pwincessAJA~M-E-A!~: Bicara ♥ aja

HAILA!

free page hit counter
online
Showing posts with label Bicara ♥ aja. Show all posts
Showing posts with label Bicara ♥ aja. Show all posts

Friday, December 6, 2013

The Awkward Moments..

Kadang-Kadang aja rasa tak nak jumpa orang-orang yang pernah aja kenal sebelum ni..Sebab aja tak nak hadapi soalan-soalan yang boleh buat hati aja sebak dan sedih..Tapi dunia ni kecil dan ini kehidupan yang harus kita hadapi..

Semalam aja rasa macam.."Ya-Allah,adakah aku mampu hadapi dan lalui semua ni?"

Semalam punya cerita..

Aja terjumpa junior aja masa high school dulu dekat surau Kementerian Dalam Negeri(KDN) Jalan Duta..Masa tu aja nak solat zuhur..Dia tanya aja kerja kat situ ke?Aja jawab tak,aja teman ayah mertua buat passport..Dia tanya aja dah kahwin ke?Aja jawab lama dah sambil senyum..Kemudian dia kata,mesti akak dah ada baby kan..Ok,itu adalah awkward moments yang aja tak tahu macam mana nak react untuk soalan tu..Terdiam sekejap tapi aja jawab "ada,tapi anak akak dah meninggal"..Sebak dan sedih nak sebut ayat tuh hanya Allah yang tahu..Aja tahu bukan niat dia nak buat aja sedih,dia tak tahu apa-apa pun..:(

Malam tu aja ke rumah paklong&maklong aja,ade burfay celebration adik sepupu aja..Masa aja duk rancak bersembang dengan isteri kepada abang sepupu aja,jiran rumah sebelah maklong aja datang salam dan dengan excitednya tanya mana baby?Terdiam semua orang..Ya-Allah,sebak sangat hati masa tu..Another awkward moments on that day..:(..Aja telan air liur sambil cakap.."baby dah meninggal.."..Itu je aja dapat ucap..Jiran makcik aja tu pun cepat-cepat mintak maaf sebab dia kata dia lupa..Aja senyum dan taknak sambung pun perbualan selebihnya..

Malam tu juga ada nenek sedara aja,adik kepada nenek aja..Kitorang tengah duk pilih-pilih tudung(maklong aja jual..),tiba-tiba nenek sedara aja tanya.."awok ni gemuk ko ado isi lagi?"..Semua terdiam..Aja pun kelu kejap tapi aja balas balik.."mana ada isi,baru je bersalin tak sampai dua bulan pun..aja kan czer..mana pantang sangat..bengkung tak pakai,bertungku pun tak.."..Jawab smabil gelak-gelak walaupun dalam hati Allah je tahu..Anak aja baru sebulan lebih je kot meninggal..Tak sampai 2bulan lagi aja lepas bersalin..Lepas tu masa aja nak dekat balik boleh tak nenek sedara aja tuh cakap.."orang lain ade jugak tak pakai bengkung tapi tak nampak gemuk sangat"..Apa tah lagi ayat dia,aja tak berapa dengar..Tapi umi cakap,"tokcik tak tengok masa aja mengandung mulo,besar sangat.."..Aja senyum jela,salam semua orang dan berlalu pulang..Orang tua bebas cakap apa sahaja ke?Entah la,aja cuba tak ambil hati sangat..Tapi jujur,hati terluka dan terguris..:(..

Masuk dalam kereta air mata laju mengalir.."Ya-Allah,beri aku kekuatan setanding dengan ujia-MU ini.."..Balik tuh whats app ngadu kat beshtie aja(dja)..Aja tak pernah mengadu dekat sesiapa apa yang aja rasa sebab aja tak nak mengalirkan air mata depan orang lain dan aja taknak orang kata aja tak redha lagi dengan apa yang dah berlaku..Cukuplah pertikai semua tu..Aja seorang ibu..Sampai bila-bila pun takkan pernah lupa anak dia..Takkan pernah..:(..Malam tu jugak aja cerita dekat suami aja sebab aja rasa macam sedih sangat..Masa cerita okay je tapi bila part nak sebut anak meninggal tiba-tiba menangis..Suami terkejut dan dia peluk aja cakap,sabar lah..Dia kata kita kuat lalui semua ni..InshaAllah..:)

Aja tahu ade je orang czer boleh pakai bengkung after 2weeks bersalin..Tapi aja tak boleh pakai sebab dekat 40days baru kawasan melecet dekat czer aja baik..Lain orang kan lain dia punya pengalaman dan sebagainya..Masa berpantang setiap orang tak sama..Kalau ada orang masa pantang sibuk dengan baby dan jaga diri..Aja sebaliknya,aja sibuk ulang alik ke IJN sampai aja tak sempat nak fikir apa pun..Orang lain senyum tengok anak sendiri,aja pulak menangis je..Orang lain gembira duk peluk anak sambil main-main dengan anak,aja pulak hanya mampu peluk sekujur tubuh anak aja yang dah tak bernyawa..Orang lain malam-malam berjaga sebab anak lapar susu,aja pulak malam-malam berjaga sebab takleh tido duk teringat anak lepas tu menahan sakit bengkak susu..Kalau nak senarai banyak lagi..Aja tak pernah persoal kenapa Allah beri ujian macam ni,malah tak pernah sekalipun bandingkan hidup aja dengan orang lain..Cuma apa yang aja taip tuh nak orang faham yang hidup manusia tak sama..Ujian kita berbeza..

Kalau dah tahu anak kita meninggal tuh ditanya lagi kenapa,sebab apa,sakit apa dan lain-lain..Wajar tak kita tanya soalan-soalan yang boleh buat hati seseorang tuh sedih?Tolong lah hargai hati yang masih sedih ni..Jangan la tanya soalan beruntai-runtai..Belum setahun lagi..Baru sebulan lebih..Manusia perlu masa untuk terima saat sukar dalam hidup dia..So do I..Tolong la beri aja kekuatan,bukan buat aja lemah selemah-lemahnya..:(







Sunday, November 17, 2013

I hate this kind of feelings..:(

Salam,Haila!Sekarang ni aja ada satu feeling yang aja memang tak suka sangat..Sampai rasa berperang dengan hati sendiri..Apa yang dah jadi,semua ketentuan-NYA..Aja dah terima dengan hati yang redha..Alhamdulillah..Cuma sekarang ni aja tak suka bila aja ada rasa jealous..


