pwincessAJA~M-E-A!~: ♥AQISH♥

HAILA!

free page hit counter
online
Showing posts with label ♥AQISH♥. Show all posts
Showing posts with label ♥AQISH♥. Show all posts

Monday, May 14, 2012

AYOH's BURFDAY+MOTHERS DAY!

Salam..Semalam merupakan hari ibu dan juga hari kelahiran ayoh aja.Semalam jugak genap seminggu arwah pergi tinggalkan kami semua..Aja still wish kak qis happy mothers day walaupun aja tahu perit untuk kak qis terima.Aja kata,"La tahzan kakak.Allah have a better plans for you and us.Insyallah..Amin.."..Tak lupa juga wish mothers day dekat umi and fathers day dekat ayoh.Semalam hubby belanja nasi arab untuk dinner,bukan berdua tapi satu family aja.Walaupun semua berselera,tapi masih teringatkan arwah..(gambar dekat handphone hubby)..Sungguh,kehilangan arwah adalah kehilangan besar bagi kami sekeluarga.Hari-hari aja berdoa supaya Allah tabah dan kuatkan hati aja.Setiap kali bangun tidur aja ingatkan diri yang arwah dah tak ada,sebab hati aja masih sukar nak percaya yang arwah dah tak ada.Walhal aja tengok sendiri saat arwah dimandikan,dikapankan seta dikembumikan.Tapi Ya-Allah,aja rasa sukar sangat nak lupakan semua memori tentang arwah..Rindunya pada arwah hanya Allah mengetahui..Moga Allah beri ganjaran yang besar buat kami sekeluarga terutamanya kedua ibu bapa arwah disebalik kehilangan ini..Amin..

*siapa sangka raya mendatang takkan ada arwah bersama kami lagi*


*Tabahkan hati kami sekeluarga untuk menerima ujian dari-MU ini Ya-Allah*






Lots of lurv,

Friday, May 11, 2012

AL-FATIHAH NUR AIRIEN SOFIA BT MOHD FAKHZAN

Salam..Ya-Allah,tak tahu dari mana nak mula kan entry ini..Tabahkan hati ku untuk menaip Ya-Allah..First of all,aja nak ucapkan ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah mendoakan kesembuhan buat anak buah aja Nur Airien Sofia..Setelah sebelas hari berada di Hospital Selayang,6hari di dalam wad biasa dan 5hari di dalam ICU,Isnin lepas,7hb Mei 2012 tepat jam 11.10pm,Nur Airien Sofia(1tahun 8bulan) telah pergi meninggalkan kami semua dan Alhamdulillah,arwah telah selamat dikebumikan di Pasir Puteh Kelantan sekitar jam 11.00am pada 8hb Mei 2012..Insyallah akan aja cerita apa yang telah berlaku secara lebih details.Cuma buat masa ini belum ada kekuatan diri.Masih berusaha untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran arwah.

*Indah sungguh raut wajah ahli syurga-MU ini Ya-Allah..*


Ya-Allah,telah KAU janjikan syurga buat arwah Nur Airien Sofia,bahagianya arwah di sana sebagai ahli syurga-MU..Arwah sedang menanti kedua ibubapanya di pintu syurga..Bahagia juga kedua ibubapanya..Sungguh aku amat merindui ahli syurga-MU itu..Tapi hati ini redha dan ikhlas dengan kententuan-MU meskipun berat sungguh ujian dari-MU ini untuk ku terima.Tapi tidak kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima dan tempuhi..Ya-Allah,tabahkan hati kami sekeluarga.Sungguh besar kehilangan arwah buat kami.Semua orang merasa kehilangan.Kami semua sangat-sangat menyayangi arwah,tapi ENGKAU lebih menyayangi arwah..Tiada satu pun kenangan pahit antara kami dan arwah.Sepanjang hayat arwah,arwah sentiasa menceriakan kami semua.Memberikan kami gelak tawa dan senyum tanpa henti.Syukran Ya-Allah kerana telah memberi kami peluang untuk hidup bersama ahli syurga-MU itu meskipun untuk tempoh yang tidak terlalu lama.Tapi kehadiran arwah dalam hidup kami selama 20bulan adalah sangat sangat bermakna..
Sweet Memory,NUR AIRIEN SOFIA,28hb August 2010-07hb May 2012..:))




Lots of lurv,

Sunday, May 6, 2012

Tenat.

