pwincessAJA~M-E-A!~: ♥babydemokdebu-airien♥

HAILA!

free page hit counter
online
Showing posts with label ♥babydemokdebu-airien♥. Show all posts
Showing posts with label ♥babydemokdebu-airien♥. Show all posts

Monday, January 27, 2014

EH 2014!

Salam!Ya-Allah,lama tak coret rasa hati dalam blog ni..Nak kata busy sangat tu takdela tapi jarang sangat duduk office so tak sempat nak menaip..Kat hp pun lupa nak download app blogger..Tu yang tak sompat nak berupdate..hehehe..:)..
Alhamdulillah dah nak masuk bulan February kan?Kejap nya masakan..30hb January ni genap 3bulan irfan pergi..Dalam 3bulan macam-macam aja buat untuk jadi sekuat yang aja harapkan..Dah lama aja tak jenguk pusara irfan..Kakak aja(kak qis) tak pernah sekali pun jejak kaki ke pusara anak dia arwah airine..Kakak kata,"buat apa aku pegi kalau buat itu boleh buat aku sedih dan menangis"..Betul jugak..Tak semestinya tak pergi ziarah pusara anak kita tak ingat kat anak kita kan..Lillahi sentiasa rindu..Mana ada ibu yang boleh lupakan anak dia macam tu je..Betul tak?Kalau pergi kerja pun minda duk teringat kat anak yang ditinggalkan dengan pengasuh..Rindu kan?Apatah lagi kalau anak dah takda untuk selama-lamanya..Rindu menggunung sangat taw..Tapi aja sentiasa percaya Allah adalah sebaik-baik perancang..Aja tak pernah tanya kenapa Allah uji aja,tak pernah aja mengeluh kenapa aja yang dipilih..Jujur memang hati sedih dan pasti menangis kalau ingat anak tapi aja sentiasa doa supaya Allah beri pahala disebalik rindu seorang ibu..



2013 pengalaman paling manis sebab berpeluang hamil,rasa saat baby tendang dalam perut,contraction nak bersalin dan sebagainya..Ya-Allah,rindu sangat taw..Tapi 2013 juga tahun paling mencabar untuk aja,hubby dan keluarga..Apa-apapun,ada hikmah disebalik setiap ujian dari-NYA kan?Sentiasa percaya dengan janji Allah,kerana janji Allah itu pasti..Wallahualam..:)..Aja ade pergi holiday last year,ke Hatyai and Cameron Highlands..Nanti nak update kalau berpeluang..hihihi..Masuk hari ni dah nak seminggu aja tak sihat dengan sore throat,flu,fever,headache dan lain-lain..Ujian sungguh tapi redha jelah sebab sakit kan penghapus dosa-dosa kecil!:)..Aja doakan yang terbaik untuk semua sempena tahun baru 2014 ni..Sampai ketemu lagi..

TC N bUbye 4NOW


Lots of lurv,

Tuesday, May 7, 2013

A Year Already..:(

07052012-07052013

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah setahun arwah pergi dari hidup kami..Sungguh hati ini redha dan ikhlas dengan kepergiaan arwah..Tapi ALLAH mengetahui betapa hati ini tak pernah berhenti merindui arwah..:'(

Ya-Allah,beri kesabaran dan kekuatan pada hati ini..

Ya-Allah,jadikan rasa rindu ini sebagai pendorong buat hamba untuk berusaha menjadi salah seorang ahli syurga-MU agar hamba diberi peluang bertemu ahli syuga-MU,Nur Airien Sofia..:')



Monday, October 8, 2012

Perihal Semalam...

5MONTHS...

 Semalam..Genap 5bulan arwah Airien pergi bertemu sang pencipta-NYA..Al-Fatihah..Arwah pasti sedang gembira di Syurga-NYA..((:




11MONTHS...

