pwincessAJA~M-E-A!~: ♥AIDILFITRI♥

HAILA!

free page hit counter
online
Showing posts with label ♥AIDILFITRI♥. Show all posts
Showing posts with label ♥AIDILFITRI♥. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

SALAM EID' FITRI 2016

Salam,Oya guys!Haila!Semalam lupa nak wish 
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN :)
Alhamdulillah tahun ke-5 kami beraya as husband and wife, masih beraya berdua. Doakan in sha Allah tahun depan bertiga yer ;)

DAY 1 EID FITRI-GOMBAK

Tiap-tiap tahun semenjak ada kubur anak untuk di ziarah memang kami akan beraya di Gombak dulu, beraya bersama keluarga mentua. Malam baru bertolak balik ke Kelantan.
Dah 4tahun berturut-turut solat raya pakai jubah merah sebab terasa dekat dengan arwah irfan, jubah tu pakai masa 1st raya tahun 2013, masa tu tengah pregnant kan irfan 7months :)

*tahun depan pun ummi akan pakai lagi :)*

Lepas solat raya berehat dulu sambil mendobi sebab malam nak bertolak ke Kelantan, tahun ni tema coklat tersama macam last year pulak hihihi


*mak dan menantu perempuan*

*my parents in law*

*adik-adik ipar perempuan dan anak buah*

Macam biasa tempat wajib ziarah pusara anakanda tercinta Muhammad Rayyan Irfan :)
A day before dah datang kemas dan bersihkan pusara irfan dan kawan-kawan.


DAY 2 EID FITRI-KELANTAN

Bertolak ke Kelantan Jam 11.30pm tapi sampai Bachok, Kelantan jam 8.30am kes banyak berhenti tidur. Husband mengantuk je, 3kali berhenti 3kali jugak dia tidur. Aja memang tak boleh drive malam sebab silau tinggi, sempat drive 5km area Gua Musang lepas tu surrender dengan salah masuk jalan lagi hahaha Langsung husband tak kasi drive malam dah. 



Biasanya raya kedua angoh dan cik na(makcik-makcik) akan buat Open house, pagi belum mandi terjah rumah angoh untuk makan pagi sebab kalau dah tidur ni mau sampai ke petang hihihi Macam biasa semua kata aja oyak tak kelik!(tiap-tiap tahun oyak tak kelik tapi raya kedua je ada je muncul depan pintu hahaha)
Memang ikutkan tak balik tapi boss husband kasi jugak cuti Jumaat maka wajiblah pulang ke kampung halaman! Setahun sekali je pun baliknya. Settle breakfast balik tidur rumah mok B dulu tengahari bangun lepas tu baru la ke rumah cik na.



Macam biasa wajib la ke Pantai Irama, Bachok, Kelantan make colek sotong goreng tepung! Yummy! Dekat kelantan panas Ya-Rabbi memang mandi peluh!


Lagi satu aktiviti wajib bila balik kelantan cari Maggie Ketam! Ada banyak tempat tapi paling favorite dekat D'Syaz Maggie Ketam, Pantai Cahaya Bulan(PCB)! Kali ni menunggu dekat 2jam weyyh! Tapi bertabah jela sebab #inikanraya hehehe Every year gitu cuma before this taklah sampai 2jam, kitorang siap gi tapau colek kat PCB lagi sebab kelaparan hahaha



 DAY 3 EID FITRI-KELANTAN TO TERENGGANU

Memandangkan last balik terengganu 3tahun lepas maka tahun ni decide untuk balik terengganu, masa singkat sangat ikutkan penat perjalanan Gombak-Kelantan tak habis lagi tapi takpe la setahun sekali
Sebelum bergerak ke Terengganu sempat singgah Pantai Irama tapau colek hehehe Tapi tak terus ke Terengganu lagi, singgah rumah kak qis di Pasir Puteh dulu. Ma mertua kak qis buat laksa dan laksam, lepas makan kami suami isteri mengantuk pulak hahaha Tidur sampai jam 3pm!
Kul 4pm++ baru gerak ke Terengganu dengan jalan jammed tengah malam baru sampai, seharian rugi camtu je tak sempat jalan-jalan melawat ganu huhuhu


DAY 4 EID FITRI-TERENGGANU TO GOMBAK

Bermalam rumah Mok Teh Moh(kakak umi), breakfast nasi lemak Terengganu dan juga Nasi Dagang! Berpinggan-pinggan aja makan, nasi lemak Terengganu special makan dengan ikan aye(ikan tongkol). Tengahari singgah kenduri anak pada sepupu aja, takde mood sangat bergambar kes panas amaaaat! Ingat Kelantan je panas sekali Terengganu boleh tahan jugak panas nasib kenduri ada aircond! Ada few pictures tu pun sebab husband yang gigih ajak wefie hihihi