Salam..my little airien is now in tenat condition.Pleaseeee do pray for her!Jantung airien da sangat lemah.Mohon ada keajaiban buat airien.Semalam around 1am++ kakak call cakap tekanan darah airien rendah,doctor takut pendarahan dalam otak.Bila dapat masuk,terus air mata mengalir.Aja peluk k.qis dengan umi.Aka cakap aja xkuat..Umi kata jangan nangis,kesian kakak.Aja tarik nafas dalam-dalam.kuatkan hati dan diri untuk pegang airien.Tak henti-henti semua berdoa.Dekat pukul 4.30am,Alhamdulillah makin stabil.Sampai pagi ni dalam pukul 8.30am pun masih stabil umi cakap.Sebab aja,hubby n parents abe zan balik almost 5.00am jugak la.Tengahari aja ke hospital kak qis cakap makin teruk dari semalam.Ya-Allah,sebak dan sedih sangat tengok keadaan airien!Mintak-mintak keadaan ini akan beransur pulih..Tolong doakan nur airien sofia ea semua.Terima kasih banyak-banyak!Ya-Allah,kuatkanlah hamba mu ini dan seluruh ahli keluargaku..Amin..

Friday, May 4, 2012

ICU.

Salam..Ya-Allah..Aja harap sangat aja dapat taip berita yang menggembirakan mengenai airien's condition..But sadly i have no good news to be tell..Yesterday as usual aja ke hospital,agak lewat dari biasa..Sebelum tuh abe zan dah call cakap keadaan airien semakin teruk.Doctor nak masukkan airien ke ICU..Ya-Allah..Langsung tak dapat fikir apa-apa..Sampai je kat atas,tengok mata airien pejam tapi dia meronta-ronta dan menangis tanpa air mata..Airien tak sedar apa-apa.Doctor cakap itu peringkat ketiga.Walhal sehari sebelum tuh airien macam dah bertambah baik..Tapi kuasa Allah yang menentukan segala-galanya.Bila aja tiba,k.qis terus menangis bila aja pandang mata k.qis.Ya-Allah,dah tak tertanggung derita si ibu..Aja sebak,air mata tanpa segan silu mengalir.Aja puas panggil nama airien,langsung si kecil tuh tak menyahut.Dia hanya menangis dan meronta-ronta.Sementara menunggu katil di ICU disediakan,aja dan abe zan baca yasin.Air mata jadi peneman setia.K.qis dakap airien sambil baca selawat syifaa dan air mata tak berhenti mengalir..


Selepas beberapa ketika,doctor datang dan segera bawa airien ke ICU.Waktu tuh airien dah bertukar ke dakapan abah dia.Dengan abe zan atas katil cuba tenangkan airien,nurses usung katil lalu lift kecemasan bawa airien ke ICU.Ya-Allah,dengan suasana kelam kelibut dan sayunya.Hanya Allah mengerti apa yang kami rasa.Sebak bila abe zan menangis teresak-esak sambil pangku airien yang tidur kepenatan barangkali.Aja follow sebelah k.qis,Ya-Allah..K.qis menangis teresak-esak.Aja tak dapat tahan sebak,air mata mengalir macam hujan..Perasaan ketika itu memang tak dapat digambarkan.Suasana memang cemas dan pilu sangat!


Dalam fikiran cuma airien..Doctor cakap cuma ada cara terakhir je dapat dia lakukan iaitu transplant(pembedahan tukar hati)..Tapi kami sekeluarga seboleh-bolehnya tak mahu pembedahan dilakukan sebab risiko sangat tinggi dan percentage untuk airien sihat cuma 20%!Langsung tak menjanjikan apa-apa kebaikan buat airien!:(..Ya-Allah,airien dibius..Diberi bantuan pernafasan..Badan si kecil itu dimasukkan tiub dan penuh dengan wayar di seluruh tubuhnya..Ya-Allah,lemahnya hamba-MU ini tatkala diberi ujian dari-MU...Hanya doa yang mampu ku beri buat airien..Mohon sahabat semua doa untuk airien..Hari ini masih sama melainkan bacaan darahnya kelihatan membaik..Tadi aja tengok muka airien sembab,mungkin sebab dah berbotol-botol air masuk dalam badan airien.Aja lemah,tak berjaya menahan sebak didada..Air mata menitis tatkala melihat si kecil yang selalunya cergas dan aktif.Yang sering memeluk dan mencium cik Ja nya.Tapi kini hanya terbaring dam tak mampu nak celikkan mata pun.Ya-Allah..Kuatkan dan tabahkanlah hati kami sekeluarga.Meskipun berat sungguh untuk ku terima ujian-MU ini.Namun aku redha kerna ENGKAU mengetahui hikmah disebalik semua ini.Doakan airien..Ya-Allah,sembuhkanlah airien..Hanya pada-MU kami memohon dan meminta..Berikanlah keajaiban kepada airien.Amin Yarabbal Alamin.....