Semalam..Genap 11bulan tempoh perkahwinan kami!Alhamdulillah!Susah senang sentiasa bersama,masih banyak yang perlu kami pelajari dan fahami..Moga hubungan ini sampai ke akhir hayat dan syurga.Insyallah..Love you so much hubby!:))..Mudah-mudahan ALLAH makbulkan doa kita untuk bertiga pulak kan..Amin..;))


Nota HAILA;I praise to ALLAH for everything that happens in my life!Everything happens for a reason..Only HE knwos the besh..:))




Lots of lurv,

Tuesday, August 28, 2012

♥10 Syawal♥


 Salam,Haila!Memang dah lupa sangat dah cara macam mana nak update blog!teheee.:p.Walhal selalu je ada niat nak update tapi at the end nan hado sebabnye busyyy bee sesangat!huhuhu.Hari neh tetap nak update!Sebabnya hari ini merupakan hari lahir arwah myniece(Nur Airien Sofia)..Semalam aja dapat khabar yang mycousin punya wife selamat melahirkan baby boy.Alhamdulillah..Tapi hati aja sayu sangat-sangat..Sebabnya aja tetiba teringat 28 August adalah hari kelahiran arwah..Kalau arwah ada,umur dia da masuk 2tahun..Tahun lepas je dapat wish.Tahun ni hanya mampu hadiahkan Al-Fatihah..Ya-Allah,rindunya pada arwah hanya arwah yang tahu..Setiap kali ingat mesti bergenang air mata,terlalu banyak kenangan manis dengan arwah..Sikit pun cik Ja tak pernah lupa..Walaupun Allah bagi ganti,tapi memang takkan pernah sama dengan arwah..Hanya Allah tahu betapa istimewanya arwah di hati cik Ja dan semua orang..Raya nih cik Ja pergi ziarah kubur arwah,Ya-Allah..Sedih sangat sebab tak dapat kita pakai sedondon,Tok Umi beli kain sama untuk semua ahli keluarga perempuan..Baju arwah tukang jahit da potong tapi tukang jahit tak dan nak jahit,mungkin petanda yang arwah tak kan sempat pakai baju tuh..Macam mana sedih pun hati ini,hidup sentiasa perlu diteruskan..Cik Ja sentiasa anggap apa yang berlaku ni ada hikmah yang terbaik untuk keluarga kami..Allah beri kami ujian dengan kehilangan arwah tapi Allah bagi rahmat yang tak terhingga dengan kehadiran Nur Damia Sofia(nama anak baru k.qis)..Sedikit sebanyak terubat duka di hati..Kadang-kadang terbayang-bayang kelibat arwah di setiap tempat.Tapi cik Ja tahu arwah sedang berbahagia di Syurga-NYA..:)..Al-Fatihah buat Nur Airien Sofia Bt Mohd Fakhzan...Ok,tak boleh taip lagi.Mata dah kabur dengan air mata.Im not strong enough..:(..Ada masa nak update pasal hari raya aja.Alhamdulillah tahun neh aja beraya as a wife!Tak sangka sungguh!ngeee.:D..Syukur sangat ke hadrat Ilahi dengan ketentuan hidup yang ditetapkan oleh-NYA.Alhamdulillah.:))..Tapi tension betul memory 8gb tak dapat baca!Hilang semua dekat seribu gambar!Uwaaaa!:((..Naseb ada iPong hubby.hehehe.Sampai ketemu lagi!TC n bUbye!

*Damia waktu usia few days,macam arwah masa baby..pic baru tak transfer lagi.:)*

Rasanya tak terlambat lagi nak wish raya kan?heee.So..

Salam Eid Fitri Maaf Zahir dan Batin sahabat-sahabat sekalian.:)

Nota Haila;Tak sanggup nak view blog sendiwi..Tak kuat nak baca semua kisah yang pernah aja taip pasal arwah..Hati jadi sebak sangat..Only Allah knows how much I do love n mish arwah..:((




Lots of lurv,

Monday, May 14, 2012

AYOH's BURFDAY+MOTHERS DAY!

Salam..Semalam merupakan hari ibu dan juga hari kelahiran ayoh aja.Semalam jugak genap seminggu arwah pergi tinggalkan kami semua..Aja still wish kak qis happy mothers day walaupun aja tahu perit untuk kak qis terima.Aja kata,"La tahzan kakak.Allah have a better plans for you and us.Insyallah..Amin.."..Tak lupa juga wish mothers day dekat umi and fathers day dekat ayoh.Semalam hubby belanja nasi arab untuk dinner,bukan berdua tapi satu family aja.Walaupun semua berselera,tapi masih teringatkan arwah..(gambar dekat handphone hubby)..Sungguh,kehilangan arwah adalah kehilangan besar bagi kami sekeluarga.Hari-hari aja berdoa supaya Allah tabah dan kuatkan hati aja.Setiap kali bangun tidur aja ingatkan diri yang arwah dah tak ada,sebab hati aja masih sukar nak percaya yang arwah dah tak ada.Walhal aja tengok sendiri saat arwah dimandikan,dikapankan seta dikembumikan.Tapi Ya-Allah,aja rasa sukar sangat nak lupakan semua memori tentang arwah..Rindunya pada arwah hanya Allah mengetahui..Moga Allah beri ganjaran yang besar buat kami sekeluarga terutamanya kedua ibu bapa arwah disebalik kehilangan ini..Amin..