Alhamdulillah kakak aja tengah preggy 3rd baby,so Nur Damia Sofia nak jadi kakak!:)..Sister in law aja pun tengah preggy,bertambah anak buah..:)..Dua pupu aja pun tengah preggy..:)..Cousin aja punya wife pun baru preggy,bertambah anak sepupu..Alhamdulillah im happy for them!Seriously I do!:)..Tapi as I said,at the same time i feels jealous too..Bukan sebab Allah beri mereka rezeki tapi aja cuma rasa macam I always wanted to have a child..I've waited for long time baru ada rezeki tapi dalam sekelip mata Allah tarik rezeki tu..Aja rasa kehilangan yang sangat besar dalam hidup aja..Hanya mereka yang pernah alami tahu macam mana rasa feelings tu,bercampur baur..Redha dan ikhlas tapi masih rasa kehilangan dan sedih..

Ya-Allah,tak pernah ada niat sikit pun dekat hati ni pertikaikan ketentuan MU..:(..Cuma as a human being,I feels envy to others..The feelings is out of my control..Pardon me Ya-Allah..
:(..Astagfirullah..Astagfirullah..Astagfirullah..:(

Aja sentiasa remind hati aja,Allah tak beri aja peluang bersama dengan anak aja dekat dunia yang sementara sebab Dia nak beri aja peluang bersama dengan anak aja di akhirat yang kekal abadi kelak..Setiap hari aja motivated hati aja supaya aja kuat lalui hari-hari mendatang..Kekuatan tak datang dalam a day..I need more days to become stronger as I wish..Tak sampai a month pun lagi permata hati aja pergi pada sang penciptanya..

Aja tak pernah menangis depan family aja sebab aja tak nak family aja salah sangka yang aja tak kuat lalui semua ni..Kalau difikirkan memang tak kuat tapi Allah jualah yang memberi kekuatan yang tak pernah kita jangka..Aja masih menangis bila teringat atau rindu..Aja harap Allah tak marah aja sebab adakala aja tak mampu kawal rasa hiba di hati..InshaAllah day by day aja akan cuba untuk tak menangis lagi..Senang untuk kita ucap "Aku redha dan ikhlas", "Aku tak perlu menangis kerana anak aku sedang menunggu aku di Syurga"..Tapi hakikatnya susah untuk kita praktikkan dalam sekelip mata kerana kita manusia biasa..Kita manusia yang lemah dan tak berdaya,hanya Dia yang berkuasa memberi hamba-NYA yang lemah ini kekuatan..

Ya-Allah,ampunilah aku yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan tak pernah lepas dari bergelumung dengan dosa..Ampunilah aku Ya-Allah..:(..Jadikan aku hamba-Mu yang solehah dan lebih baik dari yang sebelumnya agar aku layak untuk berada di Syurga disisi anak ku kelak..Amin...:'(



Nota Haila;Tak tahu macam mana nak luah dekat hubby atau siapa-siapa,so decide untuk luah dekat blog..huhu






Monday, July 15, 2013

ANAK:ANUGERAH&UJIAN

Bissmilahirrahmanirrahim..


Salam,Oya guys!Alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan-NYA..Tak tahu macam mana nak mula..Tapi terasa nak share supaya ringan beban di hati..Semasa usia kehamilan aja genap 5bulan,aja buat detail scan di Hospital Selayang..Bila doctor scan,doctor banyak diam..Lebih kurang setengah jam jugak la..Lepas tu doctor cakap dia tak berapa nampak sebab mesin scan dia tak clear so dia mintak datang dalam a week lagi,scan guna mesin kat bilik bos dia..Tak fikir apa-apa pun masa tu,iyakan jela..Then a week after aja n hubby datang Hospital Selayang tuk detail scan lagi sekali..Kali ni pun doctor diam jugak masa scan,scan kat bilik doctor dulu lepas tu baru dia mintak pindah bilik bos dia..Lepas few minutes tu baru dia cakap.."Jantung anak you ada problem sikit..Kalau you perasan I banyak diam je sebab I nak confirmkan betul ke tak..Kejap lagi I explain dekat you"..Masa dengar tu jantung dah dupdap2..Tapi try tuk relaks dulu..Setel scan doctor ajak masuk bilik dia untuk explain pasal apa yang dia cakapkan tadi..Doctor explain pasal jantung baby normal then keadaan jantung baby aja..Doctor kata kemungkinan Tetralogy Of Fallot..."Rhythm heart beat baby you tak normal dan I tengok dah semakin melemah..".."You baru 22weeks,long way to go untill 38weeks..Sebab kita tak mungkin keluarkan your baby tak cukup bulan.."Masa tu aja diam je,apa doctor cakap pun aja punya akal tak dapat nak terjemah dah..Rasa blur dan kosong..Air mata tanpa segan silu mengalir macam hujan..Doctor kata,"Kemungkinan untuk baby you meninggal dalam perut adalah sangat tinggi.."..Hubby yang banyak cakap dengan doctor..Dalam  hati aja,hanya Allah je tahu betapa beratnya nak terima semua ni..Ada few things lagi yang doctor cakap tapi aja tak ingat..Doctor refer ke Institut Jantung Negara(IJN)..Since tu hari Jumaat so next week baru akan ke IJN..Sepanjang perjalanan balik rumah tu aja menangis je..Hubby pun aja nampak sesekali lap air mata..Memang tak tahu nak cakap apa dah..Aja mintak hubby hantar ke rumah Umi,tapi sadly Umi takde,Umi pergi Camping till Sunday..Adik-adik pelik tengok kakak dia penuh air mata..Called Umi,tak sempat cakap apa-apa,meraung je dulu..Pastu baru explain kat Umi..Malam tu jugak Umi balik datang jumpa aja..Hubby pun dah cerita dekat family dia,aja pun hanya mampu nangis bila adik-adik ipar peluk..Hati memang tak kuat langsung nak terima Ujian-NYA masa tu..

FYI,aja adalah GDM on insulin,with 4 times daily injection..Every 2 weeks kena pergi appoinment di Klinik Kesihatan dan juga Hospital Selayang,ambil darah selalu..Penat,lelah dan sakit hanya Allah yang tahu..Masa nak terima dulu pun payah..Allah je yang tahu macam mana sukarnya keadaan diri aja masa pregnant..Tapi Alhamdulillah aja redha dan ikhlas..Sekali lagi Allah uji aja..3 hari aja ambil masa untuk terima Ujian dan dugaan dari-NYA..3 hari menangis je,takmo keluar rumah dan takda mood nak bercakap dengan sesiapa pun..Aja banyak mengadu pada-NYA..Hubby dah naik risau..Tapi aja cakap aja okay..Tak terlintas langsung nak persoal kenapa Allah Uji aja dengan hubby..Tapi aja asyek fikir,mampu tak aja terima kenyataan kalau kemungkinan anak aja meninggal dalam perut..Dah 5bulan++,sayang dan kasih pada anak ni hanya Allah yang tahu..Macam-macam aja fikir,setiap kali fikir,air mata jadi peneman setia..Tapi untuk 3 hari je..Alhamdulillah Allah bagi aja kekuatan hati..Walaupun kadang-kadang aja rasa aja sangat FAKE!Aja lawan perasaan yang sedih yang ada!Sukarnya hanya Allah yang tahu..Tapi aja kuatkan hati,Alhamdulillah Allah sentiasa bersama-sama hamba-NYA yang memerlukan..