Lots of lurv,

Wednesday, May 2, 2012

POOR MY LITTLE AIRIEN...:(

*please smiling at me my little baby!!:(*
 

Salam..Yesterday was a labour day!But nothing special than meet my little pwincess,airien!:)).Aja datang lawat airien dalam pukul 9,30am++..Alhamdulillah demam dah kebah.Tapi kuning jadi balik.Airien asyek menanges je sebab nurses and doctors kejap-kejap datang.Anti betul airien bila nampak nurses or doctors..Masa datang semalam,sebelah tangan lagi kena cucuk untuk tempat ambil darah.Maknanya airien tak dapat gunakan kedua-dua belah tangan dia.Mengamuk si kecil tuh..Pity her..

*nak dengan abah je*

Airien asyek memerap dekat abah dia je.Tapi lepas pujuk main talking toms baru dia nak dekat aja.Airien lemah je.Yang dia tahu cuma menangis.Makan pun tak lalu..Dalam 3hours spend time dengan airien,aja pun balik dengan hubby..Pagi neh as usual,aja datang jenguk airien.Sebelum tuh mak B(nenek aja) sibuk call nak tahu keadaan airien..Risau sungguh mak B dengan cicit dia.Aja cakap,airien makin sihat..Aja suruh mak B jangan risau,jaga kesihatan sebab mak B pun baru je sihat.Biasala orang dah berumur..Tapi dalam hati sedih kena tipu pasal keadaan airien..

*my poor little baby..:(*

*do pray for her please!:))*

Bila aja ke hospital,k.qis kata,doctor cakap airien makin teruk..Kena masukkan darah means tukar plasma baru.Kalau lepas tukar darah pun masih tak berubah,airien kena masuk ICU..Aja terdiam..Ya-Allah,besar sungguh ujian-MU buat kami..Alhamdulillah selera airien agak bagus..Airien makan 2biji kuih seri ayu.Walaupun mata dia kuyu,dia tetap kunyah makanan tuh.Lemah sangat airien.Tapi dalaman airien kuat!Setiap kali aja peluk airien,aja mesti selawat dekat telinga airien.Alhamdulillah airien ikut aja selawat.Ya-Allah,kuatkan hati ini untuk melihat penderitaan si kecil kesayangan ku..:(..Ya-Allah,please give me a good news...

*I miss my old little baby with her sweetest smiling...can I see that smiling again?*




Lots of lurv,

Monday, April 30, 2012

♥HEART@HATI♥


Salam..Semalam ibarat mimpi yang sangat buruk buat aja dan family..My one and only niece(Nur airien Sofia) was admitted to Hospital Selayang at 3am on last friday,suspected demam kuning tapi sebenarnya adalah radang hati..Dimana her heart no longer function for her body..Doctor said airien in critical condition,boleh berlaku pendarahan dan boleh juga bawa pada kematian..Ya-Allah,semuanya secara tiba-tiba!Walhal baru rabu lepas aja bawak airien jalan-jalan dekat pasar malam.Airien cergas macam kanak-kanak yang sihat,tak ada apa yang berbeza..Tapi dalam sekelip mata semua berubah...:(..Since dimasukkan ke Hospital,tak henti-henti darah diambil dari badan airien,asyek kena cucuk je..Tangan kanan kena cucuk masuk air,kaki kiri kena cucuk masuk ubat.Ya-Allah..Tak mampu rasanya nak tahan sebak bila tengok airien lemah terlantar dikatil Hospital.Semalam hampir 4jam kak qis(umi airien),abe zan(ayah airien),tok umi(my umi),tok ayoh(my dad),tok ma(nenek airien) and mysiblings kena soal siasat dengan doktor pakar hati..Macam-macam ditanya,since airien dalam kandungan her mom lagi doctor tanya untuk cari punca pada penyakit airien,tapi aja takda dekat Hospital..Malamnya pulak doctor kasi penerangan mengenai penyakit airien,apa masalahnya,apa yang bakal berlaku,bagaimana untuk rawat dan kawal,apa yang bakal airien hadapi in future dan macam-macam lagi.Aja cuma mampu dengar dalam 30minutes instead of 3hours..Sebab aja rasa xkuat nak dengar apa yang harus kanak-kanak sebesar airien tanggung..Airien terlalu kecik tuk tanggung semua sakit tuh..She's only 1year and 9months!:(.Air mata aja tak henti-henti mengalir,aja keluar dari bilik doctor walaupun doctor halang.Aja pergi dekat airien,aja pangku dia,aja dan adik-adik hiburkan dia..Dia ikut aja selawat,aja menangis lagi..Sampai saat ni aja tak boley kawal rasa sebak di hati.


