pwincessAJA~M-E-A!~

HAILA!

free page hit counter
online

Thursday, November 7, 2013

Happy 2nd Anniversary Sayang!:)


Alhamdulillah!2years as husband and wife!More years to come!InshaAllah!Amin!:)
I LOVE YOU SO MUCH DUNIA DAN AKHIRAT!<3


Since masih dalam pantang,no celebration and no special gift..Tapi orang pantang boleh masak meggi so ni dulu la hadiah untuk suami tercinta!Ada udang galahh lagi tuh!Aja telan ayaq liuq jela sambil masak!hahaha!Masak penuh kasih sayang ni..:)








Monday, November 4, 2013

A week already..:)


Alhamdulillah seminggu dah arwah Muhammad Rayyan Irfan pergi menemui sang penciptanya..Aja bersyukur dengan sokongan suami,keluarga dan sahabat handai yang tak pernah kurang untuk buat hati aja rasa sepi..Terima kasih sangat-sangat dekat suami dan keluarga aja yang begitu ambil berat dan risaukan diri aja..Kata-kata semangat yang tak pernah putus buat diri aja..Sahabat-sahabat yang tak pernah lupa bertanya khabar akan keadaan diri ini..Rakan-rakan blogger yang memberi comment bagi menguatkan semangat aja..Syukur Ya-Allah!Sebab aja dikelilingi oleh orang-orang yang sayang aja,ada dengan aja di saat-saat aja ditimpa musibah..Ya-Allah,nikmat mana yang mahu aku dustakan?

Aja hanya mampu tersenyum bila ada sahabat-sahabat aja yang call ucapkan takziah selepas beberapa hari arwah pergi..Mereka tak call awal-awal..Sebabnya mereka takut aja masih bersedih dan tak nak buat aja makin sedih..Ya-Allah,prihatinnya sahabat-sahabat aja!Oh yea,Thanks aida for the post dekat blog aida!Aja dah baca..:)


Kalau tanya soal sedih,memang masih sedih..Cuma aja tak terlalu bersedih sebab dari awal aja dah kuatkan hati aja untuk terima takdir yang telah Dia tentukan..Aja fikir satu je,'Anak aja dah bahagia dekat sana,inshaAllah aja akan jumpa dia dekat sana dengan izin-NYA'..Aja pun sentiasa doa pada Allah supaya kuat kan hati dan semangat aja hari demi hari..Anak itu hak Allah,Dia nak beri atau ambil semuanya hak Dia..Suatu hari nanti kita pun akan dijemput oleh-Nya..Cuma bila dan bagaimana kita tak tahu..Semua itu rahsia Allah..:)








Salam Maal Hijrah!:)


Alhamdulillah..Hijrahkan hati supaya sentiasa cuba untuk menjadi hamba-NYA yang lebih soleh/solehah,istiqamah dan bertakwa!Amin..Salam Maal Hijrah dari aja dan suami sekeluarga!

*Alhamdulillah sempat baca doa akhir dan awal tahun..:)*





Friday, November 1, 2013

Disebalik Kuatnya Seorang Ibu..

Kuat tak bererti aku tak menangis..Sesekali teringat dan rasa rindu aku menangis dan pohon pada Allah supaya beri pahala disebalik kerinduan seorang ibu ini..


Kuatnya aku adalah aku terima qadha dan qadhar-NYA..Kuatnya aku adalah aku tidak meratapi kepergian insan yang aku cintai..Kuatnya aku adalah aku masih meneruskan kehidupan aku,masih menghabiskan sisa saki baki pantang aku tanpa seorang baby disisi..Kuatnya aku adalah aku masih mampu tersenyum dan bergelak tawa menikmati kehidupan yang Allah berikan buat aku..

Disebalik kekuatan aku itu aku masih mengalirkan air mata..Air mata rindu seorang ibu kepada anaknya..Salahkan aku bila aku masih menitiskan air mata?Baru dua hari anak aku pergi menemui sang penciptanya..Cukupkah tiga hari bagi aku untuk tidak merasa sedih dan rindu?Sedangkan masa arwah airien pergi dulu,sampai sekarang aku masih terasa sangat rindu pada ahli syuga-NYA itu..Sesekali aku masih menangis apabila rindu pada arwah..

Tapi jangan disalah sangka..Tangisan ku bukanlah aku meratapi,meraung seakan tidak dapat redha dan ikhlas dengan qadha dan qadhar-NYA..Cuma tangisan yang mengeluarkan beberapa titis air mata,mengeluarkan rasa rindunya seorang makcik pada anak buah yang pernah aku jaga dan jadikan tempat bermanja sebelum Allah menjemputnya ketika usianya setahun lapan bulan..Jadi begitulah jua sekarang..Tangisan seorang ibu yang rindu akan cahaya mata yang dikandungnya selama 9bulan..

Jadi salahkan aku apabila aku masih menangis?Aku tak menangis didepan orang bukan kerana aku ingin menunjukkan betapa kuatnya aku..Tapi kerana aku taknak orang salah sangka yang aku ini tak dapat terima ketentuan-NYA..Aku masih menangis didepan suamiku..

Fahamilah,aku seorang ibu yang begitu mengharapkan kehadiran seorang cahaya mata didalam hidupnya..Setahun lebih aku menanti akhirnya Allah beri aku rezeki itu..9bulan aku menanti,akhirnya Allah beri rezeki untuk anak aku lahir kedunia ini..Jadi bila saat rezeki aku sampai disini sahaja,berdosakah aku untuk merasa sedih?





 
blog template by suckmylolly.com