pwincessAJA~M-E-A!~: May 2012

HAILA!

free page hit counter
online

Tuesday, May 15, 2012

♥23YEARS OLD♥



Salam..Alhamdulillah..23tahun sudah menghirup oxygen di muka bumi Allah ini..Tahun neh istimewa sebab ada kekasih halal di sisi.Hubby yang pertama wish burfday!A few minutes later,adik-adik perempuan call and nyanyikan lagu happy burfday!Terharuuunya!:")..Malam sikit adik lelaki pulak msg,subuh mak su msg,last skali kak qis msg.Appreciate it a lot!:)..Lepas tutup kedai semalam,lepak rumah makpak mertua,makpak mertua and adik ipar pong wish!Kendian pergi shopping groceries dekat NSK.Sampai rumah solat isyak berjemaah dan mengaminkan doa-doa hubby.Alhamdulillah,itu hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah aja dapat.:)..Walaupun dalam hati ada satu kekosongan yang takkan pernah di isi oleh sesiapa sebab hanya arwah di tempat kosong itu,namun yang masih ada tetap membuatkan hati ini bahagia.Alhamdulillah..Even sebenarnya a bit sad sebab tak seorang pun sahabat yang ingat,but its okay.I still have my own family.:)..Kita lebih kenal siapa yang penting dalam hidup dan siapa tidak.:)..Harapan sebelum neh dah jadi mommy to be!Tapi belum rezeki,semuakan kuasa DIA..Dah ramai sangat bertanya,apa nak jawab..Senyum dan cakap,insyallah kalau ada rezeki..:)..Really hoping for that,but Allah knows better.:)..Alhamdulillah,Alhamdulillah and Alhamdulillah Ya-Allah for this beautiful life..I wish day by day I will became much stronger than I thought.:)..La Tahzan wahai hati..

*Ya-Allah..I mish her so much..:(*




Lots of lurv,

Monday, May 14, 2012

AYOH's BURFDAY+MOTHERS DAY!

Salam..Semalam merupakan hari ibu dan juga hari kelahiran ayoh aja.Semalam jugak genap seminggu arwah pergi tinggalkan kami semua..Aja still wish kak qis happy mothers day walaupun aja tahu perit untuk kak qis terima.Aja kata,"La tahzan kakak.Allah have a better plans for you and us.Insyallah..Amin.."..Tak lupa juga wish mothers day dekat umi and fathers day dekat ayoh.Semalam hubby belanja nasi arab untuk dinner,bukan berdua tapi satu family aja.Walaupun semua berselera,tapi masih teringatkan arwah..(gambar dekat handphone hubby)..Sungguh,kehilangan arwah adalah kehilangan besar bagi kami sekeluarga.Hari-hari aja berdoa supaya Allah tabah dan kuatkan hati aja.Setiap kali bangun tidur aja ingatkan diri yang arwah dah tak ada,sebab hati aja masih sukar nak percaya yang arwah dah tak ada.Walhal aja tengok sendiri saat arwah dimandikan,dikapankan seta dikembumikan.Tapi Ya-Allah,aja rasa sukar sangat nak lupakan semua memori tentang arwah..Rindunya pada arwah hanya Allah mengetahui..Moga Allah beri ganjaran yang besar buat kami sekeluarga terutamanya kedua ibu bapa arwah disebalik kehilangan ini..Amin..

*siapa sangka raya mendatang takkan ada arwah bersama kami lagi*


*Tabahkan hati kami sekeluarga untuk menerima ujian dari-MU ini Ya-Allah*






Lots of lurv,

Friday, May 11, 2012

AL-FATIHAH NUR AIRIEN SOFIA BT MOHD FAKHZAN

Salam..Ya-Allah,tak tahu dari mana nak mula kan entry ini..Tabahkan hati ku untuk menaip Ya-Allah..First of all,aja nak ucapkan ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah mendoakan kesembuhan buat anak buah aja Nur Airien Sofia..Setelah sebelas hari berada di Hospital Selayang,6hari di dalam wad biasa dan 5hari di dalam ICU,Isnin lepas,7hb Mei 2012 tepat jam 11.10pm,Nur Airien Sofia(1tahun 8bulan) telah pergi meninggalkan kami semua dan Alhamdulillah,arwah telah selamat dikebumikan di Pasir Puteh Kelantan sekitar jam 11.00am pada 8hb Mei 2012..Insyallah akan aja cerita apa yang telah berlaku secara lebih details.Cuma buat masa ini belum ada kekuatan diri.Masih berusaha untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran arwah.