Pagi tadi aja ke hospital,airien baru lepas menangis sebab baru lepas kena cucuk untuk ambil darah.Kuning dia da kurang sikit,tapi perut masih buncit dan sangat keras..Belakang pun ada tanda lebam sebab darah tak boley beku dengan sendiri.Ya-Allah..Aja tak sekuat umi airien..K.qis sangat kuat,langsung tak nampak menitiskan air mata.Cuma semalam masa nak balik aja peluk erat suruh k.qis sabar dengan semua ni..K.qis menangis jugak sebab sebak,ayah airien pun sama..Ya-Allah,sungguh berat ujian-Mu..Mata umi dan ayah merah,masing-masing menahan sebak.Aja pandang airien,Ya-Allah,kuatkanlah sikecil itu..Aja tahu airien kuat macam umi airien..FYI,my sister tengah pregnant about 7 and half months..Ya-Allah,kuatkanlah kakak dan abang ipar ku..Sesungguhnya takkan KAU berikan dugaan yang tak mampu digalas dan ditanggung oleh mereka dan kami semua.Amin..Mohon semua doakan airien supaya cepat sihat dan sembuh.Doakan kami sekeluarga tabah melalui hari-hari mendatang..Sungguh airien sangat bermakna dalam hidup aja.Dalam hati aja,airien tak ubah macam anak aja..Tak kuat hati ni setiap kali tengok airien..Ya-Allah,terima kasih sebab hadirkan airien didunia ini dan jadikan airien sebagai my niece..Terima kasih k.qis dan abe zan sebab bawa airien dalam hidup aja..Airien such a wonderful  and sweet baby that i have ever met!

*mystrong baby still can smiling at me even she's in pain.:(*

Nota HAILA;Ya-Allah,tabahkan dan kuatkanlah hati hamba mu ini..Aku insan yang lemah Ya-Allah..




Lots of lurv,
 

Friday, November 12, 2010

♥NUR AIRIEN SOFIA♥



Salam,Oys guys!Haila!Lame dah nak kenalkan si baby tecik comeyl neh..NUR AIRIEN SOFIA nama diberi..Dilahirkan pada 28August2010 di Hospital Besar KB,Kelantan..Siapakah dia dalam hidup aja?My first niece a.k.a anak buah..Buah jantung pengarang hati paling latest!:))).Syukur Alhamdulillah..Anugerah TERINDAH dawi ALLAH S.W.T buat aja dan keluarga.Permata hati aqish(my only elder sister) dan abang zan(brother in law).Haila!Tiada kata-kata yang dapat digambarkan bila menjadi seorang makcik.Indah sungguh perasaan yang hadir,especially bila pertama kali melihat dan memegang airien di dunia realiti.SubhanAllah..Kupanjatkan syukur yang tak terhingga pada-MU..Sungguh mulus,suci dan bercahaya sekali wajah si baby airien.

*olololo,kenyit-kenyit mate pulak!gewaaam!*

Haila!Lidah terkelu tatkala mendakap diwinya..Wangi sekali bau seorang baby..Perasaan keibuan begitu kuat meresap kedalam hati.Sungguh wase sayang seperti anak sendiwi walaupom hakikatnya airien anak aqish..Tapi anak aqish,anak ku jua!;))).Syukran YA-ALLAH kerana menjadikan Ramadhan dan Syawal kami sangat bermakna untuk tahun ini..:)))

*cik Ja cenyum nampak gigi,airien cenyum nampak lidah cebab airien takdo gigi!c(:*

Haila!Waktu nak berpisah sebab kena balik ke Gombak,ALLAH je tahu betapa sedeyhnya hati neh..Tiap hari menghitung detik untuk bertemu kembali..Tiap hari mewindui si airien..Hanya mms sebagai pengubat windu..Kalau ikut hati,nak balik Kelantan tetiap minggu!Tapi apakan daya,kekangan masa dan waktu memang sangat tak mengizinkan.Tok Umi kate,pelajaran perlu diutamakan.;'[[[.Haila!Takpela,REDHA..ALLAH pasti mengaturkan masa yang terbaik buat cik Ja dan airien bertemu lagi!Alhamdulillah,last week dapat peluang jumpa airien!SubhanAllah!Berubah sungguh airien!Makin comeyl!Makin demok!Langsung cik Ja tak kenal.Mane taknye,dawi 2.9kg tewos jadi 5kg++!Wase macam nak menangis bila dapat peluk airien setelah almost 2months and half tak pat tatap muka dan peluk airien!

