubby tanya apa cara yang terbaik lagi?..Doctor kata dah cuba semaksimum mungkin.."Baby dah takda harapan,kalau kita teruskan semua usaha kesian dekat baby"..Kenyataan yang pahit untuk aja terima tapi harus aja telan dengan hati yang tabah..Aja tak mampu bersuara,hanya air mata deras mengalir..Doctor kata mereka akan buat perbincangan esok,kalau tak ada juga jalan keluar maka mereka akan cabut semua bantuan dan biarkan baby pergi secara natural..Aja tak tahu apa aja rasa dan fikir..Aja cuma berdoa Allah beri yang terbaik..Tolong doakan anak aja,'Muhammad Rayyan Irfan'..Aja cuma nak yang terbaik..Andai Allah nak ambil anak aja,aja akan cuba kuatkan dan tabahkan hati..Mungkin Allah nak beri aja saham akhirat..Aja akan terima apapun ketentuannya..
Sepatutnya..
Friday, October 25, 2013
My son is a fighter!
Umi pernah cakap dekat aja.."Ingat kakak pernah diuji,dalam sekelip mata Allah ambil anak kakak,Allah tahu kakak kuat sebab itu Dia uji kakak..".."Aja pun kuat,sebab tu sekarang Allah sedang uji aja..Sabar dan redha dengan ujian-Nya"..Aja senyum dan angguk..Dulu waktu Allah uji kita dengan kehilangan arwah airien,aja selalu tanya..Macam mana perasaan kakak sebagai ibu dan perasaan abang zan sebagai ayah?Tabahnya mereka berdua,sedangkan aja sebagai makcik kepada airien rasa sangat berat dengan ujian-Nya..Rasa sukar nak terima bila Allah ambil arwah airien sekelip mata saja..Aja selalu fikir aja tak mampu jadi sekuat kakak..Besar ujian Allah kepada kakak sekeluarga..
Wednesday, October 23, 2013
Fragile Heart..
Hari ni ummi tak dapat tahan rasa sebak bila tengok anak ummi..Ummi tak dapat bendung air mata ummi..Emosi ummi down..Ummi rasa terseksa sangat bila tengok anak ummi dalam keadaan macam tu..Banyak yang much better tapi ada je doctor diagnos hal lain..Ummi dengan abah dah tak tahu apa lagi lepas ni..Ummi tahu anak ummi kuat,tapi satu demi satu masih belum nampak apa kesudahannya..Dah 13hari berlalu..Ummi tak tahu sekuat mana lagi ummi boleh bertahan..Ummi kesian sangat dekat anak ummi..Ya-Allah..Kasihanilah kami hamba-MU yang lemah lagi tak berdaya..Berikanlah kami kekuatan dan kejaiban buat anak kami..Bantulah kami..Amin..
Monday, October 21, 2013
10days
Alhamdulillah umur anak ummi dah masuk 10hari..The first 1week ummi rasa sangat down..Ummi asyek menangis je..Tapi dalam 3days ni ummi rasa much better dan makin kuat..Kadang-kadang ummi rasa tak percaya dengan apa yang sedang ummi lalui..Tak pernah terlintas akan diuji sebegini rupa..Namun ummi tahu Allah sebaik-baik perancang..Pasti ada hikmah disebalik setiap yang terjadi..3days a go ummi dah cakap dengan anak ummi yang ummi akan kuat dan takkan menangis depan anak ummi..Alhamdulillah,I did it!Walaupun setiap kali lihat anak ummi hati ummi sangat pilu..Entah berapa kali hati ini terasa pedih disiat-siat tapi ummi kuatkan semangat..Sebab ummi boleh lihat anak ummi sedang berjuang!Demi anak ummi,ummi tabahkan hati sedaya yang mampu..Walaupun menurut doctor anak ummi consider critical lagi..Tapi ummi masih tersenyum walaupun kelat..Doctor kata kena sabar lebih dan banyak berdoa..Itu yang sedang ummi dan abah lakukan..Ummi taknak terlalu mengharap tapi ummi takkan berhenti berharap!Ummi akan cuba lalui semua ini dengan hati yang lapang..Kalau boleh setiap masa ummi nak bersama anak ummi..Tapi ummi tak boleh lawat anak ummi 2times daily sebab ummi tak sihat sepenuhnya lagi..Ummi rasa sakit tapi ummi lawan dan bertahan sebab ummi nak tengok anak ummi..Tapi ummi kena dengar nasihat orang lain yang ummi kena jaga diri supaya cepat sihat jadi boleh la ummi jaga anak ummi kelak..inshaAllah ummi akan cuba jaga diri ummi..Ummi nak cepat sihat!Ummi nak jaga anak ummi!Moga Allah permudahkan!Amin..Siang tadi anak ummi bukak kedua-dua belah mata!Ya-Allah!Cantiknya mata anak ummi!Gembira betul ummi!:))..Ummi harap anak ummi sihat,biar lambat pun ummi dan abah akan sabar menunggu!We love you dunia n akhirat!
Friday, October 18, 2013
Much Better..:)
Thursday, October 17, 2013
Kritikal
Bismillahirrahmanirrahim..
Tuesday, October 15, 2013
Salam Aidiladha!:))
Salam Aidiladha buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi!Alhamdulillah dah masuk hari ke lima berpantang..Berpantang tanpa anak di sisi quite hard..Tapi inshaAllah aja boleh lalui semua ni..Kalau nak cerita sedih di hati rasa macam tak terluah sebab terlalu perit..Dalam keadaan sakit rasa macam tak daya,tapi fikir anak inshaAllah aja cuba jadi kuat..Depan semua orang aja mampu ketawa bercerita macam tak de apa-apa,tapi bila duduk sorang-sorang memang akan teringat dan sedih..Air mata pun automatic mengalir,tapi cepat-cepat lap air mata dan positivekan diri!Aja kena kuat demi anak aja!InshAllah will do!:))..First time tengok anak,terkedu..Hanya air mata mengalir tak henti..Tapi lepas 2-3times tengok dah okay..Tak sampai hati tengok anak penuh dengan wayar-wayar..Ada gambar tapi tak sanggup nak upload..:((..Muka anak ummi macam ummi la!Adala muka abah skit..hehe..:D..InshaAllah esok anak nak kena operate masuk battery dalam jantung..Aja mohon doa dari semua..Mudah-mudahan berjalan lancar..Panjang umur anak aja,inshaAllah..Selamat berhari raya semua,sedapnya daging qurban!Aja hanya mampu melihat..hihi..:D..Ok la,sampai sini dulu coretan aja..So..