pwincessAJA~M-E-A!~: Diary ♥

HAILA!

free page hit counter
online
Showing posts with label Diary ♥. Show all posts
Showing posts with label Diary ♥. Show all posts

Friday, April 8, 2011

♥BERUBAH DEMI PERUBAHAN?♥



Assalamualaikum,Oya guys!Haila!Its April!My first entry for dis month!:))).Makin lama makin tak pandai nak update blog.Password pom boley tesalah masa nak log in tadi.hikhikhik.;ppp.Maklong la,log in dalam sebulan tuh sekali dua je.Berubah sungguh rutin harian.Dulu macam mana busy pom pasti ada masa terluang tuk blogging+FBing.Sekarang dah tak pandai nak luangkan masa tuk ngadap laptop.Berubahnya tabiat aja..Aja dah berubah..Haila!Manusia memang boley berubah dalam sekelip mata kan?Aja pom sama la kot.Dalam sekelip mata aja dah tak kenal diwi aja.Apatah lagi owang lain..Seorang kenalan rapat kata aja dah manyak berubah.Dia dah tak kenal aja dan dia tak suka dengan perubahan aja.Aja cuma mampu senyum dan diam sahaja..Kadang-kadang kita sedar semua tuh.Tapi kita tak cuba malah tak bedaya nak halang perubahan itu.Apatah lagi bila ia melibatkan hati..

*lagu yang punya maksud mendalam dalam benak hati.teheee*

Haila!Bila hati dah berubah,susah nak betulkan kepada keadaan asal.Rasa lama masih kekal di hati namun rasa baru mula meresap menakluki hati..Tapi rasa itu tak seindah yang disangka..Harap boley buang rasa baru yang menjengah neh.Sebab bimbang hati akan makin terluka.Bak pesanan teman aja,"Beringat sebelum terhantuk,kalau dah terhantuk nanti sakit"..Tapi kan..Belum terhantuk pun dah sakit,camne tuh?Rumit betul bila berlakunya perubahan dalam hati.Haila!Sendiwi cari penyakit,sendiwi tanggung sakit la kan.huhuhu.;ppp.Berubahnya diwi kerana inginkan perubahan,tapi berubahnya hati kerana perubahan yang berlaku.haish.Makin dewasa,makin complicated hidup.Windu nak jadi kanak-kanak.Walaupom manyak perubahan yang berlaku dalam hidup masa zaman kanak-kanak,tapi semua menyeronokkan.Bila dewasa neh,semua perubahan sangat merumitkan.*sobsss*.

*Cik Ja,Jangan pernah kau coba tuk berubah ok!;ppp*


Haila!Puas dapat bebel kat blog.Lepas lelah sebab tekanan kerja.ahahaha.OVERRR.Macam tertekan sangat la dengan kerja yang ada.Walhal memanjang half day.Company ayoh sendiwi la katekan.Naik lemak belemak-lemak.kikiki.;ppp.Ok la,jaga diwi dan kesihatan tuk semua!muahx!So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Manyak nak diluahkan tapi tak terluah.Windu dekat BFF yang menyepi tanpa sebarang kata..Makin lama makin jauh.Teman baru makin bertambah,tapi yang lama tetap utuh di hati..Dalam hati sentiasa menghargai persahabatan yang terjalin,moga ikatan persahabatan yang ada takkan pernah putus..Insyallah..Amin..:)))




Lots of lurv,

Sunday, February 13, 2011

♥MOGA BENCI DAN AMARAH TIDAK MENGUASAI HATI♥


Salam,Oya guys!Haila!Ini perihal family problem(FP).Mukan la nak share pasal 'FP' yang sedang aja hadapi..Cuma nak meluahkan wase terkilan yang mencengkam di jiwa dan hati..*sedihhh*