Haila!Kat kenduri jumpa la sedara mara belah umi tapi memang tak bergambar sebab penat sangat. Sebelum gerak balik Gombak kita singgah Sabasun(pasaraya) cari kuih Ropa! Pasar pun dok dang nak singgah sebab dah lewat petang jugak. Masuk highway smooth lagi sampai bentong memang ikut jalan lama! Tu pun dari 5.30pm sampai rumah 12.30pm ikut jalan pusing-pusing macam ular! Haila! Nasib konvoi dengan kereta ayoh kalau tak kami berdua rela redah jammed sebab bahaya jalan lama tu.
Alhamdulillah raya macam biasa mungkin sebab dah tua jadi tak enjoyed macam dulu-dulu hahaha
In sha Allah ada anak nanti baru la meriah dan seronokkan!
SHRMZB and may all of you have a great Raya!:)




Lots of lurv,

Monday, July 27, 2015

SALAM EID' FITRI 2015



Salam,Oya guys!Dikesempatan ini aja menyusun 10jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap serta kata-kata yang mengguriskan hati..:)


Alhamdulillah raya tahun ni macam biasa tempat wajib pergi ziarah pusara Irfan lepas tu beraya rumah in laws sempat raya rumah kawan2 aja jugak..Sampai rumah dekat pukul 12am sebab dari Klang so balik siap2 kemas nak kelik Kelantan pulak,4am baru bertolak sampai pukul 9.30am terus raya!hihihi


Bila berdua ni nak travel senang sikit anytime je on tapi make sure driver cukup tidur la hehehe Aja jadi co-pilot tapi masa balik Kelantan tak berapa nak lena kalau dah 5jam 30minit sampai Kelantan siap ada berhenti solat subuh and petrol pump memang laju husband aja pecut!Baru nak terlena ja terus terjaga haishhh nak marah kang dia kalau bawak slow dia mengantuk pulak jadi kita diam jela sambil kekadang tekan hand break imaginasi sendiri 😁




Nur Damia Sofia sekarang dah 3tahun lebih mulut dia pandai sangatttt penat nak melayan lepas tu manja kededek pek sikit-sikit nak nangis geram cik ja dengan dia tapi bila jauh rinduuuu sangat kalau call bukan dia nak cakap haishhh
"Marah..marah..marah..Semua orang marah mia"
dia mengadu bila cik ja dia marah..Dah noty sangat mana la orang tak marah hahaha




Nur Ainul Sofea umur setahun lebih tapi kalau letak sebelah Mia memey samo besar!Pampers pun size samo!Ainul ni kena pandai gaya baru dia reti senyum dan suko kalu tak dia tengok orang macam takde perasaan hihihi Cik ja suko dukung dia so selalu la dia mengepak hulur tangan kat cik ja dia..Nanti kalau boleh mulut tolong la rajin cakap telepong ngan cik ja k!


My Humble Family in sha Allah sampai syurga kita berkumpul..



Thursday, August 7, 2014

SHRMZB

Salam,Oya guys!Tak terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya?Maaf zahir batin!:)


Alhamdulillah raya tahun ni tak ada yang kurang..Walaupun before raya terfikir adakah raya tahun ni akan jadi raya yang paling sedih?Alhamdulillah tahun ni paling gembira sebab raya kali ni dapat ramai anak buah baru..Alhamdulillah..Walaupun rasa rindu yang menebal pada arwah irfan tapi anak-anak buah yang ada memang buat rasa rindu terubat..:)



1st Raya di Gombak,memang turn hubby's side ..So lepas solat raya ke rumah Family in law kemudian sama-sama ke Tanah Perkuburan ziarah arwah irfan..Setiap kali datang memang tak mampu bendung air mata tapi kuatkan hati cuba untuk senyum sambil baca yasin walaupun air mata tak segan silu mengalir..Nasib Family in law semua faham..:)..Tapi kejap je lepas tuh okay dah..hihihi..:)


Jujur hidup ni tak pernah terjangka..Tak pernah terlintas langsung akan ziarah pusara anak sendiri di pagi raya..Tahun pertama yang sepatutnya kami beraya bertiga tapi sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..Sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah inshaAllah hati akan redha dan ikhlas..:)


