pwincessAJA~M-E-A!~: December 2013

HAILA!

free page hit counter
online

Friday, December 6, 2013

The Awkward Moments..

Kadang-Kadang aja rasa tak nak jumpa orang-orang yang pernah aja kenal sebelum ni..Sebab aja tak nak hadapi soalan-soalan yang boleh buat hati aja sebak dan sedih..Tapi dunia ni kecil dan ini kehidupan yang harus kita hadapi..

Semalam aja rasa macam.."Ya-Allah,adakah aku mampu hadapi dan lalui semua ni?"

Semalam punya cerita..

Aja terjumpa junior aja masa high school dulu dekat surau Kementerian Dalam Negeri(KDN) Jalan Duta..Masa tu aja nak solat zuhur..Dia tanya aja kerja kat situ ke?Aja jawab tak,aja teman ayah mertua buat passport..Dia tanya aja dah kahwin ke?Aja jawab lama dah sambil senyum..Kemudian dia kata,mesti akak dah ada baby kan..Ok,itu adalah awkward moments yang aja tak tahu macam mana nak react untuk soalan tu..Terdiam sekejap tapi aja jawab "ada,tapi anak akak dah meninggal"..Sebak dan sedih nak sebut ayat tuh hanya Allah yang tahu..Aja tahu bukan niat dia nak buat aja sedih,dia tak tahu apa-apa pun..:(

Malam tu aja ke rumah paklong&maklong aja,ade burfay celebration adik sepupu aja..Masa aja duk rancak bersembang dengan isteri kepada abang sepupu aja,jiran rumah sebelah maklong aja datang salam dan dengan excitednya tanya mana baby?Terdiam semua orang..Ya-Allah,sebak sangat hati masa tu..Another awkward moments on that day..:(..Aja telan air liur sambil cakap.."baby dah meninggal.."..Itu je aja dapat ucap..Jiran makcik aja tu pun cepat-cepat mintak maaf sebab dia kata dia lupa..Aja senyum dan taknak sambung pun perbualan selebihnya..

Malam tu juga ada nenek sedara aja,adik kepada nenek aja..Kitorang tengah duk pilih-pilih tudung(maklong aja jual..),tiba-tiba nenek sedara aja tanya.."awok ni gemuk ko ado isi lagi?"..Semua terdiam..Aja pun kelu kejap tapi aja balas balik.."mana ada isi,baru je bersalin tak sampai dua bulan pun..aja kan czer..mana pantang sangat..bengkung tak pakai,bertungku pun tak.."..Jawab smabil gelak-gelak walaupun dalam hati Allah je tahu..Anak aja baru sebulan lebih je kot meninggal..Tak sampai 2bulan lagi aja lepas bersalin..Lepas tu masa aja nak dekat balik boleh tak nenek sedara aja tuh cakap.."orang lain ade jugak tak pakai bengkung tapi tak nampak gemuk sangat"..Apa tah lagi ayat dia,aja tak berapa dengar..Tapi umi cakap,"tokcik tak tengok masa aja mengandung mulo,besar sangat.."..Aja senyum jela,salam semua orang dan berlalu pulang..Orang tua bebas cakap apa sahaja ke?Entah la,aja cuba tak ambil hati sangat..Tapi jujur,hati terluka dan terguris..:(..

Masuk dalam kereta air mata laju mengalir.."Ya-Allah,beri aku kekuatan setanding dengan ujia-MU ini.."..Balik tuh whats app ngadu kat beshtie aja(dja)..Aja tak pernah mengadu dekat sesiapa apa yang aja rasa sebab aja tak nak mengalirkan air mata depan orang lain dan aja taknak orang kata aja tak redha lagi dengan apa yang dah berlaku..Cukuplah pertikai semua tu..Aja seorang ibu..Sampai bila-bila pun takkan pernah lupa anak dia..Takkan pernah..:(..Malam tu jugak aja cerita dekat suami aja sebab aja rasa macam sedih sangat..Masa cerita okay je tapi bila part nak sebut anak meninggal tiba-tiba menangis..Suami terkejut dan dia peluk aja cakap,sabar lah..Dia kata kita kuat lalui semua ni..InshaAllah..:)

Aja tahu ade je orang czer boleh pakai bengkung after 2weeks bersalin..Tapi aja tak boleh pakai sebab dekat 40days baru kawasan melecet dekat czer aja baik..Lain orang kan lain dia punya pengalaman dan sebagainya..Masa berpantang setiap orang tak sama..Kalau ada orang masa pantang sibuk dengan baby dan jaga diri..Aja sebaliknya,aja sibuk ulang alik ke IJN sampai aja tak sempat nak fikir apa pun..Orang lain senyum tengok anak sendiri,aja pulak menangis je..Orang lain gembira duk peluk anak sambil main-main dengan anak,aja pulak hanya mampu peluk sekujur tubuh anak aja yang dah tak bernyawa..Orang lain malam-malam berjaga sebab anak lapar susu,aja pulak malam-malam berjaga sebab takleh tido duk teringat anak lepas tu menahan sakit bengkak susu..Kalau nak senarai banyak lagi..Aja tak pernah persoal kenapa Allah beri ujian macam ni,malah tak pernah sekalipun bandingkan hidup aja dengan orang lain..Cuma apa yang aja taip tuh nak orang faham yang hidup manusia tak sama..Ujian kita berbeza..

Kalau dah tahu anak kita meninggal tuh ditanya lagi kenapa,sebab apa,sakit apa dan lain-lain..Wajar tak kita tanya soalan-soalan yang boleh buat hati seseorang tuh sedih?Tolong lah hargai hati yang masih sedih ni..Jangan la tanya soalan beruntai-runtai..Belum setahun lagi..Baru sebulan lebih..Manusia perlu masa untuk terima saat sukar dalam hidup dia..So do I..Tolong la beri aja kekuatan,bukan buat aja lemah selemah-lemahnya..:(







 
blog template by suckmylolly.com