*siapa sangka raya mendatang takkan ada arwah bersama kami lagi*


*Tabahkan hati kami sekeluarga untuk menerima ujian dari-MU ini Ya-Allah*






Lots of lurv,

Friday, May 11, 2012

AL-FATIHAH NUR AIRIEN SOFIA BT MOHD FAKHZAN

Salam..Ya-Allah,tak tahu dari mana nak mula kan entry ini..Tabahkan hati ku untuk menaip Ya-Allah..First of all,aja nak ucapkan ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah mendoakan kesembuhan buat anak buah aja Nur Airien Sofia..Setelah sebelas hari berada di Hospital Selayang,6hari di dalam wad biasa dan 5hari di dalam ICU,Isnin lepas,7hb Mei 2012 tepat jam 11.10pm,Nur Airien Sofia(1tahun 8bulan) telah pergi meninggalkan kami semua dan Alhamdulillah,arwah telah selamat dikebumikan di Pasir Puteh Kelantan sekitar jam 11.00am pada 8hb Mei 2012..Insyallah akan aja cerita apa yang telah berlaku secara lebih details.Cuma buat masa ini belum ada kekuatan diri.Masih berusaha untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran arwah.

*Indah sungguh raut wajah ahli syurga-MU ini Ya-Allah..*


Ya-Allah,telah KAU janjikan syurga buat arwah Nur Airien Sofia,bahagianya arwah di sana sebagai ahli syurga-MU..Arwah sedang menanti kedua ibubapanya di pintu syurga..Bahagia juga kedua ibubapanya..Sungguh aku amat merindui ahli syurga-MU itu..Tapi hati ini redha dan ikhlas dengan kententuan-MU meskipun berat sungguh ujian dari-MU ini untuk ku terima.Tapi tidak kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima dan tempuhi..Ya-Allah,tabahkan hati kami sekeluarga.Sungguh besar kehilangan arwah buat kami.Semua orang merasa kehilangan.Kami semua sangat-sangat menyayangi arwah,tapi ENGKAU lebih menyayangi arwah..Tiada satu pun kenangan pahit antara kami dan arwah.Sepanjang hayat arwah,arwah sentiasa menceriakan kami semua.Memberikan kami gelak tawa dan senyum tanpa henti.Syukran Ya-Allah kerana telah memberi kami peluang untuk hidup bersama ahli syurga-MU itu meskipun untuk tempoh yang tidak terlalu lama.Tapi kehadiran arwah dalam hidup kami selama 20bulan adalah sangat sangat bermakna..
Sweet Memory,NUR AIRIEN SOFIA,28hb August 2010-07hb May 2012..:))




Lots of lurv,

Sunday, May 6, 2012

Tenat.

Salam..my little airien is now in tenat condition.Pleaseeee do pray for her!Jantung airien da sangat lemah.Mohon ada keajaiban buat airien.Semalam around 1am++ kakak call cakap tekanan darah airien rendah,doctor takut pendarahan dalam otak.Bila dapat masuk,terus air mata mengalir.Aja peluk k.qis dengan umi.Aka cakap aja xkuat..Umi kata jangan nangis,kesian kakak.Aja tarik nafas dalam-dalam.kuatkan hati dan diri untuk pegang airien.Tak henti-henti semua berdoa.Dekat pukul 4.30am,Alhamdulillah makin stabil.Sampai pagi ni dalam pukul 8.30am pun masih stabil umi cakap.Sebab aja,hubby n parents abe zan balik almost 5.00am jugak la.Tengahari aja ke hospital kak qis cakap makin teruk dari semalam.Ya-Allah,sebak dan sedih sangat tengok keadaan airien!Mintak-mintak keadaan ini akan beransur pulih..Tolong doakan nur airien sofia ea semua.Terima kasih banyak-banyak!Ya-Allah,kuatkanlah hamba mu ini dan seluruh ahli keluargaku..Amin..

Friday, May 4, 2012

ICU.

