pwincessAJA~M-E-A!~: ♥kak zie♥

HAILA!

free page hit counter
online
Showing posts with label ♥kak zie♥. Show all posts
Showing posts with label ♥kak zie♥. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

HOLIDAY&FOOD HUNTING IN KUCHING PART 5

Salam, Oya guys!Haila!Berjaya jugak aja update blog secara berangkai sehingga habis hehehe 
Part 5 merupakan part terakhir holiday dan  JJCM aja di Kuching, Sarawak. Pada yang nak holiday ke Kuching, Sarawak boleh la follow tempat makan yang aja dah JJCM. Seronok tau makan-makan di Kuching! Kalau ada peluang aja nak fly ke Kuching semata-mata untuk pergi makan je!hihihi

DAY 3 @ LAST DAY in KUCHING

Pagi tu breakfast dengan lebihan Pizza Pezzo, plan nak Lunch di Telaga Air Seafood. Ikutkan a day before dah ke sana tapi belum bukak pulak ataupun cuma buka on weekend aja tak sure tapi hari yang kami pergi tu hari jumaat tutup. Sampai sana je Ya-Allah nikmat sungguh bagi penggemar seafood macam aja!

*Umai Obor-Obor,aja tapau dua plastick buat balik KL*


*Ketam telur masin terbaikkk*

*banyak lauk lain selain dari seafood*

Alhadulillah tak cukup makan dekat sana, aja siap tapau macam-macam lauk untuk family di KL merasa jugak hehehe Sedap-sedap sangat masakan di Lot-10 'De ABF Cafe'! Harga pun sangat-sangat berpatutan! Owner pun ramah melayan kami, itu yang buat lagi seronok!:)

Sebelum ke Airport kami singgah ke Pasar Kubah(menurut kak zie,dulu dikenali sebagai Pasar Satok. Tapi disebabkan pasar satok dah berpindah ke Kubah Ria maka dipanggil sebagai Pasar Kubah)
Aja nak beli ikan Terubuk masin sebagai ole-ole untuk dibawa balik ke KL


Selain Ikan Terubuk ada macam-macam pilihan seafood yang segar boleh kita bawa balik ke KL! Jangan risau sebab packaging untuk seafood disediakan sevara percuma! Boleh bawak naik flight, tak kena tahan punya(husband risau sungguh tak lepas bawak naik flight hahaha)
Harga semestinya jauh terlajak murah berbanding dengan harga di KL hehehe 
Apa lagi, aja tapau la  buat balik  baby Lobster!





Selesai di Pasar Kubah kami bergerak menuju ke Airport Kuching. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada kak zie dan keluarga :(



Rindu sangat dengan keletah Mikail! Semestinya rindu my kakak too! Hope to see three of you(kak zie,abg dillah dan mikail) soon! Tqsm kak zie dan family di atas layanan yang superb, masa buat kami, tempat tinggal dan pengangkutan kami sepanjang berada di Kuching, Sarawak! Datang KL sila roger nanti aja pulak bawak korang JJCM di KL!hehehe


We really enjoyed our stay and holiday, hope to come again to Kuching, Sarawak! 




Lots of lurv,

HOLIDAY&FOOD HUNTING IN KUCHING PART 4

DAY 2 in KUCHING

Sambungan dari previous entry, lepas dah puas bergambar di Tugu Kuching perut masing-masing dah minta di isi maka kami mencari kedai makan yang berdekatan dengan area Bandar Kuching je.
Sambal Planet pilihan kami, mungkin sebab nama sambal terus tertarik maklum la aja dengan kak zie ni masing-masing memang suka makan pedas hehe

*Pisang Goreng Cheese*

*Nasi Goreng Ikan Terubuk Masin*

*aja makan Nasi Goreng Dabai*

*tercapai hasrat nak makan umai obor-obor*

Alhamdulillah makanan dekat Sambal Planet boleh tahan sedap kena dengan selera kami, layanan pun sangat memuaskan! Next time kalau ke Kuching, Sarawak boleh singgah lagi! :)

Selesai makan dah nak maghrib kami singgah di B.Teo Specialist Clinic for Children, kesian mikail sampai demam panas sebab kepenatan ikut auntie aja dia JJCM. Demam pun tetap aktif tau!hehehe


Balik dari clinic masing-masing dah kepenatan tapi perut aja ni masih kelaparan hahaha Untuk dinner just tapau Sugar Bun dan Pezzo, ni masuk dalam list JJCM jugak sebab selalu sangat tengok kak zie update dekat instagram dia! langsung teliur aja dibuatnya hahaha




Haila!Alhamdulillah day 2 went well! Thank you so much my dear kak zie, husband dan mikail sebab dah layan aja dan husband ke sana ke mari! Appreciated it so much! Day 3 adalah hari terakhir kami di Kuching, will update later :)
Thanks for reading!:)



Lots of lurv,

HOLIDAY&FOOD HUNTING IN KUCHING PART 3

Salam,Oya guys!Haila!Dah few months baru teringat ehhh lama tak update blog hahaha :p Sebab jarang duduk office so asyek lupa je,ni kebetulan tengah free dan takde keluar mana-mana maka mari kita update episode JJCM di Kuching few months ago hihihi