Baby dalam perut sangat aktif bergerak!Setiap kali aja rasa baby gerak,aja set dalam mind,'anak aku tengah berjuang untuk hidup!Jadi aku kena kuat,aku kena lawan kesedihan ni!'..Alhamdulillah last wednesday aja ke IJN..Doctor scan baby lama sangat,dalam 2 hours++Sampai naik lenguh aja duk baring,hubby pun naik lenguh berdiri..Doctor kat IJN pun cakap perkara yang sama macam doctor Hospital Selayang cakap,cuma the way doctor IJN cakap lebih sedap untuk didengar compared to doctor Hospital Selayang yang memang cakap directly dan buat aja sangat down..Walaupun aja tahu doctor tu cuma tak nak aja bagi harapan yang tinggi terhadap kandungan ni..Bila hubby tanya doctor,apa cara yang kita ada buat masa sekarang..Doctor cuma mampu cakap,"Nothing..Cuma doa dan tawakal pada-NYA".."Awak kena kuat,inshaAllah anak awak akan kuat.."..Masa dengar doctor IJN tuh cakap,aja lebih banyak diam tapi aja lebih tenang compared masa 1st time dengar doctor Hospital Selayang cakap..Aja terima dengan hati yang redha dan ikhlas,apa pun yang Allah dah tetapkan..InshaAllah aja terima..Sedih memang sedih,tapi aja kena kuat demi baby dalam perut ni..Doa tak pernah putus pada-NYA..Aja percaya Allah akan bantu aja,baby aja akan sihat!Tapi kalau Allah rancang sebaliknya pun,inshaAllah aja cuba terima dengan berlapang dada..Apapun yang telah DIA rencanakan,inshaAllah aja redha dan ikhlas..Sebab Allah sebaik-baik perancang dan pasti ada hikmah dan ganjaran buat aja dan keluarga..

Buat masa sekarang,aja hanya mampu berdoa dan bertawakkal pada-NYA..Alhamdulillah aja dah tak kerap menangis,tapi kadang-kadang tu keluar la setitik dua air mata..Tapi aja lap dan aja cuba senyum dan terima Ujian-Nya dengan sabar dan redha..Pahit memang pahit..Tapi Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-NYA..Alhamdulillah hubby,family,family in law dan semua yang ada sangat supportive!Ayoh siap belanja makan dekat Hotel sebab nak aja happy..Umi dan adik-adik pun tak putus-putus beri kata semangat!Belah hubby pun semua bagi aja semangat!Alhamdulillah..Aja bersyukur dengan apa yang aja ada sekarang..Allah beri aja ujian sebab Allah sayang aja,Allah nak aja dekat dengan DIA..Syukur pada-MU ya-Allah..:))..Aja cuma coretkan sebahagian sahaja..Bukan meminta simpati,tapi ingin meminta doa dan kekuatan dari kawan-kawan..Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,aja harap Allah beri kejaiban buat aja dan anak dalam kandungan aja..Mudah-mudahan kesulitan ini dapat aja tempuhi dan moga ada berita gembira buat kami kelak..InshaAllah..

Alhamdulillah aja masih mampu menunaikan ibadah berpuasa,walaupun kalau ikut doctor memang larang aja puasa..Tapi aja yakin Allah akan bantu aja dan baby aja..InshaAllah..Jadi aja teruskan,kalau tak larat memang terpaksa tinggal la kan..Sekarang dah almost 24 weeks!Doakan aja kuat!Doakan baby aja kuat sampai 38 weeks!Doa kalian amat aja harapkan..Semoga Allah merahmati kita semua..Amin..Sampai ketemu lagi..:))

TC N bubye 4NOW!




Lots of lurv,

Monday, December 24, 2012

JANGAN PERNAH TERLALU BERHARAP NAMUN JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP


Salam,Oya guys!Haila!Macam chipsmore dah tuan empunya blog neh kan.teheee.Alhamdulillah masih berada di bumi-NYA.Menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma dalam tempoh menghilang tak update blog tuh busy planning tuk pregnant.hihi.:D.Haippp.jangan pikiaq bebukan.Busy kesana kemari la,tambah dengan kesihatan tak mengizikan,bebanan kerja lagi.Jadi tak ada masa nak ngadap blog.wuhuuu.Ahaa,sebelum neh aja pernah mention pasal aja ke Klinik Pakar Wanita Medina kan?Banyak kali dah aja ke situ.Bermula dari kawal penyakit then baru rencanakan plan tuk pregnant.Selalu bila masuk bilik doctor je,doctor ajak jengah telur.So kena buat ultrasound,bukan luaran tapi masuk ke pangkal rahim tu haaa.Senak juga la tetiap kali buat tuh.Tapi berkorban la demi nak baby kan.:).


Everytime check,Alhamdulillah telur ada banyak tapi dia cinoet-cinoet sangat.So doctor support bagi makan Clomid(ubat besarkan telur).Bermula dari 2biji for 4days kemudian doctor up kan lagi dose jadi 3biji.Almost 2weeks++ consume clomid dan Alhamdulillah telur capai target!Masa consume Clomid neh aja punya keliling pinggang merangkumi perut,cramp terukkk sangat!Sampai tak boleh jalan.Aja punya la pikir neh senggugut ke hape ntah.Tapi bila search google pasal kesan pengambilan Clomid baru la tahu.Antara kesan-kesan ubat Clomid;muntah,dizzy,loya-loya.Memang macam morning sickness punya symptom!Tapi takde baby pom.Sobbbs.:(.Berbalik pada telur yang dah capai target,Alhamdulillah 20mm on the left n right.So doctor bagi suntikan HCG lepas tu kena bersama suami dalam tempoh yang ditetapkan.So kalau berlaku persenyawaan maka ada la baby.heee.Menunggu la aja dan hubby dalam tempoh 2weeks++.Doctor kata,if no menses boleh buat UPT pada 9/12/2012..

Dalam 2weeks tuh aja punya badan memang tak betul.Morning sickness teruk sangat!:(.Since menses memang dah lambat kan,agak berdebar-debar la nak test UPT on 9/12/12..Tapi sayangnya,8/12/12 aja check ada keluar darah dekat panty liner.Terus frust menonggeng.Menangis je seharian.Bukan tak terima ketentuan-NYA,Cuma melalui tangisan baru hati rasa lega dan lapang.Aja terima Qadha dan Qadar-NYA..Belum rezeki anak ALLAH nak bagi dekat aja n hubby..Sehari je sedih,esok Alhamdulillah ok je.:)).Aja cerita dekat kakak dengan umi.Umi cakap,”cukup la tu.Baru setahun kahwin,relaks dulu.Lagipun dah banyak duit habeskan”.Aja iyakan la kata-kata umi..