Salam..Ya-Allah..Aja harap sangat aja dapat taip berita yang menggembirakan mengenai airien's condition..But sadly i have no good news to be tell..Yesterday as usual aja ke hospital,agak lewat dari biasa..Sebelum tuh abe zan dah call cakap keadaan airien semakin teruk.Doctor nak masukkan airien ke ICU..Ya-Allah..Langsung tak dapat fikir apa-apa..Sampai je kat atas,tengok mata airien pejam tapi dia meronta-ronta dan menangis tanpa air mata..Airien tak sedar apa-apa.Doctor cakap itu peringkat ketiga.Walhal sehari sebelum tuh airien macam dah bertambah baik..Tapi kuasa Allah yang menentukan segala-galanya.Bila aja tiba,k.qis terus menangis bila aja pandang mata k.qis.Ya-Allah,dah tak tertanggung derita si ibu..Aja sebak,air mata tanpa segan silu mengalir.Aja puas panggil nama airien,langsung si kecil tuh tak menyahut.Dia hanya menangis dan meronta-ronta.Sementara menunggu katil di ICU disediakan,aja dan abe zan baca yasin.Air mata jadi peneman setia.K.qis dakap airien sambil baca selawat syifaa dan air mata tak berhenti mengalir..


Selepas beberapa ketika,doctor datang dan segera bawa airien ke ICU.Waktu tuh airien dah bertukar ke dakapan abah dia.Dengan abe zan atas katil cuba tenangkan airien,nurses usung katil lalu lift kecemasan bawa airien ke ICU.Ya-Allah,dengan suasana kelam kelibut dan sayunya.Hanya Allah mengerti apa yang kami rasa.Sebak bila abe zan menangis teresak-esak sambil pangku airien yang tidur kepenatan barangkali.Aja follow sebelah k.qis,Ya-Allah..K.qis menangis teresak-esak.Aja tak dapat tahan sebak,air mata mengalir macam hujan..Perasaan ketika itu memang tak dapat digambarkan.Suasana memang cemas dan pilu sangat!


Dalam fikiran cuma airien..Doctor cakap cuma ada cara terakhir je dapat dia lakukan iaitu transplant(pembedahan tukar hati)..Tapi kami sekeluarga seboleh-bolehnya tak mahu pembedahan dilakukan sebab risiko sangat tinggi dan percentage untuk airien sihat cuma 20%!Langsung tak menjanjikan apa-apa kebaikan buat airien!:(..Ya-Allah,airien dibius..Diberi bantuan pernafasan..Badan si kecil itu dimasukkan tiub dan penuh dengan wayar di seluruh tubuhnya..Ya-Allah,lemahnya hamba-MU ini tatkala diberi ujian dari-MU...Hanya doa yang mampu ku beri buat airien..Mohon sahabat semua doa untuk airien..Hari ini masih sama melainkan bacaan darahnya kelihatan membaik..Tadi aja tengok muka airien sembab,mungkin sebab dah berbotol-botol air masuk dalam badan airien.Aja lemah,tak berjaya menahan sebak didada..Air mata menitis tatkala melihat si kecil yang selalunya cergas dan aktif.Yang sering memeluk dan mencium cik Ja nya.Tapi kini hanya terbaring dam tak mampu nak celikkan mata pun.Ya-Allah..Kuatkan dan tabahkanlah hati kami sekeluarga.Meskipun berat sungguh untuk ku terima ujian-MU ini.Namun aku redha kerna ENGKAU mengetahui hikmah disebalik semua ini.Doakan airien..Ya-Allah,sembuhkanlah airien..Hanya pada-MU kami memohon dan meminta..Berikanlah keajaiban kepada airien.Amin Yarabbal Alamin.....



Lots of lurv,

Wednesday, May 2, 2012

POOR MY LITTLE AIRIEN...:(

*please smiling at me my little baby!!:(*
 

Salam..Yesterday was a labour day!But nothing special than meet my little pwincess,airien!:)).Aja datang lawat airien dalam pukul 9,30am++..Alhamdulillah demam dah kebah.Tapi kuning jadi balik.Airien asyek menanges je sebab nurses and doctors kejap-kejap datang.Anti betul airien bila nampak nurses or doctors..Masa datang semalam,sebelah tangan lagi kena cucuk untuk tempat ambil darah.Maknanya airien tak dapat gunakan kedua-dua belah tangan dia.Mengamuk si kecil tuh..Pity her..