Aku sedih betul dengan keadaan sekarang..Tataw sape yang harus dipersalahkan..Mungkin masing-masing punya salah dan masing-masing tak mahu beralah?Tak jugak..Ada yang dah cuba beralah,tapi ada yang macam tak mahu mengaku kalah.Dahtu,jadi talam dua muka la pulak.Depan kita lain statement yang dikeluarkan,belakang kita lain pulak statement yang di jaja kan.LOSER..Aku fikir hormat saja..Kalau hilang pendoman,memang aku dah keluarkan semua yang ada dalam hati neh..Tapi aku tak nak dengar hasutan syaitan..Aku tak nak biar nafsu amarah menguasai hati aku..Aku tak nak perasaan benci membuak-buak di dalam hati aku..Aku tak nak rasa dendam memakan diri dan juga hati aku..Jadi aku cuba dan belajar untuk melupakan..Lupa apa yang mereka pernah buat dan kata..Lupa air mata seorang ibu yang sering mengalir di depan ku tatkala berbicara perihal mereka..Lupa tentang setiap bait kata yang mengguris hati ini dan mereka yang aku sayang..Tak mudah untuk melupakan..Tak mudah untuk memaafkan..Tapi aku berdoa dan terus berdoa..Agar ALLAH lindungi hati aku dari sifat benci dan amarah..Kerana jika dua sifat itu menguasai hati aku,pasti keadaan menjadi lebih teruk dan buruk..Aku juga berdoa agar dilembutkan dan dibukakan hati mereka agar tidak berdendam..Lupakan semua yang terjadi..Agar bisa bermaaf-maafan sesama kami..Insyallah..Itu semua kuasa ALLAH..Amin..Hati ini memang cukup terkilan dengan mereka yang dah berpangkat Tok Haji dan Mak Hajah..Entah apa guna kalau sering pergi ke majlis-majlis agama tapi hati busuk dan tak sudi untuk memaafkan..Adakah luak pahala kita kalau kita memaafkan?Rasanya makin bertambah pahala tuh..Macam takda guna je pergi tuntut ilmu agama tapi tak di amalkan ajaran tuh..Lupa ke hukum tidak betegur sapa lebey dari 3hari?Takkan nak aku pulak ingatkan?Karang kate aku memandai pulak kan..Huwm..Tak dapat aku nak faham dan fikir orang yang ada perangai busuk hati neh..Kau fikir kau je punye sakit hati..Tak fikir pulak hati yang dah kau sakiti..Ya-ALLAH..Mudah-mudahan KAU wujudkan kesabaran yang tinggi di dalam hati ku ini..Jangan biar aku hilang sabar..Kalau tak,makin parah jadinya..Biarlah orang sakiti kami sekeluarga..Jangan biar kami sakiti mereka dan orang lain..Insyallah..Amin..

Haila!Dalam dunia ada macam-macam kan pewangai manusia..Susah nak faham semua pewangai yang ada..Susah nak puaskan hati semua owang supaya suka dengan pewangai kita kan?Harap owang boley terima kita dengan apa adanya kita..Tapi..Kita pom jangan la melampau sangat pikir owang boley tahan dengan apa adanya kita..Kan?Huuuu!Hati aja memang tengah sedih sangat bila fikir pasal 'FP' neh..;'[[[.Takpe la..Mungkin ada hikmah disebalik semua ini..Insyallah..Amin..So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Sila la teruskan DRAMA dan LAKONAN kalian..Malas dan muak nak turut serta!Masa hidup neh la kita kena berbaik,takkan masa dah mati nanti baru nak datang ziarah?HUH..SABAR..SABAR..SABAR cik AJA..;'[[[




Lots of lurv,

Sunday, December 12, 2010

♥;'(((♥


Salam,Oya guys!Haila!Sekadar mencoret sedikit perihal hati di dalam format diary tapi berunsur 'privacy'..Hanya diluahkan untuk memberi erti lega kepada HATI~:)))


Haila!Mohon maaf dawi hujung rambut sampai hujung kaki andai ada salah silap.Bila kesakitan mula diwasai,bayangan kematian mula menjelma.Nyawa itu FANA,Mati itu PASTI..:)))Maaf Zahir&Batin buat semua.Aja cuma hamba-NYA yang sangat kerdil..Sampai ketemu lagi.:)))..So...
TC N bUbye 4NOW

Nota HAILA;I need to SMILE without FAKE..I need myself back.:)))




Lots of lurv,

Saturday, December 11, 2010

♥TAK CUKUP IKHLAS♥




Salam,Oya guys!Haila!Ini ala-ala luahan dalam buku diary.Selalu menulis guna pen atas kertas.Tapi malas nak menulis plus malas nak cari dekat mana campak diary luahan hati.Jadi cuba meluahkan di diary maya yakni 'BLOG'..'Aku' digunakan sebab selalu guna 'aku' bila tulis diary.Huh.;'///

Semalam..Salah satu hari yang aku wase cukup membencikan.Kalau boley aku tak nak lalui hari semalam.Kosong!Palsu!Hipokrit!Semua lengkap untuk buat aku wase benci..Hati aku berpenyakit..Aku benci!Aku menyampah!Aku sakit!Semua serba tak kena..Aku cuba kawal kemarahan..Aku cuba kawal wase sakit hati..Agar kedua-duanya tak memakan diwi aku.Aku cuba senyum..Tapi,senyuman tuh langsung tak membantu.Aku wase FAKE!Ntah apa yang tak kena.Aku langsung tak paham,maka owang lain turut tak paham..Sadisnya diwi aku..Aku nak ubah diwi aku.Tapi aku BUNTU!Hati aku sakit!Aku tak jumpa ubat yang mampu redakan kesakitan hati aku.Makin bertambah sakit hati aku!Aku cuba cari ape masalah aku!Nak kata tak bahagia,aku dah cukup bahagia dengan apa yang aku ada.Nak kata tak cukup cantik,aku dah cukup cantik dengan apa yang ALLAH kurniakan dekat aku.Nak kata tak cukup sifat,cukup sifat ALLAH beri dekat aku.Nak kata tak cukup sabar,aku selalu cuba bersabar.Ape lagi yang tak cukup?Huwm..Adakah aku cukup IKHLAS terima semua tuh?Bukan tuh aje!Aku..Tak cukup IKHLAS nak terima kekurangan yang aku ada.Tak cukup IKHLAS nak terima kehilangan owang yang aku tinggalkan.Tak cukup IKHLAS nak lepaskan cinta yang ada dalam hati aku.Tak cukup IKHLAS nak berjihad ke jalan yang diredhaiNYA..YA-ALLAH...Aku yang tak pandai bersyukur..Aku yang khilaf..Aku yang berdosa..Ya-ALLAH,IKHLAS kan hati ku sebagai hamba-MU....;'[[[

