pwincessAJA~M-E-A!~

HAILA!

free page hit counter
online

Tuesday, May 19, 2020

Thirty One Years Old

15th May 2020

Alhamdulillah and praise to Allah for His blessings.

Syukur Ya-Allah for another year of my life.





I pray for Allah's protection, guidance in my actions, steps and thoughts

Above all, praying for a healthy and lucky life a head 🥰



Alhamdulillah for this small family of mine

I wont ask more because I already have everything ❤️

Wednesday, January 16, 2019

2019!

Assalamualaikum!

Haila guys! Its been a while since the last post.
My last update was 3 years a go is it?
Alhamdulillah its 2019! I am so blessed with my life!
Im glad for having a wonderful husband and lovely kids!
Im now a mother of three sons!!!
One in heaven and two on earth ❤️




Life has been a amazing, Alhamdulillah.

My eldest- Muhammad Rayyan Irfan
My Late Son
(11.10.2013-30.10.2013)

My 2nd- Muhammad Rayyan Irham
(11.11.2016)

My youngest- Muhammad Rayfal Irsyad
(12.12.18)

I love three of them all the same, the ones who are not here in the earth and both who is here together with me and the family!

Blessed and grateful. Missing is the price we pay for LOVE. May we all reunite in heaven one sweet day ❤️


Lots of love,
AJA

Wednesday, July 13, 2016

SALAM EID' FITRI 2016

Salam,Oya guys!Haila!Semalam lupa nak wish 
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN :)
Alhamdulillah tahun ke-5 kami beraya as husband and wife, masih beraya berdua. Doakan in sha Allah tahun depan bertiga yer ;)

DAY 1 EID FITRI-GOMBAK

Tiap-tiap tahun semenjak ada kubur anak untuk di ziarah memang kami akan beraya di Gombak dulu, beraya bersama keluarga mentua. Malam baru bertolak balik ke Kelantan.
Dah 4tahun berturut-turut solat raya pakai jubah merah sebab terasa dekat dengan arwah irfan, jubah tu pakai masa 1st raya tahun 2013, masa tu tengah pregnant kan irfan 7months :)

*tahun depan pun ummi akan pakai lagi :)*

Lepas solat raya berehat dulu sambil mendobi sebab malam nak bertolak ke Kelantan, tahun ni tema coklat tersama macam last year pulak hihihi


*mak dan menantu perempuan*

*my parents in law*

*adik-adik ipar perempuan dan anak buah*

Macam biasa tempat wajib ziarah pusara anakanda tercinta Muhammad Rayyan Irfan :)
A day before dah datang kemas dan bersihkan pusara irfan dan kawan-kawan.


DAY 2 EID FITRI-KELANTAN

Bertolak ke Kelantan Jam 11.30pm tapi sampai Bachok, Kelantan jam 8.30am kes banyak berhenti tidur. Husband mengantuk je, 3kali berhenti 3kali jugak dia tidur. Aja memang tak boleh drive malam sebab silau tinggi, sempat drive 5km area Gua Musang lepas tu surrender dengan salah masuk jalan lagi hahaha Langsung husband tak kasi drive malam dah. 



Biasanya raya kedua angoh dan cik na(makcik-makcik) akan buat Open house, pagi belum mandi terjah rumah angoh untuk makan pagi sebab kalau dah tidur ni mau sampai ke petang hihihi Macam biasa semua kata aja oyak tak kelik!(tiap-tiap tahun oyak tak kelik tapi raya kedua je ada je muncul depan pintu hahaha)
Memang ikutkan tak balik tapi boss husband kasi jugak cuti Jumaat maka wajiblah pulang ke kampung halaman! Setahun sekali je pun baliknya. Settle breakfast balik tidur rumah mok B dulu tengahari bangun lepas tu baru la ke rumah cik na.



Macam biasa wajib la ke Pantai Irama, Bachok, Kelantan make colek sotong goreng tepung! Yummy! Dekat kelantan panas Ya-Rabbi memang mandi peluh!