*nak dengan abah je*

Airien asyek memerap dekat abah dia je.Tapi lepas pujuk main talking toms baru dia nak dekat aja.Airien lemah je.Yang dia tahu cuma menangis.Makan pun tak lalu..Dalam 3hours spend time dengan airien,aja pun balik dengan hubby..Pagi neh as usual,aja datang jenguk airien.Sebelum tuh mak B(nenek aja) sibuk call nak tahu keadaan airien..Risau sungguh mak B dengan cicit dia.Aja cakap,airien makin sihat..Aja suruh mak B jangan risau,jaga kesihatan sebab mak B pun baru je sihat.Biasala orang dah berumur..Tapi dalam hati sedih kena tipu pasal keadaan airien..

*my poor little baby..:(*

*do pray for her please!:))*

Bila aja ke hospital,k.qis kata,doctor cakap airien makin teruk..Kena masukkan darah means tukar plasma baru.Kalau lepas tukar darah pun masih tak berubah,airien kena masuk ICU..Aja terdiam..Ya-Allah,besar sungguh ujian-MU buat kami..Alhamdulillah selera airien agak bagus..Airien makan 2biji kuih seri ayu.Walaupun mata dia kuyu,dia tetap kunyah makanan tuh.Lemah sangat airien.Tapi dalaman airien kuat!Setiap kali aja peluk airien,aja mesti selawat dekat telinga airien.Alhamdulillah airien ikut aja selawat.Ya-Allah,kuatkan hati ini untuk melihat penderitaan si kecil kesayangan ku..:(..Ya-Allah,please give me a good news...

*I miss my old little baby with her sweetest smiling...can I see that smiling again?*




Lots of lurv,

Monday, April 30, 2012

♥HEART@HATI♥


Salam..Semalam ibarat mimpi yang sangat buruk buat aja dan family..My one and only niece(Nur airien Sofia) was admitted to Hospital Selayang at 3am on last friday,suspected demam kuning tapi sebenarnya adalah radang hati..Dimana her heart no longer function for her body..Doctor said airien in critical condition,boleh berlaku pendarahan dan boleh juga bawa pada kematian..Ya-Allah,semuanya secara tiba-tiba!Walhal baru rabu lepas aja bawak airien jalan-jalan dekat pasar malam.Airien cergas macam kanak-kanak yang sihat,tak ada apa yang berbeza..Tapi dalam sekelip mata semua berubah...:(..Since dimasukkan ke Hospital,tak henti-henti darah diambil dari badan airien,asyek kena cucuk je..Tangan kanan kena cucuk masuk air,kaki kiri kena cucuk masuk ubat.Ya-Allah..Tak mampu rasanya nak tahan sebak bila tengok airien lemah terlantar dikatil Hospital.Semalam hampir 4jam kak qis(umi airien),abe zan(ayah airien),tok umi(my umi),tok ayoh(my dad),tok ma(nenek airien) and mysiblings kena soal siasat dengan doktor pakar hati..Macam-macam ditanya,since airien dalam kandungan her mom lagi doctor tanya untuk cari punca pada penyakit airien,tapi aja takda dekat Hospital..Malamnya pulak doctor kasi penerangan mengenai penyakit airien,apa masalahnya,apa yang bakal berlaku,bagaimana untuk rawat dan kawal,apa yang bakal airien hadapi in future dan macam-macam lagi.Aja cuma mampu dengar dalam 30minutes instead of 3hours..Sebab aja rasa xkuat nak dengar apa yang harus kanak-kanak sebesar airien tanggung..Airien terlalu kecik tuk tanggung semua sakit tuh..She's only 1year and 9months!:(.Air mata aja tak henti-henti mengalir,aja keluar dari bilik doctor walaupun doctor halang.Aja pergi dekat airien,aja pangku dia,aja dan adik-adik hiburkan dia..Dia ikut aja selawat,aja menangis lagi..Sampai saat ni aja tak boley kawal rasa sebak di hati.