"Sleep is nice, it let's you forget about everything at least for a while."

Semalam aja tidur more than 20hours!I feels better for a while.huh..So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota Haila;The person who always seems to be the most happy, might be hiding all their sadness behind their smile.It's never the TEARS that always measure the pain. Sometimes it's the SMILE we fake in every heartbreaking situation.




Lots of lurv,

Saturday, July 24, 2010

♥TAK CUKUP KUAT TAPI CUKUP TABAH♥


Salam,Oya guys!Haila!

Tam-tam...Wi-wi...Tanish...

Kakak tak pernah ajar hati kakak untuk jadi kuat.Tapi jangan wisau...Kakak ajar hati kakak jadi tabah.
Kakak tak boley halang air mata dawi mengalir secara tiba-tiba...Tapi jangan wisau...Kakak boley halang air mata kakak dawi tewos mengalir...
Kakak tak paksa diwi kakak untuk lupakan semuanya agar hilang kepedihan di hati...Tapi jangan wisau...Kakak ajar diwi kakak untuk simpan semuanya agar muncul kebahagiaan di hati...













Masa berlalu dan terus berlalu...Yang patah tumbuh,yang hilang berganti...Namun yang patah dan hilang itu masih tetap utuh kesannya di hati...♥...

So...
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Tak mengapa untuk menjadi tidak cukup kuat,sebab ia tidak bererti kita lemah.Tidak perlu untuk berpura-pura menjadi kuat....Sebaliknya,cuba la untuk jadi tabah.Sebab orang yang tabah masih bisa meneruskan kehidupan meskipun luka di hati masih belum terubat.Orang yang tabah merawat lukanya sedikit demi sedikit.Tapi orang yang cuba untuk jadi kuat,cuba untuk menjadi seperti biasa,seakan hatinya langsung tidak terluka.Walhal ia makin melukakan hatinya...Aja tak cukup kuat,tapi aja cukup tabah!:)))




Lots of lurv,

Monday, July 5, 2010

♥BICARA HATI KALI INI♥



Salam...Oya guys~

Kehilangan demi kehilangan...Belum cukup buat ak kuat.Malah ak terasa makin lemah.ALLAH menguji bukan untuk melemahkan,malah ingin ak jadi hamba-NYA yang tabah dan kuat serta Redha dengan ketentuan-NYA.Namun ak insan yang lemah yang sering tunduk lemah tatkala di uji oleh-NYA.Terasa tiada kudrat untuk terus melangkah dan bernafas.Berputus asa itu bukan ak...Cuma tatkala ini ak masih lemah,tak terbiasa dengan kepergiaannya yang secara tiba-tiba.Tak pernah putus Doa ku kehadrat-NYA kerna tanpa-NYA...Ak mungkin lebih lemah dari sangkaan ku.Redha itu sudah pasti,namun ak masih cuba mencari waktu yang tepat untuk ak menjadi seperti ak yang sediakala.Untuk tersenyum tanpa perlu dibuat-buat,untuk tertawa tanpa perlu dipaksa-paksa.Ak mungkin kelihatan seperti ak yang sediakala.Namun pada hakikatnya...Ak cuma berpura-pura melupakan tentang perihal kesedihan yang ada.Di dalam hati,tersimpul harapan agar kepura-puraan itu bakal menjadi nyata...Nyata sebagaimana nyata nya kepergiaan mu yang takkan pernah kembali...Ak berharap ak bisa terus bermimpi agar tidak perlu berhadapan kenyataan yang memeritkan ini.Belajar terima kenyataan itu yang sedang ak lakukan.Kenyataan memang memeritkan,namun kenyataan membuatkan ak sedar dan berpijak di bumi yang nyata.Ya-Allah,tolong jadikan ak sekuat dan setabah SITI HAJAR isteri Nabi Ibrahim dan Ibunda Nabi Ismail....Amin...

Cukup dulu bicara hati buat masa neh.So...
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Maaf,cuma luahan hati seorang insan yang sedang cuba keluar dari belenggu kesedihan...Tidak meratapi...Cuma masih bersedih.Normal bukan?:)))




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com