Raya kedua malam tu kami pulang ke Bachok,Kelantan!Kononnya memang tak balik la tahun ni tapi mau Gombak banjir kata hubby..:p..Semua macam "Eheh!Kato tok kelik!"..Wajib la balik,mana seronok beraya kat KL..hihihi..Alhamdulillah sangat takda yang tanya aja pasal arwah anak atau bila nak pregnant lagi dan sebagainya..Syukur Allah permudahkan perasaan ni..Jadi takde la drama air mata bagai masa raya..:D..Duduk kelantan 2hari 1malam je sebabnya umi and family  balik Terengganu ada bekwoh(kenduri) cousin aja..Aja baru je sampai Bachok so memang tak ikut la ke Terengganu..Aja dan husband buat plan sendiri ke Pulau Penang!Jalan jammed sangat!Kelantan-Pulau Penang 9jam ok!!!Lenguh duk dalam kereta..Raya paling lama duk dalam kereta sebab duduk kejap-kejap je kat satu tempat rasa macam sangat penat tapi seronok!hehehe



Dah lama tak menaip,nak susun ayat pun tak pandai!hihihi..Jadi sampai sini dulu la..Mohon doa supaya aja terus positive dan bahagia dunia akhirat!Doa buat semua juga!:)



Saturday, August 17, 2013

Salam Eidulfitri Maaf Zahir Batin!

Salam,Oya guys!Haila!Baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri!Maaf Zahir dan Batin aja pohon kepada semua!Alhamdulillah raya kali ni dapat jugak beraya bersama keluarga tercinta di Kelantan..Walaupun sampai di pagi raya,6jam perjalanan..Bertolak jam 1am sampai jam 7am..Ntah berapa kali Mak Yong ni berhenti shishi(kencing),baby aktif sangat!Excited nak pulang berhari raya lettew..hihihi..Alhamdulillah..Sempat solat sunat hari raya..Haila!Tekejut semua tengok aja  balik,sebab dah cakap tak balik..Kunun tak larat la long journey..Almost 7months memang dok cekak pong..Malam before bertolak pun nipu duk dekat Jalan TAR..Ayoh siap sms lagi cakap semua anak2 duk tengok ayah,aja sedap berjoli dekat Jalan TAR..Nampak sangat rinduuu kat aja..Mana tak,umi ngan encah kata hari2 duk sebut nama aja cakap aja tak kelik raya ke..Hubby kata,mau menangis isteri dia kalau dok kelik..hahaha..Raya kali ni rumah adik beradik ayoh dengan makcik2 ayoh je..Yang jauh2 tak gi pung sebab dok cekak sangat..

1st Day Syawal-Merah MakNgah..hihihi







2nd Day of Syawal




Raya ke-3 bergerak ke Terengganu pulak..Tu pun dah petang baru bertolak sebab berhenti raya dekat Pasir Puteh dulu..Rumah mertua kakak..Haila!Pastu Mak Yong cirit birit la,sampai tepelecok kaki lam Toilet..Macam2 hal Mak Yong ni..:D..Kat Terengganu beraya rumah adik beradik umi je..

3rd Day of Syawal


4th Day of Syawal





Raya ke-4 kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur..Petang jugak baru bergerak pulang sebab singgah ke Pasar Chabang Tiga dulu..Then ke Masjid Kristal..Kakak n family kelik Pasir Puteh..Kami yang lain convoi pulang ke Kuala Lumpur..Haila!Missing my niece already!Bila la dapat jumpa mia lagi..uhuuuk!Balik ikut highway baru,manyak kereta dan start jammed!So ikut jalan kampung lalu kemaman..Alhamdulillah selamat sampai Gombak,dalam pukul 1am++..8hours journey ok..Mak Yong memey capek sangat la..Habeh bengkak2 kaki..Tapi tetap enjoy sebab bersama family tercinta!Walaupung kejap je rasa..huhuhu..Dalam penat tak hilang lagi,esok tuh raya ke-5..Mak Yong sempat masak buat small open house untuk hubby's siblings n myfamily..Pastu adala invite few friends..Seronok tapi pengsannnn..Kaki pun bertambah sakit dan keje baring jela..Haila!Sampai 3days tak keluar rumah!Demam lagi..hihihi..Tapi tetap besh..:))..Ok la,tu je cerita raya aja tahun ni..Tak sabar tahun depan raya dengan orang baru!Boleh collect duit raya dengan anak!kikiki..Hope semua bergembira bersama family tersayang sepanjang Syawal ini..Maaf Zahir dan Batin from aja n hubby!Sampai ketemu lagi..

TC N bUbye 4NOW!



Nota Haila;Ramai family members yang risau akan keadaan diri aja..Tapi bila tengok aja happy,semua rasa lega..Tqsm for ur concerns!No worries,aja kan strong woman!InshaAllah..;))









 
blog template by suckmylolly.com