*Indah sungguh raut wajah ahli syurga-MU ini Ya-Allah..*


Ya-Allah,telah KAU janjikan syurga buat arwah Nur Airien Sofia,bahagianya arwah di sana sebagai ahli syurga-MU..Arwah sedang menanti kedua ibubapanya di pintu syurga..Bahagia juga kedua ibubapanya..Sungguh aku amat merindui ahli syurga-MU itu..Tapi hati ini redha dan ikhlas dengan kententuan-MU meskipun berat sungguh ujian dari-MU ini untuk ku terima.Tapi tidak kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima dan tempuhi..Ya-Allah,tabahkan hati kami sekeluarga.Sungguh besar kehilangan arwah buat kami.Semua orang merasa kehilangan.Kami semua sangat-sangat menyayangi arwah,tapi ENGKAU lebih menyayangi arwah..Tiada satu pun kenangan pahit antara kami dan arwah.Sepanjang hayat arwah,arwah sentiasa menceriakan kami semua.Memberikan kami gelak tawa dan senyum tanpa henti.Syukran Ya-Allah kerana telah memberi kami peluang untuk hidup bersama ahli syurga-MU itu meskipun untuk tempoh yang tidak terlalu lama.Tapi kehadiran arwah dalam hidup kami selama 20bulan adalah sangat sangat bermakna..
Sweet Memory,NUR AIRIEN SOFIA,28hb August 2010-07hb May 2012..:))




Lots of lurv,

Sunday, May 6, 2012

Tenat.

Salam..my little airien is now in tenat condition.Pleaseeee do pray for her!Jantung airien da sangat lemah.Mohon ada keajaiban buat airien.Semalam around 1am++ kakak call cakap tekanan darah airien rendah,doctor takut pendarahan dalam otak.Bila dapat masuk,terus air mata mengalir.Aja peluk k.qis dengan umi.Aka cakap aja xkuat..Umi kata jangan nangis,kesian kakak.Aja tarik nafas dalam-dalam.kuatkan hati dan diri untuk pegang airien.Tak henti-henti semua berdoa.Dekat pukul 4.30am,Alhamdulillah makin stabil.Sampai pagi ni dalam pukul 8.30am pun masih stabil umi cakap.Sebab aja,hubby n parents abe zan balik almost 5.00am jugak la.Tengahari aja ke hospital kak qis cakap makin teruk dari semalam.Ya-Allah,sebak dan sedih sangat tengok keadaan airien!Mintak-mintak keadaan ini akan beransur pulih..Tolong doakan nur airien sofia ea semua.Terima kasih banyak-banyak!Ya-Allah,kuatkanlah hamba mu ini dan seluruh ahli keluargaku..Amin..

Friday, May 4, 2012

ICU.

Salam..Ya-Allah..Aja harap sangat aja dapat taip berita yang menggembirakan mengenai airien's condition..But sadly i have no good news to be tell..Yesterday as usual aja ke hospital,agak lewat dari biasa..Sebelum tuh abe zan dah call cakap keadaan airien semakin teruk.Doctor nak masukkan airien ke ICU..Ya-Allah..Langsung tak dapat fikir apa-apa..Sampai je kat atas,tengok mata airien pejam tapi dia meronta-ronta dan menangis tanpa air mata..Airien tak sedar apa-apa.Doctor cakap itu peringkat ketiga.Walhal sehari sebelum tuh airien macam dah bertambah baik..Tapi kuasa Allah yang menentukan segala-galanya.Bila aja tiba,k.qis terus menangis bila aja pandang mata k.qis.Ya-Allah,dah tak tertanggung derita si ibu..Aja sebak,air mata tanpa segan silu mengalir.Aja puas panggil nama airien,langsung si kecil tuh tak menyahut.Dia hanya menangis dan meronta-ronta.Sementara menunggu katil di ICU disediakan,aja dan abe zan baca yasin.Air mata jadi peneman setia.K.qis dakap airien sambil baca selawat syifaa dan air mata tak berhenti mengalir..