Memang kalau nak diikutkan dah 1k++ habes,masa lagi.Usaha sudah,jadi tawakal pada-NYA..Tapi ALLAH dah tetapkan belum rezeki aja dan hubby lagi.Alhamdulillah aja selalu usaha untuk pastikan diri dan minda sentiasa positive.Aja selalu cakap dekat hati dan diri supaya sabar,redha dan ikhlas dengan rencana-NYA..Syukur Alhamdulillah hubby sangat supportive.Hubby selalu cakap,”Sayang tak kisah ada anak atau tak,yang penting isteri saying sihat selalu”..Lidah kelu,hanya air mata membasahi pipi..Alhamdulillah atas nikmat yang ALLAH berikan.Insyallah aja akan sentiasa sabar dengan dugaan-NYA.Ok,cukup sampai sini dulu.Sampai ketemu lagi.

TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;A REMINDER FOR MYSELF...JANGAN PERNAH TERLALU BERHARAP NAMUN JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP...:))




Lots of lurv,

Thursday, October 11, 2012

LUAHAN RASA HATI..:"(

Salam,Oys guys!Haila!Rasa nak berkongsi rasa hati..Tak tahu macam mana nak share thru percakapan so aja rasa aja nak share thru blog,which is aja nak menaip dengan panjanggggggg sekali!Huwn...Less than a month dah nak masuk setahun usia perkahwinan aja..Alhamdulillah..Cuma bila dah nak setahun neh,masih belum ada rezeki nak pregnant..Jadi,satu tekanan di situ ea.Ramai sangat yang tak henti-henti bertanya.."aja bila lagi?"..."dah ada isi ke?".."dah mengandung ke?"..dll..uhuuuh!Penat telinga nak dengan soalan lazim manyaaak kali.Aja selalu senyum dan jawab,"belum lagi"..Dalam hati ALLAH je tahu perasaan aja..Kadang-kadang perbualan habis disitu tapi selalunya mesti ada soalan lanjutan.."nape lambat sangat?"..."planning ke?"..."ke tak nak anak?"...Erkhhh!Tak nak anak?Gile ape kalau dah kahwin tak nak zuriat!OhPelisssh!Aja dan husband adalah pecinta kanak-kanak!Haruslah weols nak zuriat sendiri!As usual,aja senyum dan jawab,"belum rezeki dari-NYA"..Ok,cukup sampai situ aja tak layan dah.I know im still young,masih banyak masa..But im a human being,naluri keibuaan sejak azali dah ada dalam diri.Even my youngest sister pun aja treat like my own daughter when Im still at 15years old..Apetah lagi my very first niece,memang anggap macam anak sendiri even im not married yet at that time..Bila dah ade your own family,of course I want my own baby!But I have to Redha since belum rezeki-NYA..Nowadays kalau kita perasan,dalam paper manyakkk sangat kes buang bayi,dera bayi etc.Ohmyyy!Confirmed aja menangis!Oleh sebab itu aja tak suka baca newspaper!Kadang-kadang aja tertanya-tanya,kenapa orang yang buat hubungan terlarang senang sangaaat dapat anak compared to us yang already married secara sah?Sedih sangat bila fikir..:(..Ok,aja tahu semua ketentuan-NYA,tak pernah hati ni tak Redha dengan ketentuan-NYA..Ada sebab kenapa ALLAH tak beri anak lagi buat kami..


Haila!Actually,aja ada penyakit..Doctor cakap,penyakit senyap..Physically im ok,but inside im not..Tapi still can be controlled dengan disiplin sendiri!Ohyeaaah!=__=..So,few days a go aja bleeding tapi agak-agak kencing kotor(dari awal kahwin sampai nak masuk setahun tak sudah-sudah kencing kotor!!!huh!)..Walaupun dah naik fedup sebab dah manyak kali sangat pergi clinic,buat pap smear(result okay),makan antibiotic dll..Tapi still usaha untuk check up lagi ape yang tak kena..So aja decide untuk pergi pakar sakit puan..Kalau pergi gov punya,kena buat appointment entah untuk berapa lama kan..So memula pergi nearby Sentul tapi doctor lelaki!Memanggg aja taknak dan hubby cakap aja memilih!Hello!Nak check rahim dengan doctor lelaki?A big NOOOO!!!!Hubby call his friends tanya mana lagi klinik pakar sakit puan..Taknak pergi Hospital sebab costly sangat la..huhu..

Haila!Alhamdulillah kawan hubby cakap ada satu clinic dekat Melati..KLINIK PAKAR WANITA MADINA..Memula masuk tuh aja tanya la doctor lelaki atau perempuan..Receptionist tuh senyum dan cakap memang perempuan je.Aja kata la nak jumpa doctor dan check rahim sebab bleeding..Dia cakap kena buat appointment dulu sebab patients yang dah buat appointment pun dah almost 40persons..Khamis dan jumaat still ada kosong..Tapi lepas aja cerita blablabla..Dia letak nama aja dan aja pun tunggu la..Waktu menunggu sangat lama!Almost 3hours kot tunggu.Setiap patient yang masuk doctor treat dalam 30minutes..Aja tunggu dalam 4patients kot..Siap boleh solat asar lagi..Huhhh.Bosan betul menunggu..


Haila!Sampai giliran aja,aja masuk salam doctor,then duduk doctor pun tanya apa masalah..Doctor Marsita Mansor was sooo nice!:))..Aja pun cerita la dari A-Z..Lepas tuh doctor tanya.."awak ada D*******?"..Ok,doctor memang boleh agak sebab dia tengok tangan aja.Aja iyakan dan cakap ubat ape aja makan dan bagitahu la yang aja memang tak control penyakit aja dll..Doctor bagi nasihat straight to the point..Agak pedas tapi sangat lembut untuk didengari since dats the truth..huuuu!Hubby pulak suka je hentam aja...Since memang aja yang salah so terima jela.huuu!Lepas tuh doctor buat ultrasound..Bukan kat perut tapi vagina@rahim..Sakit sikit la sebab masuk ke dalam rahim kot,macam pap smear rituh sakit gak.huuuu..Doctor cakap,"kedudukan cantik je..Telur awak cantik pun cantik..Servik pun sama..Awak ada semua possibility nak pregnant memang ada cuma sebab tak control sakit yang ada,jadi bila baby nak jadi je disingkirkan sebab penyakit tak di control"..Doctor cakap lagi,"awak patut bersyukur sebab ALLAH tak biarkan baby jadi sebab dengan keadaan awak macam ni,baby yang jadi maybe akan cacat dan potensi untuk dapat penyakit macam awak adalah sangat tinggi"...Pastu doctor ajar aja baca doa,tak pasti pulak doa apa(aja suka sangat bile part Islamic neh!sebab hanya dengan bantuan-NYA lah kita akan sembuh)...Ok,waktu tuh rasa cam nak nangissss sangat!Sebab the doctor really motivated me!Selesai je check dengan doctor,doctor kaunseling dan bagi ubat..Aduhaaai.Part neh memang payah!Doctor bagi ubat ape tah,macam akar kayu,kena rebus dan minum air yang sangaaaat pahit(seriau minum pagi tadi!) pastu kena makan pomegranate vinegar!!!Serta ada few ubat..Alhamdulillah,lepas keluar bilik doctor memang rasa motivated sangat..:))..Bayaran agak mahal,untuk first visit neh habis around RM414 jugak la..Tapi rasa worth it la..So next appointment dalam seminggu lagi..Hope dengan usaha macam ni,adala hasilnya nanti...Amin..