DAY 2 in KUCHING

Day 2 kami breakfast di Mom's Laksa nak mencuba Mee belacan. Boleh la makan tapi tekak ni kurang minat hihihi Laksa sarawak memang tak tinggal, wondering entah macam mana la perut boleh muat makan macam-macam masa ke sarawak rituh hahaha


*Mee Belacan*

Lepas kenyang mengisi perut misi mencari kek lapis pulak! Antara yang wajib beli kalau ke Sarawak, kalau tak beli tak lengkap rasanya hihihi
Kami naik perahu tambang untuk ke seberang saja nak merasa keunikkan sebagai pelancong hehe Seronok jugak, ni kira 2nd time aja naik perahu tambang dekat kuching,sarawak. Tambang cuma RM1 seorang sehala,tapi kalau rasa nak sedekah lebihkan la duit tu sebab kebanyakan pakcik-pakcik tua yang kemudi perahu tambang tuh(kemudi pakai enjin auto la bukan kayuh manual hahaha)





Kami singgah di Mira Cake House sebab tak perlu berjalan jauh, turun dari perahu tambang terus nampak kedainya. Apa lagi dah sampai tu sesi merasa la dulu Kek Lapis yang bakal di bawa pulang sebagai ole-ole untuk saudara mara di Semenanjung.


Masa tengah memilih berjodohan pulak jumpa sahabat yang kenal melalui Sugarscarf. Memang dah bagitahu nak datang cuma masing-masing tak berkesempatan nak set waktu yang sesuai untuk jumpa, tengok-tengok Allah dah aturkan kami untuk bersua muka. Alhamdulillah indah sungguh percaturan Allah :)

 

*posing dulu sebelm seberang ke kuching waterfront*

Settle dengan Kek Lapis, kami yang ala-ala pelancong ni bergambar sakan di Tugu Kuching menandakan kami dah datang ke Kuching,Sarawak. Walaupun cuaca boleh tahan panas apa ada hal, blogger maaa memang kaki bergambar. suami dan anak melayan jela hihihi ;p





Haila!Ingat nak sambung habis for day 2 dalam satu Entry tapi panjang sangat dan terlalu banyak gambar pulak hahaha Maka kita continue next Entry ;P




Lots of lurv,

Thursday, March 17, 2016

HOLIDAY&FOOD HUNTING IN KUCHING PART 2

Salam,Oya guys!Haila!Tengah free ni kita update sambungan cerita JJCM di Kuching, Sarawak

DAY 1 DINNER @ TOP SPOT SEAFOOD

Aja ni jenis bila ke mana-mana suka google dan search tempat-tempat yang orang suggest untuk pergi dan try.. Bagi peminat seafood, wajib datang ke TOP SPOT SEAFOOD.. Mula-mula aja ingat dia punya tempat tepi pantai atau jauh ke dalam ke kan sebab kalau kat area KL semua gitu hihihi sekali dalam building tengah-tengah bandar ko.. Macam-macam seafood ada, nampak fresh dan yang penting MURAH!!! Aja ni suka bertanya jadi before nak amek tuh tanya dulu harga jangan nanti masa nak bayar kang terkejut beruk pulak kikiki Terkejut beruk sebab murah takpe :p 




Haila!Hasil google mengatakan Kedai No.25 best so kami terjah ke sana.. Husband nak makan Lobster tapi kedai No.25 tak de pulak tapi ada Udang Galah! Mula-mula aja ambil 2ketul yang besar jugak tanya harga dalam RM35++ terus culture shock kejap hahaha Langsung aja confident untuk tibai amek 4ketul yang boleh tahan besar hehehe Lepastu kak zie dan aja order few lauk lagi, ikan ketam memang kami tak pandang dah sebab Udang Galah lebih mengancam hehehe





Kitorang pilih-pilih, order-order dalam 10minutes macam tuh order ko dah sampai! Double culture shocked aja dibuatnya!hahaha Walaupun semua tuh tak berapa panas sangat tapi consider ok la.. Mana korang nak, menunggu 2-3jam atau makanan yang suam-suam kuku untuk menikmati hidangan seafood? Aja prefer lauk panas suam-suam kuku, nasi panas ok lettew hehe Kalau kat area KL kitorang makan seafood memang menunggu berjam-jam sampai masuk angin perut terus moody bila nak makan hahaha

*Omellete Oyster*


*Baby Lobster Salted Egg*

*kak zie tengah flu teruk gara-gara tak cukup tidur lepas tu makan ais krim,seafood lg :p*

*Miding Belacan, Sotong Goreng Tepung dan Sea Cucumber Soup*

Haila!Kitorang pilih dalam 5lauk tu pun memula macam cukup ke tak eh?Walhal makan berempat je weyyy, mikail mana makan sangat tu pun korang tahu TAK HABES! Kekdahnya ko dah melantak sana sini, perut pung tak daya dah nak bagi ruang ekekeke Tapi masakan so far semua sedap! Udang Galah telur masin basah-basah memang terbaik, Sea Cucumber Soup pun sedap sangat terus teringat-ingat aduhhhh Mana yang tak habis kitorang tapau buat balik esok pagi panas kan.. Dasyat breakfast makan seafood ko haha
Total makan malam tuh around RM150++ only, if kat KL ni nangis weyh nak membayar! Terkejut jap dengar total tuh sebab consider MURAH!hahaha

Aja sambung Day 2 dalam next entry pulak yer ;)




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com