*mulut duk tekumat kamit becakap dengan cik Ja!tapi hape pom cik Ja dok pehe.;ppp*

Haila!Masa berjalan tanpa disedari.4days berada disisi airien,Indahhh!Semua masalah dalam kotak minda hilang!Senyuman airien cukup indah!Cik Ja nak tengok tetiap masa!Walaupom bawu 2months and half,airien dah pandai nak bercakap dan agah owang.Dah pandai gaya owang untuk angkat airien.Pandai tengok lensa camera bila owang nak snap pic airien.Sangat kuat minum susu!Satu tin kecil habes dalam masa 1week!Tak dapat susu mula la meraung.Tapi airien baik,tak suka nangis sangat.;)))

*airien!nape jeling cik Ja camneh!cairrr taw dak!*

Haila!Macam mana cik Ja tak windu dan teringat-ingat dengan keletah airien?Semuanya comeeeyl!Semuanya indaaah!Semuanya bahagiaaa!Bila hari yang tak dinantikan tiba..Sedih,sebak,pilu bertimpa-timpa menghimpap hati(nak gak guna ayat hiperbola.hahaha!).Harap sangat dapat tengok airien setiap detik dan saat.Tapi nak buat camne..Airien mukan anak cik Ja.;'[[[.

*jelir-jelir lidah neh memang FAV airien!c(:*

Haila!Cik Ja dok sabar nak tunggu hujung bulan November neh!Airien nak datang Gombak dan duduk cneh more than a month sebab mama airien nak G sambung buat research balik!Yay!Mesti besh nanti!Walaupom mase airien datang nanti,cik Ja still busy skit.Tapi takpe,tetiap malam mesti cik Ja spend time ngan airien!Conpeeem!Cant wait!!!Cukup dulu perihal airien buat masa neh..So...
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Walau aku senyum bukan bererti aku sedang bahagia dalam hati..Ada yang tak ada dihati ini,dijiwa ini..Hampa..Namun ku berterima kasih pada-MU atas kebahagiaan yang ada di hati hamba-MU yang hina ini...:)))




Lots of lurv,

Saturday, August 28, 2010

♥13th&14th DAY♥


Salam,Oya guys!Haila!Good Morning!!!Semangat update blog di awal pagi!Dahla pagi sabtu lak tuh.Tak tewase nak tido.hehehe!Uols taw tak,aja tengah excited neh!!!Kakak aja(ade sowang je,aqish),tengah berjuang dalam bilik bersalin taw!Dat means,aja bakal dapat tittle makcik!Tapi...haiiip!Jangan panggil makcik!Panggil 'Cik Ja' okayh?;ppp.Ya-ALLAH,memang happy and bahagia sangat uols!Haila!Double happy and bahagia sebab yesterday pom dah cukup happy and bahagia!Uols doa-doakan lah untuk aqish ea.Mudah-mudahan dipermudahkan untuk melahirkan dan baby yang bakal lahir dalam keadaaan sihat walafiat,begitu juga dengan aqish!Amin...Oh yea,semalam terlupa nak taip.'Salam Nuzul Quran'...Moga kita semua dibawah keredhaan&barakah-NYA...Amin...:))).Haila!Pepagi neh aja nak share menu berbuka puasa hari ke-13 dan juga ke-14.Kena update lelaju sebab kang memang tak terupdate ler,wat penat je beriye snap pics tapi tak share kan?eheee.Tapi agak menguji keimanan melihat pics makanan neh semua!Dah la tadi sahur cuma minum milo+oat.Aisyehmannn.Tergugat iman aja!SABARRR.eheee.;ppp.