Lagi satu aktiviti wajib bila balik kelantan cari Maggie Ketam! Ada banyak tempat tapi paling favorite dekat D'Syaz Maggie Ketam, Pantai Cahaya Bulan(PCB)! Kali ni menunggu dekat 2jam weyyh! Tapi bertabah jela sebab #inikanraya hehehe Every year gitu cuma before this taklah sampai 2jam, kitorang siap gi tapau colek kat PCB lagi sebab kelaparan hahaha



 DAY 3 EID FITRI-KELANTAN TO TERENGGANU

Memandangkan last balik terengganu 3tahun lepas maka tahun ni decide untuk balik terengganu, masa singkat sangat ikutkan penat perjalanan Gombak-Kelantan tak habis lagi tapi takpe la setahun sekali
Sebelum bergerak ke Terengganu sempat singgah Pantai Irama tapau colek hehehe Tapi tak terus ke Terengganu lagi, singgah rumah kak qis di Pasir Puteh dulu. Ma mertua kak qis buat laksa dan laksam, lepas makan kami suami isteri mengantuk pulak hahaha Tidur sampai jam 3pm!
Kul 4pm++ baru gerak ke Terengganu dengan jalan jammed tengah malam baru sampai, seharian rugi camtu je tak sempat jalan-jalan melawat ganu huhuhu


DAY 4 EID FITRI-TERENGGANU TO GOMBAK

Bermalam rumah Mok Teh Moh(kakak umi), breakfast nasi lemak Terengganu dan juga Nasi Dagang! Berpinggan-pinggan aja makan, nasi lemak Terengganu special makan dengan ikan aye(ikan tongkol). Tengahari singgah kenduri anak pada sepupu aja, takde mood sangat bergambar kes panas amaaaat! Ingat Kelantan je panas sekali Terengganu boleh tahan jugak panas nasib kenduri ada aircond! Ada few pictures tu pun sebab husband yang gigih ajak wefie hihihi



Haila!Kat kenduri jumpa la sedara mara belah umi tapi memang tak bergambar sebab penat sangat. Sebelum gerak balik Gombak kita singgah Sabasun(pasaraya) cari kuih Ropa! Pasar pun dok dang nak singgah sebab dah lewat petang jugak. Masuk highway smooth lagi sampai bentong memang ikut jalan lama! Tu pun dari 5.30pm sampai rumah 12.30pm ikut jalan pusing-pusing macam ular! Haila! Nasib konvoi dengan kereta ayoh kalau tak kami berdua rela redah jammed sebab bahaya jalan lama tu.
Alhamdulillah raya macam biasa mungkin sebab dah tua jadi tak enjoyed macam dulu-dulu hahaha
In sha Allah ada anak nanti baru la meriah dan seronokkan!
SHRMZB and may all of you have a great Raya!:)




Lots of lurv,

Tuesday, July 12, 2016

FOSSIL MALAYSIA ONLINE

Koleksi Jam Tangan Fossil Malaysia untuk Wanita

Bagi pengumpul koleksi jam tangan berjenama atau watch collector, koleksi jam tangan Fossil pastinya tidak akan terlepas dari pandangan anda. Jenama antarabangsa yang cukup popular ini sering mendapat perhatian penggemar dari seluruh dunia dengan rekaan jam tangan yang cukup eksklusif dan trendi. Sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, Fossil telah membawakan aneka pilihan koleksi jam tangan terbaik untuk lelaki dan wanita.

Setiap jam tangan yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. Kini, koleksi jam tangan Fossil bukan sahaja boleh anda miliki di butik Fossil berhampiran, malah boleh dibeli secara online di portal online terpilih. Bagi penggemar wanita jenama Fossil Malaysia online, berikut merupakan koleksi jam tangan online yang boleh anda temui di pasaran;

Bagi penggemar aksesori kulit, Fossil membawakan koleksi leather strap watch yang boleh anda temui dalam beberapa pilihan warna tali kulit yang menarik mengikut citarasa anda.

 Serta jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Fossil Gold Rose watch yang cukup popular dengan rekaan yang elegan dan sentuhan feminine seperti berikut.
Wanita aktif juga boleh memiliki koleksi jam tangan bertali silikon keluaran Fossil yang tahan lasak dan juga dilengkapi dengan fungsi-fungsi istimewa.

 Dan bagi wanita yang feminine, anda wajib memiliki koleksi jam tangan bertali halus Fossil yang juga tersedia dalam beberapa pilihan bracelet strap yang lain.


Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk bersesak ke 'shopping mall' bagi mendapatkan jam idaman anda, cuma klik sahaja pada Fossil Malaysia online pasti akan memudahkan urusan anda untuk memilih dan membeli jam idalam hati yang bersesuaian dengan gaya harian anda!





Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com