Haila!Aja tak tahu dah berapa kali aja menangis dalam diam bila fikir pasal kata-kata orang..Hubby pun selalu marah kalau aja sedey-sedey bout baby sebab dia kata ada sebab kenapa ALLAH tak bagi lagi..So glad dapat parents and parents in law yang veryyy understanding,never ask me about baby..Orang sekeliling pulak yang very the busy bodey!huhhh!Aja try untuk think positive and make sure kata-kata orang akan down kan aja wont effect me at all!Insyallah..I know ramai lagi yang lebih lama alami ape yang aja rasa..Aja cuma nak luahkan supaya hal ni takkan effect aja in future..:))..Ok,dah penat menaip!hikhikhik.So,TC N bUbye 4NOW!

Nota HAILA;I know this is a veryyy long entry..Sorry cant make it short since is "luahan rasa hati"..huuuk..Btw,thanks for reading..:))




Lots of lurv,

Saturday, August 20, 2011

Cik Ja is NOT FEELING WELL.:'(


Assalamualaikum,Oya guys!Haila!Dah masuk ke penghujung Ramadhan kan?Cepat sungguh masa berlalu.Setakat neh aja takda lagi update pasal menu berbuka dekat blog.Ohhh,dah tak segigih seperti tahun-tahun sudah.Masa zaman belajar dulu sibuk macam mana pom tetap ada masa nak update blog,dah teje neh hampesdotcom sungguh.haish.Ahaaa,tapi dekat FB tetap upload pics menu berbuka.Cuma tak konsisten la.Kalau menyempat upload,kalau tak nan hadoo.Dasar pemalas.hehehe.:pp


Haila!Before bukak cerita pasal tajuk utama,nak jugak share pics menu berbuka sepanjang bulan Ramadhan!:pp.So far baru 3times berbuka dekat luar..2times dengan BFF,1time dengan ex-sktaman Selasih..Ramadhan kali neh aja memang bebetul jaga makan.Minum pom aja avoid ice and yang manis-manis.Memang air masak all da times.Kalau ada manis tuh sebab aja terpaksa minum.Makan pulak memang catu habes.teheee.:pp.Haila!Alhamdulillah so far ada result for my 'diet' program.ngeee.Usaha kan tanda kejayaan.Tambahan ada orang cabar aja.So harusss la lagi semangat!:pp..Kalau nak tahu,sayur adalah lauk wajib dalam menu berbuka dan sahur!Fuyooo!First Ramadhan yang sahur makan sayur.Before this tak habes-habes nasi goreng+nugget/hotdog!Tak sihat!:pp.Disebabkan hari-hari sayur,semua orang pom terikut makan sayur!Bagusss untuk kulit dan tubuh badan!ngeee.Ok,jum cuci mate japs dengan makanan!So far semua neh homemade by Umi!The besh Chef ever!;))..Aja mane pandai masak!AHAHAHA.

*butter prawn+pari bakar+air asam terbaik!;))*

*pari bakar another version,i heart pari!heee*

*ayam percik!yummeyh!*

*nasi kerabu!kalau ada solok lada memang perfect!*

*kari ikang salmong marvelous!*

*ini makan kat kedai.ngehhh*

Haila!Berbalik pada tajuk utama!Ouh yea,cik Ja dok sihat la..Pagi tadi semput secara tiba-tiba.Tak pernah ada lelah atau asma tetibe je pagi tadi mengalami kesukaran bernafas.huuu.Few days a go dah termuntah-muntah sebab perut masuk angin,lepas berbuka tadi pom same.Lembik dibuatnya.:'(..Alhamdulillah masih berpuasa,dah 20days!9days to go,Insyallah..Kalau ada rezeki mungkin cukup sebulan aja puasa.Amin..:)).Ini je cerita untuk tajuk utama.AHAHAHA.:pp

*when I looked at her pics,I feels calm and peace.MyMedicine!:")*

Haila!Aja tengah ada 1 masalah besar punya!Tak setel lagi neh,masih duk berusaha tuk cari jalan keluar dari permasalahan ini..Siyes tak sangka ley terlibat dengan menda camneh..Aja akan reveal after aja dapat selesaikan.Tolong doakan aja dapat lalui dengan hati yang tabah dan cekal ok?Sesungguhnya Doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan ALLAH..Terima kasih sesangat dekat syaitan-syaitan bertopengkan manusia yang telah memperdayakan aja..Haila!You guys(the syaitans covered with human mask) make me STRONG ENOUGH!I'm so glad for having friends who are very supportive,without them I'm totally lost and opcoz I have a strong heart strong because of ALLAH!Syukran Ya-ALLAH..:))..Insyallah aja update lagi lain kali!Windu nak share macam-macam,tapi better keep it by my own dulu.heee.So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;I don't know your heart and I don't want to know.What I know is don't you ever trying to play with my heart because my heart is not a game..My heart is pure and alive.;")




Lots of lurv,

Sunday, April 17, 2011

♥LESS THAN A MONTH♥



Assalamualaikum,Oya guys!Haila!Aja memang macam chipsmore dah dalam dunia blogging neh.Sebabnye memang tataw nak update macam mana walaupom macam-macam kisah dan cerita yang aja ada..Neh update sebab tewase nak update.teheee.;ppp.Alhamdulillah lately neh aja wase family aja murah rezeki.Dari hanya ada sebuah kereta buruk,Ayoh dah ada more than 5cars yang boley tahan.Dari hanya ada sebuah rumah setinggan,Ayoh+Umi dah ada more than 5houses yang boley tahan.Haila!Meskipun tak terlalu mewah..Tapi Alhamdulillah dengan semua rezeki yang ALLAH berikan buat kami sekeluarga.Syukran Ya-ALLAH..Bak kata pepatah melayu,"besusah-susah dahulu,besenang-senang kemudian"..Syukur jugak sebab Ayoh+Umi tak pernah didik anak-anaknya untuk hidup bermewah dan bermegah-megah dengan apa yang kami dapat.Semuanya pinjaman dari-NYA,kalau DIA nak tarik..Anytimeee..:))).Haila!Mukadimah aja takda kena mengena dengan tittle Entry kali ini!;ppp.Seperti yang sedia maklong,sekarang bulan April.Less than a month bakal masuk middle of May..Ada ape eh on May?Adala hari besejarah buat aja!teheee.;ppp..Umur bakal menginjak ke satu angka.Masih dalam kategori muda remaja!HAHAHA!;ppp.