Pagi tadi aja ke hospital,airien baru lepas menangis sebab baru lepas kena cucuk untuk ambil darah.Kuning dia da kurang sikit,tapi perut masih buncit dan sangat keras..Belakang pun ada tanda lebam sebab darah tak boley beku dengan sendiri.Ya-Allah..Aja tak sekuat umi airien..K.qis sangat kuat,langsung tak nampak menitiskan air mata.Cuma semalam masa nak balik aja peluk erat suruh k.qis sabar dengan semua ni..K.qis menangis jugak sebab sebak,ayah airien pun sama..Ya-Allah,sungguh berat ujian-Mu..Mata umi dan ayah merah,masing-masing menahan sebak.Aja pandang airien,Ya-Allah,kuatkanlah sikecil itu..Aja tahu airien kuat macam umi airien..FYI,my sister tengah pregnant about 7 and half months..Ya-Allah,kuatkanlah kakak dan abang ipar ku..Sesungguhnya takkan KAU berikan dugaan yang tak mampu digalas dan ditanggung oleh mereka dan kami semua.Amin..Mohon semua doakan airien supaya cepat sihat dan sembuh.Doakan kami sekeluarga tabah melalui hari-hari mendatang..Sungguh airien sangat bermakna dalam hidup aja.Dalam hati aja,airien tak ubah macam anak aja..Tak kuat hati ni setiap kali tengok airien..Ya-Allah,terima kasih sebab hadirkan airien didunia ini dan jadikan airien sebagai my niece..Terima kasih k.qis dan abe zan sebab bawa airien dalam hidup aja..Airien such a wonderful  and sweet baby that i have ever met!

*mystrong baby still can smiling at me even she's in pain.:(*

Nota HAILA;Ya-Allah,tabahkan dan kuatkanlah hati hamba mu ini..Aku insan yang lemah Ya-Allah..




Lots of lurv,
 

Tuesday, January 4, 2011

♥DISLIKE!♥


Salam,Oya guys!Haila!Choiii sungguh!Aja adela luah pasal ketidakpuasan hati aja dengan hal-hal yang aja lalui.Tapi bila baca balik,cam tak patut di'publish'kan.So aja nak save dalam draft je,sekali tertekan 'publish post'.Naseb ley 'save as draft' balik..Malas la nak share sebab takut nanti kang owang salah paham.Dahtu satG owang yang tak sepatutnya baca pom ley jadi isu gak.Jadi,simpan buat bacaan diwi sendiwi jela!Pastu sedeyh sensowang jela.huuu!*sobsss*;'[[[.

*windu-windu-windu!Nak kish baby demok!!!*

Haila!Tak kesah la,dah biase kot simpan sensowang(ayat nak sadis je).Bila semua owang membusy,menjadi kebiasaan buat aja untuk wase bosan dan mewasekan hari-hari yang dilalui sangat boring.Durhhh.Nanti dah busy,mula la windu hari-hari yang dikatakan boring tuh.Manusia memang,tak pernah nak bersyukur..=__=..Ouh,aja memang wase bosan sampai tak terkata.Bila dah bosan mula la ke dapur cari makanan.

*windu-windu-windu!get well soon lit sister!*
Haila!Pastu makan sampai wase bosan.Dahla bosan,tambah stress sebab makin temokkk.haish.=__=.Baru dua hari dah tekanan pewasaan.Walhal waktu neh la kena hargai masa relaks sebab next week dah start practical!Ngeng lah kau neh aja!>.<..Uhuuuk,sebenarnye menjadi tertekan sebab windu baby demok+encoh.Encoh suspect denggi!Ciannye encoh..Harap-harap mukan denggi.Amin..Opss,nak G kua makan.Si bella+piqah(cousins) col ajak teman G kedai makan!Dadaaa!So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Kesian kan?Nampak sangat memang bosan life aja bila adik-adik semua busy sekolah pagi petang.Malam semua dah penat.Cepat lah hari-hari yang membosankan berlalu!Nak busy gak cam owang lain!Pastu nanti dah busy nak relaks!Haaa,itu lah dia...Ouh...Dislike this feelings!=__=




