pwincessAJA~M-E-A!~: March 2016

HAILA!

free page hit counter
online

Thursday, March 17, 2016

HOLIDAY&FOOD HUNTING IN KUCHING PART 2

Salam,Oya guys!Haila!Tengah free ni kita update sambungan cerita JJCM di Kuching, Sarawak

DAY 1 DINNER @ TOP SPOT SEAFOOD

Aja ni jenis bila ke mana-mana suka google dan search tempat-tempat yang orang suggest untuk pergi dan try.. Bagi peminat seafood, wajib datang ke TOP SPOT SEAFOOD.. Mula-mula aja ingat dia punya tempat tepi pantai atau jauh ke dalam ke kan sebab kalau kat area KL semua gitu hihihi sekali dalam building tengah-tengah bandar ko.. Macam-macam seafood ada, nampak fresh dan yang penting MURAH!!! Aja ni suka bertanya jadi before nak amek tuh tanya dulu harga jangan nanti masa nak bayar kang terkejut beruk pulak kikiki Terkejut beruk sebab murah takpe :p 




Haila!Hasil google mengatakan Kedai No.25 best so kami terjah ke sana.. Husband nak makan Lobster tapi kedai No.25 tak de pulak tapi ada Udang Galah! Mula-mula aja ambil 2ketul yang besar jugak tanya harga dalam RM35++ terus culture shock kejap hahaha Langsung aja confident untuk tibai amek 4ketul yang boleh tahan besar hehehe Lepastu kak zie dan aja order few lauk lagi, ikan ketam memang kami tak pandang dah sebab Udang Galah lebih mengancam hehehe





Kitorang pilih-pilih, order-order dalam 10minutes macam tuh order ko dah sampai! Double culture shocked aja dibuatnya!hahaha Walaupun semua tuh tak berapa panas sangat tapi consider ok la.. Mana korang nak, menunggu 2-3jam atau makanan yang suam-suam kuku untuk menikmati hidangan seafood? Aja prefer lauk panas suam-suam kuku, nasi panas ok lettew hehe Kalau kat area KL kitorang makan seafood memang menunggu berjam-jam sampai masuk angin perut terus moody bila nak makan hahaha

*Omellete Oyster*


*Baby Lobster Salted Egg*

*kak zie tengah flu teruk gara-gara tak cukup tidur lepas tu makan ais krim,seafood lg :p*

*Miding Belacan, Sotong Goreng Tepung dan Sea Cucumber Soup*

Haila!Kitorang pilih dalam 5lauk tu pun memula macam cukup ke tak eh?Walhal makan berempat je weyyy, mikail mana makan sangat tu pun korang tahu TAK HABES! Kekdahnya ko dah melantak sana sini, perut pung tak daya dah nak bagi ruang ekekeke Tapi masakan so far semua sedap! Udang Galah telur masin basah-basah memang terbaik, Sea Cucumber Soup pun sedap sangat terus teringat-ingat aduhhhh Mana yang tak habis kitorang tapau buat balik esok pagi panas kan.. Dasyat breakfast makan seafood ko haha
Total makan malam tuh around RM150++ only, if kat KL ni nangis weyh nak membayar! Terkejut jap dengar total tuh sebab consider MURAH!hahaha

Aja sambung Day 2 dalam next entry pulak yer ;)




Lots of lurv,

Friday, March 11, 2016

HOLIDAY&FOOD HUNTING IN KUCHING PART 1

Salam, Oya guys! Haila! Saja nak sharing pasal holiday ke kuching hari tu.. Trip kali ni memang more pada Jalan-Jalan Cari Makan(JJCM) hehe.. Nasib timbang naik 2kg je :p
Ticket flight aja dah book since last year lagi, Only RM40 for two person!Baggage semua tak included lagi la..Kalau jenis backpackers boleh la jimat macam aja jenis semua nak kena ada so nak tak nak aja beli jugak baggage tapi masa pegi aja tak beli sebab confident luggage Hello Kitty aja lepas naik flight sekali tak lepas!Haila!Stress kejap haha tapi berkat rajin bertanya bayar RM79.50 untuk 15kg(Luggage aja berat dalam 12kg,macam-macam ku bawak hahaha
So if jenis suka nak berjalan book ticket flight setahun awal mesti dapat harga best hehe 
KL-Kuching dalam 1hour and 45minutes so kalau nak beli makan dalam flight boleh sangat sebab lapar!hihihi 




Untuk ticket, baggage dan foods aja spend around

Total paid: 178.76 MYR

Still consider murah la aja rasa sebab for two person kan baggage pergi 15kg(if beli on9 around RM31++) dan balik dalam 20kg

Haila!Sengaja beli flight petang supaya tak rushing cuma dari segi masa rugi sikit la hehe sampai dah maghrib dijemput oleh kak zie ku sayang dan her small family, kitorang ni less contact tapi bila jumpa ada je cerita tauuu!Almost 8-9years kot tak jumpa kak zie dan finally jumpa balik yeayyyy!Last year lagi inform kak zie kata nak datang holiday Kuching, kak zie offer stay rumah dia di kem lepas tu dia nk jadi tourist guide aja and husband hehe So aja takdela fikir pasal hotel dan pengangkutan dekat sana nanti..Few weeks before nak fly inform kak zie, appreciated sangat sebab my dear kak zie dan husband siap ambil cuti tauu nak bawak aja dan husband jalan-jalan..Next time datang KL our turn pulak treat kak zie dan family!