Haila!Pada usia yang bakal aja lalui nanti,Umi+K.qis dah tamatkan zaman bujang..Aja?Masih mencari..:))).Mudah-mudahan dipertemukan dengan seseorang yang mampu bimbing aja ke jalan-NYA.Insyallah..Aja mula berfikir tentang perihal masa depan.Mula memikirkan perihal tanggungjawab..Mula memikirkan perihal kemampuan diwi..Mula memikirkan apa yang aja nak dalam hidup..Aja impikan sebuah keluarga yang bahagia.Haila!Aja inginkan seorang suami yang bertanggung jawab serta penyayang dan dikelilingi cahaya mata yang comeyl-comeyl!Opsss!Telebey sudeeey.;ppp.Semua tuh hanya impian,masih jauh untuk di gapai.Insyallah akan terlaksana dengan izin-NYA..:))).Terlalu manyak yang aja impikan.Terlalu manyak yang aja ingin gapai dalam hidup neh.Nak jadi seorang insan yang berjaya.Berjaya dalam semua hal dan aspek,dunia serta akhirat..Haila!Berjaya dalam pelajaran,menggenggam segulung ijazah dengan pencapaian yang mebanggakan.Berjaya dalam kerjaya,mempunyai sebuah pekerjayaan yang mampu memberi kesenangan hidup buat keluarga.Berjaya dalam kehidupan,menjadi seorang anak+insan yang disenangi dan mendatangkan faedah.Insyallah..Paling penting ingin berjaya di Akhirat,menjadi hamba-NYA yang diredhai oleh-NYA..Amin..:))).Haila!Impian demi impian yang tercipta,moga semuanya mampu aja gapai sedikit demi sedikit.Sekejappp je dan nak tambah satu angka dekat umur aja.Aja harap aja boley gapai salah satu impian aja.Doakan aja ea.:))).Itu dulu untuk kali ini.Moga semuanya berada dalam barakah-NYA..Insyallah.Amin..Jumpa lagi dalam Entry lain.Insyallah..SO..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Less than a month..I'm getting older!;ppp




Lots of lurv,

Thursday, January 27, 2011

♥PERIHAL RASA SEKEPING HATI..♥


Salam,Oya guys!Haila!Rineh..Aja sedih sangat..Bila pikir je mula la mate berair sakan.Ciwekkk sungguh!Wase nak nanges pepuasss!Tapi kang mate mengkak.Hidung tesumbat,tak besssh!Tapi kalau tak nanges kang,tak tenang pulak hati neh..haish..Aja sangat lah..

Tewase hati..
Tekecik hati..
Teguris hati..

Haila!Ini semua sebab keikhlasan ku diperkotak-katikkan..Aja kadang-kadang tak faham la dengan pewangai manusia neh.Even kekadang aja pun bepewangai cam tuh..Tak faham betul..Bila tak buat,dikata kita macam-macam..Bila kita buat,dipersoal kan pulak..Kenape tak boley terima niat di hati owang dengan ikhlas?Apa tak ley nampak ke keikhlasan yang terselit di sekeping hati neh?Kalau tak tunjuk kita buat teje,owang tak nampak pastu kate kita pemalas..

*ubat untuk sekeping hati yang terluka.imy+iny,baby demok!*
Haila!Kalau kita bagitahu kita buat teje,owang kate kita tak ikhlas dan menunjuk-nunjuk..Dahtu nak macam mana?Itu ini tak kena..Susahkan nak puaskan hati semua owang?;'[[[.Dah hati neh ikhlas buat semua tuh tewos wase cam tak ikhlas bila ada yang mengata..Hati aja neh FRAGILE la..Tak ley owang kate,cepat sentap la saya..Aja selalu sakit pun dijadikan bahan..Kalau tak nak senangkan hati aja,jangan la cari hal untuk cari pasal..Ke memang dah jadi hobi?Haila!Aja takmo makan hati..Tapi dah termakan telebey makan hati neh..Mungkin kadang-kadang semua tuh gurauan semata-mata..Mana yang boley terima tuh terima la,yang opsss telebey sudeyh tuh tak dapek la hati nak terima..Dari kecik sampai ke besar,aja tak pernah jauh dari family..Baik buruk semua family nampak dan tahu..Apa bila dekat neh busuk sangat ke sampai semua yang dibuat tak kena?Mukan nak mengadu domba..Tapi sekadar meluahkan supaya tak makan dalam..Itu je..So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Kalau ada lima kebaikan aja,kenapa keburukan yang satu tuh jugak dipandang?Kalau ada lima keburukan aja,kenapa kebaikan yang satu tuh tak boley di ingat?Manusia..Mudah lupa..Tolonggg ingatkan aku..;'[[[..I need a shoulder to cry on and someone to talk..


Lots of lurv,

Tuesday, January 18, 2011

♥BERSAHABAT KERANA ALLAH♥


Salam,Oya guys!Haila!Wujudnya N3 ini selepas on da phone dengan encah,adik aja yang jauh nun dikelantan..Seorang adik punya masalah yang tak cukup rumit tapi masih dikategorikan sebagai rumit sebab melibatkan ramai hati..Bila apa-apa perkara yang melibatkan hati,pasti ia terasa sukar..
Khas buat adik ku,Encah..:)))

*pakcik+pok jak,sorry kaburkan muka korang!ngeee.;)))*

Sebagai seorang kakak,aja cuba jadi pendengar yang setia.Aja pernah lalui situasi yang encah lalui,cuma situasi aja sedikit berbeza..Aja lepaskan orang yang aja cinta sebab aja cuba untuk jadi hamba-NYA yang lebih baik.Cuba mencintai-NYA lebih dari apa-apa pun..Encah pula lepaskan sahabat-sahabat lelaki yang disayangi seperti adik beradik,atas niat yang sama seperti aja..Sesetengah orang kata,tak salah untuk bersahabat dengan lelaki.Aja pun pernah berfikir begitu..Sekadar bersahabat bukan?Tidak berpegangan tangan pun?Tidak keluar ditempat sunyi berdua-duaan bukan?Tidak mengucapkan kata-kata yang mampu melalaikan hati pun.Macam-macam lagi alasan yang boley diberi.Memang tak pernah salah untuk bersahabat dengan lelaki.Tapi dalam Islam,ada batas antara lelaki dan wanita.Jangan pernah mengubah hukum..