Lots of lurv,

Tuesday, December 28, 2010

♥4MONTHS♥



Salam,Oya guys!Haila!Dah bape hari eh terlupa update blog?(mukan lupe,buat-buat lupe.ngeee!).Memang siyes nan ado mood nak share perihal kisah hidup.Alhamdulillah sekarang neh 'happy+bahagia' disamping keluarga tecinta!:))).Syukur ke hadrat Illahi!Tika diberi kebahagiaan,harus lah dinikmati dengan sepenuhnya!Tika diberi kedukaan,harus lah dilalui dengan setabahnya!teheee.:'))).Haila!Disebabkan cam lame tak update,idea nak mengarang+membebel agak kurang sedikit.heee.Nak mule camne eh?ngeee.Walhal macam-macam hal yang besh boley diceritakan!Tapi takpe,hentam kromo jela kan.Huwm..BFFs encoh semua dah pulang ke Kelantan~Takde dahla bejalan hari-hari.Masa untuk terperap di uma pulak.Tetiap malam balik lewat,memang penat.Apo nak jadi haiii si anak dara!eheh!;ppp.Huwm..Siang nanti..Baby demok akan pulang ke Kelantan jugak..Ayoh baby demok dah datang..Haila!Tataw ape wase yang ade lam hati skang neh..Pasneh kalau windu,tatap gambar-gambar baby demok jela..Kalau windu lagi,dengar suara baby demok dekat handphone HK jela..Kalau windu lagi dan lagi,tengok video baby demok lam laptop jela..Ok,PASRAH sungguh diwi ku ineh..;'[[[.Gaya bersedih macam pasneh tak ley jumpe lagi kan.uhuuuk!Memang la boley jumpa lagi...Haila!Tapi dah sebulan lebey duk tatang+timang cam anak sendiwi,dah terbiasa!Macam mana nak biasakan diwi tanpa baby demok di hari-hari mendatang???*sobsss*.Nangis lam hati jela..;'[[[..Fuuuh!G jejauh pewasaan sedeyh!Mari bercerita perihal Title N3 neh.Ape yang 4months?Alhamdulillah..Baby demok dah masuk 4months!Bewat kemungkinan besar dah jadi 7kg++!Lenguh tangan kalau dukung si baby demok!heee.




















Haila!Si baby demok dah kenal owang.Tapi mesti nanti dia lupaaa kat cik Ja dia kalau jarang jumpa(sambung nangis lam hati*sobsss*).Walaubagaimanasekalipom,cik Ja akan pastikan baby demok selalu ingat cik Ja!!!;))).Ok lah,cik Ja dah blurrr.Nak layan sedeyh jap.Uols layan gambar baby demok kat atas neh ok!:))).So...
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Livin my life and lovin every second!!=']]]




Lots of lurv,

Tuesday, December 14, 2010

♥EVERYDAY WAKE UP WITH A SMILE♥



Salam,Oya guys!Haila!Lam drafts aja ade manyaaak N3.Nak publish tapi malas nak edit.Baru upload pics jerk.Nak menaip tuh haaa yang malas.ngeee.Tunggu la aja wajin nanti aja edit and publish.Haaa,lately neh kan..Aja mangun pagi taw!So not me okayh!;ppp.Tapi aja cam suka lak mangun pepagi.Mangun-mangun je dengar suara si baby demok.Tewos senyum dibuatnya.:))).Bahagia betol,dahtu mangun cuci-cuci muka,gosok gigi,tewos makan.Double bahagia kan?hiksss.Haila!Bibik dah ade,aja teje goyang kaki je.Cuma kalau aja wajin tuh adala aja buat teje uma,tolong skit-skit.;ppp.Selebeynya melayan si baby demok.For da time being,hari-hari aja memang hanya dengan baby demok.Nak kua bersosial cam takde mood dah.Rituh aja nak join gathering blogger dengan bloggers.Mintak izin ngan Umi..Tapi Umi suwoh jaga si baby demok.Haila!Tak dapek join mereka.Aja pom dah lame tak jumpe kakak-kakak blogger yang disayangi.Kesimpulannya,aja lebey manyak duk uma melayan keletah si baby demok.Sampai hujung bulan neh je baby demok kat uma neh.So,aja kena manafaatkan masa yang aja ada bersama baby demok.Ayoh baby demok pom dah nak ambik dia 20hb neh tapi dibantah oleh Tok Umi baby demok.So dapat la baby demok stay Gombak lame skit!


Haila!Taknak pikir hari-hari yang mendatang tanpa baby demok!Nak taw tak,aja dah 3hari berturut-turut mimpi ayoh si baby demok datang amek baby demok!;'[[[.Takut hari tuh tiba sampai termimpi-mimpi.huuu!Si baby demok buat aja mangun dengan senyuman dan tidur dengan senyuman.Jadi aja nak hargai senyuman yang disebabkan oleh baby demok neh.Nak kena biasakan.Supaya menjadi kebiasaan,mangun pagi dengan senyuman dibibir serta hati.;))).Ok,tuh jela dulu aja mengomel.So...
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;We are BFF,but I don't think you treat me like i'm one of ur BFF..Don't you think so?Day by day,we are changes~But its okay,I got used to it.:)))




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com