DAY-13;

*bubur lambuk*

*daging goreng*

*asam pedas ikan pari*

*rendang kerang*

*roti john*

Haila!Menu berbuka hari ke-13 biasa-biasa aje.Umi buat balik bubur lambuk dari sekolah sebab ade orang sedekah.Alhamdulillah.Rezeki di bulan Ramadhan.:))).Umi masak dua lauk,DAGING GORENG dan ASAM PEDAS IKAN PARI.Pastu umi beli RENDANG KERANG.ROTI JOHN aja tataw sape yang beli.Aja taw makan je.hiksss.;ppp

DAY-14;

Haila!Menu berbuka hari ke-14 semuanya beli kecuali SUP TULANG!Ape-apepom,cemuanya cedaaap!hehehe.Taw tak,iyah tak pandai makan siput sedut.Selalu umi yang tolong sedutkan.Tapi masa tuh umi solat so aja yang duk sebelah die la jadi mangsa tolong sedutkan.hahaha.Yang lawaknya,aja ajar die cara sedut siput.Tapi tataw la kenape bijak sangat iyah P hisap siput tuh.Haila!Double lawak bile ayoh bengang dengan iyah sebab tak jugak pandai-pandai sedut siput walaupom puas aja ajar dia.hahaha!Pelik ouh ayoh tetibe bengang.Yang mengajar tuh aja.Aja rileks je.hahaha!Memang lawak r!;ppp

*kerabu ape name ntah.;ppp*

*kerabu mangga*

*popia siro@popia pedas*

*tauhu sumbat*

*kueh mueh*

*samosa*

*kentang bersambal*

*sup tulang*

*siput sedut*

*ayam golek*

Haila!Kecur air liur weyh!!!;ppp.Oh yea,perasan tak,menu yang selalu ade bila berbuka kan.DAGING GORENG dengan AYAM GOLEK.Ntah kenape cam selalu je makan dua menu neh.BUBUR LAMBUK pom iye gak.eheee.Cedaaap!Sudah,makhruh puasa aja!Maka,patut mengakhiri N3 ineh!Happy weekend uols!Selangor cuti dawi semalam lagi.hehehe.So...
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Around 8.40am,abe zan(abang ipar) call kate aqish dah selamat melahirkan.Cuma baby gurl or boy tataw lagi sebab abe zan takde kat Hospital.Alhamdulillah.ALLAH permudahkan semuanya!Tak sabar nak balik kelantan tengok anak buah!!!:)))




Lots of lurv,

Sunday, June 27, 2010

♥CIK JA(auntie to be)♥


*Salam cik JA!*
*pic insan google.;ppp*

Salam,Oya guys!Haila!Dah lame nak update tapi sangat la pelupa aja neh(haip,manyak kali mention mane tak jadi betul.;ppp).Ok,back to da tittle.Cik JA ialah name panggilan yang akan di panggil oleh myfuture niece(kemungkinan baby gurls.;ppp).Alhamdulillah.My only sis,K.qis dah pregnant for almost 7months.Insyallah dis coming Aidilfitri kami sekeluarga akan bewaye bersame owang bawu.Bertambah bilangan team members kami.

*bersewi-sewi je muka ibu mengandung neh.:)))*

Haila!Memang sangat happy and excited!I am auntie to be in few becoming months!:))).Congrats to my sis and my bro in law.Pewot my sis udah besooo.Dala owang nak pegang pewot die tak kasi.Kedekuttt.;ppp.Baju lame semua sudah ndak muat!hiksss.Aja panggil k.qis mak buyung!kihkihkih.Suke kan kenakan mak buyung tuh.Act saje suke nyakat sebab happy sangat nak jadi makcik!(tapi namo dipanggil makcik aja,nak cik JA.;ppp)

*father and mother to be~:)))*

Haila!Aja plak cam lebey excited dawi mak buyung tuh bile taw die pregnant mase awal-awal dulu.Yelah,sape tak happy bila kakak nya and the only sis plak tuh pregnant!:))).Aja doakan k.qis sihat sampai hari kelahiran baby nye.Semoga mudah melahirkan.Semoga dapat baby gurl yang comeeeyl macam aja(mintak-mintak kulit die macam aja!pink kemerah-merahan!;ppp).Haila!Tapi paling penting,dua-dua mesti sihat!Aja akan doakan yang terbaik untuk k.qis and myfuture niece!;))).Eh,uols meh la happy sekali dengan aja!hehehe.:))).Ok lah,mau verangan pasal baby yang comeeeyl.Tak sabar nak mengasuh!K.qis maybe pantang dekat Gombak!Happyyyy!ngeee.Happy Sunday readers!Have a wonderful day!:))).So...
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;To fall in love is awfully simple,but to fall out love is simply awful~




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com