Aja tak terlalu pandai untuk berbicara soal batas pergaulan lelaki dan wanita dari perspektif Islam..Sebab aja pun masih jahil,masih banyak yang perlu diperlajari.Tapi apa yang aja tahu,aja akan cuba share.Dalam Islam memang tak larang umat nya untuk mencintai sesama sendiri.Tapi perlu ada batasnya.Walaupun kadang-kadang kita keluar berduan dengan lelaki yang merupakan sahabat kita,di tempat awam yang dipenuhi dengan orang ramai,tidak berpegangan tangan dan hanya berborak-borak serta minum sahaja.Kita rasa itu biasa sahaja.Tapi sebenarnya tidak,itu sudah di kira berdosa.Kenapa?Sebab bila kita dengan lelaki bukan muhrim,duduk berdua-duaan di khalayak ramai,itu boley mendatangkan fitnah.Kalau ada jiran tetangga mahupun sesiapa sahaja yang kita kenali tersempak kita dengan sahabat kita itu,tidak kah mereka akan berfikiran bahawa itu Boyfriend kita?Kita sedang dating?Mungkin kita tak kisah apa jua pandangan orang sekeliling dan apa jua yang orang sekeliling nak kata,biar kan.Asal kita tahu kebenarannya bukan?Tapi..Kita lupa ke yang wujudnya fitnah itu berpunca dari siapa?Dari diri kita bukan?Kita takda share ke atas fitnah yang wujud tuh?Ada..Tak pasal-pasal kita turut berdosa..Free-free je dapat dosa.Tak worth it kan?Lagi satu,takkan wujudkah perasaan istimewa disebalik perhubungan persahabatan antara lelaki dan wanita?Pasti ada..Wujudnya perasaan istimewa membawa perhubungan persahabatan bertukar menjadi sebuah hubungan yang lebey istimewa.Hubungan istimewa yang wujud itu berupaya membawa kita selangkah mendekati Zina.Bukan kah kita perlu menjauhi maksiat dan menjauhi perkara-perkara yang boley membuatkan kita mendekati Zina?Eh,ape pulak dekati zina?Cuma keluar jarang-jarang,bergayut di telefon,sms dan bukannya berpegangan tangan pun..Boley dikatakan zina ke tuh?Ouh,mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu..Banyak cara boley terjadinya zina..Melalui hati,akal fikiran dan sebagainya..Kenapa?Bila hati terlalu mencintai dan berlebihan merindui seseorang,kita jadi alpa dan lalai,itu sudah menjerumus ke arah zina..Bukan kah kita harus berpada-pada dalam mencintai sesama manusia.Zina melalui akal fikiran pula bila kita sepanjang masa asyek teringat akan si dia,memikirkan apa yang si dia lakukan,membayangkan apa yang si dia pakai dan apa yang kelihatan cantik pabila dipakai oleh si dia dan sebagainya.Kita membayangkan seseorang itu ibarat dia ada di depan kita,itu boley menjadi kepada zina sebab kadang kala akal berfikir melebih had dan batasnya..Kita manusia biasa,iman senipis kulit bawang..Adakala iman kita mantap tapi adakala kita goyah..Tiada istilah bercinta kerana ALLAH sebab bercinta sesama bukan muhrim/mahram hukumnya haram..Kalau kita bercinta ibarat kita selangkah mendekati zina..Tak salah untk jatuh cinta,manusia punya hati dan perasaan.Tapi rasa cinta itu biarlah perpada-pada bukan?Jangan percaya pada cinta,sebaliknya percayalah pada jodoh ALLAH..Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya..:))).Tak mudah untuk berubah menjadi baik..Tak mudah untuk berubah ke jalan yang diredhai-NYA..Tapi jika kita kuatkan iman melangkah ke arah kebaikan,Insyallah kita selangkah menghampiri keredhaan-NYA..Aja bersyukur ada family yang sentiasa bercakap perihal agama dan ada adik yang sering menasihati perihal batas-batas pergaulan.Alhamdulillah..Tak ada manusia yang tak buat silap,tapi bila kita sedar ia satu kesilapan,perlulah kita perbetulkan nya.


"Kita bertemu kerana ALLAH,kita bersahabat kerana ALLAH,kita terpisah kerana ALLAH dan kita kembali bersahabat kerana ALLAH.."..Encah..

Haila!Terharu bila dengar bait-bait ayat di atas dari mulut encah..Aja faham perasaan encah yang serba salah.Tapi keredhaan-NYA perlu diutamakan..Memang sukar tapi aja tahu encah kuat untuk hadapi situasi neh..Percaya setiap kejadian itu ada hikmahnya.ALLAH tidak menguji hamba-NYA dengan dugaan yang melebihi kemampuan hamba-NYA...Untuk sahabat-sahabat(biha,ct,pakcik,farizuan,pok jak dll) encah..Kalian pasti mampu mengerti bukan?Jangan sukar kan perjalanan hidup kalian..Bersahabatlah kerana ALLAH..:))).So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Takde pelat-pelat sebab ini SERIUSSS..Maaf kalau ada yang kurang senang dengan kata-kata aja,maaf ayat tunggang terbalik.Harap tak mengguris hati mana-mana pihak..Batas pergaulan aja masih banyak yang kurang terjaga,tapi aja cuba jaga sedikit demi sedikit..Manusia terkadang sedar mereka buat kesilapan,tapi sering terlupa untuk memperbetulkan kesilapan itu..Hakikatnya,manusia memang khilaf bukan?Kalau tataw,kita belajar..Bila dah tahu,cuba praktikkan..Memang tak mudah nak jadi baik..Baca Novel VERSUS(Hlovate),pasti sedikit sebanyak kita sedar betapa khilafnya kita..




Lots of lurv,

♥DRAMA KING♥


*put some makeup on myface and wore rosalinda tudung(bought here)*

Salam,Oya guys!Haila!How was your monday guys?Mine was boringgg.>.<..I wasn't really in a good mood because of something dat not so important and not so worth it to think about.Well,today I went out to Sri Gombak..Alone..Go to the bank,got something to settle down..Went to KFC,craving for three layers tea but sadly habesss!;'[[[.Oso craving for egg tarts!Bought 6pieces for RM10.60..Quite expensive sebab dekat The Baker's Cottage(TBC) is more cheaper,6pieces for RM8.10!Haila!I can save RM2.50 kan!But to lazy to go there..So spend more money for not so delicious KFC egg tarts.TBC egg tarts taste much better than KFC.Crust dia macam too oily taw,tewos cam memek(muak) sangat.But still not bad la..:))).At first ingat nak lepak KFC,tapi canceled sebab dahla moody pastu nak duk sensowang plak.Memang tak lah kan..