Selepas beberapa ketika,doctor datang dan segera bawa airien ke ICU.Waktu tuh airien dah bertukar ke dakapan abah dia.Dengan abe zan atas katil cuba tenangkan airien,nurses usung katil lalu lift kecemasan bawa airien ke ICU.Ya-Allah,dengan suasana kelam kelibut dan sayunya.Hanya Allah mengerti apa yang kami rasa.Sebak bila abe zan menangis teresak-esak sambil pangku airien yang tidur kepenatan barangkali.Aja follow sebelah k.qis,Ya-Allah..K.qis menangis teresak-esak.Aja tak dapat tahan sebak,air mata mengalir macam hujan..Perasaan ketika itu memang tak dapat digambarkan.Suasana memang cemas dan pilu sangat!


Dalam fikiran cuma airien..Doctor cakap cuma ada cara terakhir je dapat dia lakukan iaitu transplant(pembedahan tukar hati)..Tapi kami sekeluarga seboleh-bolehnya tak mahu pembedahan dilakukan sebab risiko sangat tinggi dan percentage untuk airien sihat cuma 20%!Langsung tak menjanjikan apa-apa kebaikan buat airien!:(..Ya-Allah,airien dibius..Diberi bantuan pernafasan..Badan si kecil itu dimasukkan tiub dan penuh dengan wayar di seluruh tubuhnya..Ya-Allah,lemahnya hamba-MU ini tatkala diberi ujian dari-MU...Hanya doa yang mampu ku beri buat airien..Mohon sahabat semua doa untuk airien..Hari ini masih sama melainkan bacaan darahnya kelihatan membaik..Tadi aja tengok muka airien sembab,mungkin sebab dah berbotol-botol air masuk dalam badan airien.Aja lemah,tak berjaya menahan sebak didada..Air mata menitis tatkala melihat si kecil yang selalunya cergas dan aktif.Yang sering memeluk dan mencium cik Ja nya.Tapi kini hanya terbaring dam tak mampu nak celikkan mata pun.Ya-Allah..Kuatkan dan tabahkanlah hati kami sekeluarga.Meskipun berat sungguh untuk ku terima ujian-MU ini.Namun aku redha kerna ENGKAU mengetahui hikmah disebalik semua ini.Doakan airien..Ya-Allah,sembuhkanlah airien..Hanya pada-MU kami memohon dan meminta..Berikanlah keajaiban kepada airien.Amin Yarabbal Alamin.....



Lots of lurv,

Wednesday, May 2, 2012

POOR MY LITTLE AIRIEN...:(

*please smiling at me my little baby!!:(*
 

Salam..Yesterday was a labour day!But nothing special than meet my little pwincess,airien!:)).Aja datang lawat airien dalam pukul 9,30am++..Alhamdulillah demam dah kebah.Tapi kuning jadi balik.Airien asyek menanges je sebab nurses and doctors kejap-kejap datang.Anti betul airien bila nampak nurses or doctors..Masa datang semalam,sebelah tangan lagi kena cucuk untuk tempat ambil darah.Maknanya airien tak dapat gunakan kedua-dua belah tangan dia.Mengamuk si kecil tuh..Pity her..

*nak dengan abah je*

Airien asyek memerap dekat abah dia je.Tapi lepas pujuk main talking toms baru dia nak dekat aja.Airien lemah je.Yang dia tahu cuma menangis.Makan pun tak lalu..Dalam 3hours spend time dengan airien,aja pun balik dengan hubby..Pagi neh as usual,aja datang jenguk airien.Sebelum tuh mak B(nenek aja) sibuk call nak tahu keadaan airien..Risau sungguh mak B dengan cicit dia.Aja cakap,airien makin sihat..Aja suruh mak B jangan risau,jaga kesihatan sebab mak B pun baru je sihat.Biasala orang dah berumur..Tapi dalam hati sedih kena tipu pasal keadaan airien..

*my poor little baby..:(*

*do pray for her please!:))*

Bila aja ke hospital,k.qis kata,doctor cakap airien makin teruk..Kena masukkan darah means tukar plasma baru.Kalau lepas tukar darah pun masih tak berubah,airien kena masuk ICU..Aja terdiam..Ya-Allah,besar sungguh ujian-MU buat kami..Alhamdulillah selera airien agak bagus..Airien makan 2biji kuih seri ayu.Walaupun mata dia kuyu,dia tetap kunyah makanan tuh.Lemah sangat airien.Tapi dalaman airien kuat!Setiap kali aja peluk airien,aja mesti selawat dekat telinga airien.Alhamdulillah airien ikut aja selawat.Ya-Allah,kuatkan hati ini untuk melihat penderitaan si kecil kesayangan ku..:(..Ya-Allah,please give me a good news...

*I miss my old little baby with her sweetest smiling...can I see that smiling again?*




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com