Dari airport kitorang dinner dulu dekat Mr Pen Little Bistro, boleh baca cerita dekat blog kak zie sebab dia dah update banyak cerita hehe




Dapat jugak aja merasa DP Ice Cream Apong kegilaan orang kuching!hehe Mula-mula makan macam tak suka sangat tapi lepas tu macam addict pulak!hahaha 3kali jugak la makan sepanjang dekat sana, sedapppp sangat weyh!Besar tuh RM5 makan sorang tak larat, so lain kali beli yang RM2 punya hehe







DAY 1 in KUCHING



Day 1 kami breakfast di Pak Amit Cafe 3, memang dah aim sebab selalu tengok kak zie update menu breakfast dia!hihihi Order Laksa Sarawak dengan Mee Kolok, husband aja makan sikit je selebihnya sumbat dalam mulut dan perut sendiri hahaha Sedap sangat Laksa Sarawak kat Pak Amit Cafe memang recommended sangat!


Lepas makan singgah Viva City, sempat pulak aja rembat Pandora haha Bahaya tau da terjebak dengan pandora neh tapi beli lock je selebihnya cuci mata hihihi


Dari Viva City kami ke Kampung Budaya Sarawak, pegi tangkap gambar je bukti pernah datang depan pintu hihihi Nak masuk mahal nauu untuk pelancong cam aja kalau dua orang boleh buat makan seafood kauu haha Local people Sarawak murah sikit masuk, so orang sarawak boleh la pegi jalan-jalan sana ;)



Makannn lagi weyyy hahaha
Bila Google ramai kata Kopi O Corner ni antara cafe yang famous so mesti la try kata trip JJCM hehehe Laksa Sarawak dan Mee Kolok tak dilupakan, dedua aja punya hihihi tapi taste kurang sikit compared dengan Pak Amit Cafe punya memang jauh beza.. Sini korang order Nasi Ayam Bakar memang sedap tapi sayang cuma ada bahagian Drumstick, aja ni bab ayam makan bahagian isi dan rib je heee tapi cuit-cuit jugak la husband punya, tu cakap sedap hehe




Berjumpa dengan kak mida, kakak pada kak zie.. Selalu kami berbalas comment dan likes di Instagram hehehe Memang antara wishlist nak jumpa kak mida in person :)









Repeat DP ICE CREAM GULA APONG! Ni portion RM2 aja makan sorang-sorang hehe Pleaseee open in Kuala Lumpur pulak!Dah teringat-ringat dah huhuhu









Haila!Aja continue kitorang punya dinner dalam next entry ok :) Aja dah link kan sesiap cerita dari blog kak zie ku sayang untuk uols baca version kak zie yang lebih details hehe Incase sesiapa yang plan nak ke kuching tapi tak tahu nak makan dekat mana jalan-jalan dekat mana boleh la refer tempat-tempat yang aja dah update dan akan update so mintak diri dulu kali ni.. Berjaya juga update blog hehehe




Lots of lurv,

4YEARS, 4MONTHS AND 4DAYS

Salam, Oya guys!Haila!1st entry sempena tahun 2016 hihihi Ni pun terasa nak update gara-gara duk membaca blog kak zie ku sayang, later nak share pasal holiday ke Kuching,Sarawak tupun if rajin la hehehe



Alhamdulillah today genap 4years, 4months and 4days perkahwinan aja dan husband..Kebetulan pulak duk kira-kira ehhh 4 semua hehe.. Alhamdulillah,4 tahun yang penuh dengan suka dan duka.. Semalam pagi aja tiba-tiba cengeng, aja menangis dari Gombak sampai la ke Klang!Pagi semalam ada kerja, aja drive sorang-sorang tiba-tiba sebak menerpa terus laju meleleh-leleh air mata, dah la tengah drive.. Dah zikir dah baca macam-macam surah dan ayat nak kasi legakan hati tapi sekejap je lega lepas tu leleh-leleh lagi ayaq mata.. Sampai je area tempat yang nak di tuju terus call husband, mula-mula dia tak angkjat kali ke dua dia angkat terus "uwaaaa" kaget kejap husband hahaha Cuak dia tetiba wife call sambil nangis hahaha Aja cakap "B rindu anak B".. Tulah lama nauuu tak melawat anak, mesti anak pun menanti je ummi abah dia datang.. Konon busy sangat la ummi abah dia neh huhuhu In sha Allah today nak jugak melawat anak, moga Allah izinkan.. :)


My dear husband, moga kita sabar dan kuat dalam menempuhi liku-liku perjalanan hidup ini bersama dan moga kita sekeluarga bersatu hingga ke Jannah-NYA in sha Allah.. Allahuma amin.. Me love you so much ;)


Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com