Haila!Day after day,I think men are too hard to understand!Too much DRAMA..and it makes my heart tired..I began to question the honesty in their hearts.Are they sincere friends with me or just for fun?Do they love/like me because of my heart or because of my look and my appearance?Frankly,I'm not looking for love.Love is not eternal..Except our love to ALLAH..:))).Enough said..Stay with me if you still want to be my friend..If you ask to be more than a friend,sorry..Haila!My answer would be the same,be my friend..:))).But if you choose to go..I'm pleased because I have no right to ask you to stay beside me..Fuhhh!DRAMA KING sungguh kata fiza(mybeshtie)!;ppp.I appologize if ada yang tewase with my words ke kan.I'm human being,buat silap without realizing it..Sometimes I have to think about my heart first before I think and care about other peoples heart.:))).Enough for now.Lovee youu guys!xoxo!So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;I pray for a new stronger heart tomorrow!Amin..MNA,only you understand me the most!ILY BFF!:)))




Lots of lurv,

Monday, January 10, 2011

♥KASIH SEORANG UMI*terharuuu*♥


*sayang dua-dua dunia akhirat..Insyallah*

Salam,Oya guys!Haila!Esok dah start practical.Nak kata aja nervous tuh tak lah kot.Excited?Yes i am!Aja suka jumpe new peoples and opcoz new friends!:))).Paling penting,adik ayu sayang satu tempat practical dengan aja!Aja wase wat masa neh relaksss je sebab selalunya catering tak manyak tempahan lagi.Awal tahun neh tak manyak function kot kan.Itu kakak yang teje kat ctuh kate.heee.Nak taw tak..Aja sebenarnya lupa tempat tuh katne..Boley camtu kan!=__=.Haila!But no worries,aja ingat lagi kot.Ape susah,tanye je orang-orang sekeliling.Malu bertanya,sesat jalan!;ppp.So esok Insyallah around 8am aja kuar uma.Aja kena datang dalam pukul 9am++.Balik lam 5.30pm++ kot.Ok,sempoi-sempoi je dulu.Pakaian pom tak kesaaah.Ouh yeaaa,aja sebenarnye tak bape nak sihat.Boley pulak kan?Tak sedap badan and peyot sebab mam macam-macam!hahaha!;ppp.


Haila!Maghrib semalam(090111),aja terharuuu sesangat dengan Umi!Semalam aja duk mengomel aja ngidam sangat nak makan macau egg tart!Tapi aja malass nak drive ke S.gombak atas.So mulut jela bising nak makan.Tambah buat aja teliur nak makan tengok coursemates aja si aida update blog dia pasal egg tart!Lagiii la mak ngidammm!=__=..Dah malas tuh duk dediam jela kan.uhuuuk!Tapi petang nak dekat maghrib aja pelik Umi takde kat uma.Haila!Kat uma ade ziwah yang duk tido sebab demam and amin yang duk tengok tv.Ayoh dah siap-siap G solat maghrib.Aja pom duk lam bilik jela.Dah pukul 7.30pm++ camtu umi ketuk pintu bilik and suwoh keluar cepat!Aja cam pelik je sebab suara Umi cam excited.Aja memula malas nak kuar(tewok tol ade anak pemalas camneh.=__=).Tapi dengar suara Umi excited,mesti la ade something kan..Haila!Aja pom kuar bilik,tengok-tengok amin duk makan cheese tart!Aja nampak plastic Baker's The Cottage!Oh myyy!Aja dah tahu ape dia!!!MACAU EGG TART weyh!Tewos ngaaap!Sampai 2biji aja ngappp sowang!SubhanAllah!Masa makan tuh cam teharuuu sangat!Aja tanye Umi.."camne Umi boley G beli?"..Umi jawab.."seorang ibu kalau anak nak,ape pun ditunaikan.."..Ohmyyy!Touching habesss la aja dibuatnya!Sampai wase nak menitik air mata!(tak tipu!!!)

*satu tuh dah selamat masuk lam peyot.;ppp*

Haila!Umi nak makan cream puff yang aja buat,sampai sekarang aja tak buat lagi!Sungguh tak patut kan?Tetibe cam sebak pulak.*sobsss*..Macam tuhla ibu..Anak nak apa je cuba ditunaikan sehabes baik..Si anak?Hampesss.Baiklah,mari tanam wase wajin untuk buat cream puff dekat Umi!!!Siyes nak kena buat gak!Uols tolong kasi semangattt pelisssh!;))).Ok lah,harusss tidur.Esok practical!Doakan untuk aja.Good luck untuk rakan-rakan aja jugak!So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Kadang-kadang dalam hidup ini,kita kena sedar..Tak semua yang kita nak tuh kita boley miliki dan tak semua yang kita nak tuh terbaik untuk kita.Bila melibatkan hati,ia jadi sangat rumit.Jangan biarkan saya memilih.Sebab saya takkan pernah buat pilihan.Untuk seberapa lama yang saya tak pasti,saya cuma ingin mencintai DIA lebih dari dia atau pun sesiapa sahaja..Boley awak cuba mengerti sebagaimana dia yang begitu mengerti niat di hati saya?:)))




Lots of lurv,

Friday, January 7, 2011

♥A BEAUTIFUL FEELINGS INSIDE myHEART♥


Salam Oya guys!Haila!
Fuuuh!Wase lelah dan sakit tak terkata dan tak tergambar wasenya.
Tapi..Wase bersyukur dan bahagia menutupi dua wase itu!
Maka,wujudlah pewasaan yang sangat-sangat INDAH~:)))


Haila!
SubhanAllah..Speechless dengan kebesaran yang Maha ESA..
Mulut dan hati tak henti-henti memuji kebesaran-NYA..Indah..
Terharu sangat sampai menitik air mata di atas puncak Broga Hill..
Besarnya kuasa ALLAH..Tewase sungguh kerdil diwi ini di sisi-NYA..
Syukran YA-ALLAH atas pewasaan yang sangattt Indah ini tatkala mata masih bisa melihat keindahan yang KAU cipta..ALLAHUAKBAR!


Haila!Aja nak share cerita secara details lagi.Tapi tunggu mood wajin datang dulu!hehehe.Nak upload pictures dekat Facebook,tapi pictures Holiday dekat Pangkor tak habes upload lagi!teheee.As usual,aja nak muntah tengok muka aja je penuh lam dslr aja tuh!HAHAHA!;ppp.Sian my baby Olympus bermandi hujannn.Tuannya lagi la,sampai menggigil dibueknye!Tapi pengalaman yang cukup indah!:))).Salam jumaat buat semua sahabat!Moga keredhaan dan keberkatan-NYA sentiasa bersama kita!Insyallah..Amin..So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;We will never no what life will throw at us,never no what path we will take but can only hope that we are strong enough to handle it!:)))




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com