pwincessAJA~M-E-A!~: November 2013

HAILA!

free page hit counter
online

Saturday, November 30, 2013

Home Sweet Home!:)


Alhamdulillah dah sepuluh hari pulang ke rumah sendiri..Dah mula memasak,membasuh,melipat baju dan mengemas rumah..Tapi tak la melasak sangat sebab perut masih terasa bisanya..Solat pun aja masih solat duduk..Kalau tanya aja,inshaAllah dah sihat tapi hakikatnya belum sihat sepenuhnya..Sebab luka ceaseran bukan ambil masa berbulan-bulan untuk betul-betul pulih,makan tahun-tahun la jugak..huhuhu..Jadi doctor pun dah nasihatkan aja,paling awal untuk hamil balik pun dalam 18bulan..Paling bagus 2tahun..Nak tak nak kena merancang walau ikut naluri nak mengandung dalam masa terdekat jugak sebab rindu sangat bau baby!Tapi yelah,baru 51 hari habis pantang dan baru sebulan anak aja pergi menemui sang penciptanya..So inshaAllah aja dan suami akan hidup berdua dalam setahun lebih lepas tu baru plan pasal baby..Mudah-mudahan Allah mudahkan aja untuk hamil in future..InshaAllah..Amin..:)..Aja bersyukur sebab ramai sangat orang doakan yang baik-baik untuk aja..Jazakillah!InshaAllah malaikat akan amin kan doa kalian dan apa yang didoakan tuh berbalik kepada kalian balik..:)


Alhamdulillah dalam masa sebulan arwah anak aja pergi..Dah 3kali aja ke pusara arwah..Pertama waktu hari pengebumian arwah..Kedua lepas aja habis pantang hari ke-42 dan ketiga selepas seminggu dari yang kedua..Rumah irfan dah cantik..:)..Jujur setiap kali ziarah aja tak mampu kawal air mata aja..Perasaan aja bercampur baur..Rasa gembira sangat bila tahu anak yang dikandung selama 9bulan dah bahagia di Syurga dan dia sentiasa mendoakan kedua ibubapanya..Tapi aja rasa sedih sebab aja rindu sangat dekat arwah..Kenangan 17hari sepanjang aja lawat arwah tersemat kemas diruang hati aja..Mungkin aja tak lihat arwah membesar hingga dewasa tapi arwah membesar dengan sangat aktif selama 9bulan didalam rahim aja..Mungkin sebab itu aja paling terasa kehilangan arwah berbanding orang lain..Aja cuma perlukan waktu dan masa supaya aja semakin kuat untuk hadapi ujian ini..Kadang-kadang rasa macam tak percaya aja dah pun lalui semua ini..Kalau orang tengok aja mungkin ingat aja kuat sangat sebab aja tak pernah tunjuk kesedihan aja,aja sentiasa senyum walaupun bila bercakap perihal arwah anak aja..Tapi hanya Allah tahu betapa lemahnya aja,jadi Dia beri kekuatan dalam diri aja yang tak pernah aja sedari..Aja percaya Allah tak pernah uji hamba-NYA melebihi kemampuan mereka..Hari-hari aja muhasabah diri dengan apa yang dah jadi..Aja harap semua ni akan buat aja lebih tabah dan sabar..:)


Kalau ikutkan aja masih bercuti dari berkerja tapi aja ada jugak ke office setelkan hal pembayaran gaji dan lain-lain..Kalau nak tahu,masa pantang hari tu aja sibuk buat projek dengan adik-adik perempuan aja..Alhamdulillah sekarang masih teruskan dan dapat galakkan yang memberansangkan!Umi pun join tolong..hihihi..Project buat pin tudung gunakan ribbons..Jual murah-murah dekat kawan-kawan adik lepas tu umi pun ada tolong bawak ke sekolah..Now tengah plan nak jual on9 tapi tak tahu sempat ke tidak nak membuatnya..Pelan-pelan kayuh la jawabnya..:)


Selain buat project dengan Little sisters,aja pun tengah membusykan diri dengan business online!hihihi..Aja saja buat diri sibuk supaya aja takde masa untuk duduk sorang-sorang..Bukan apa,kalau sorang-sorang nanti mula la fikir itu ini dan akhirnya sendiri sedih..huhuhu..Nak tahu aja jual ape?Boleh la like Facebook shop dan follow Instagram shop aja!Boleh cuci mata sikit!:)

Facebook: Pwincess Shop
Instagram: @pwincessshop

Sekarang ada Extra Opening Promotion!Jadi boleh la terjah FB dan IG Shop aja untuk dapatkan perfume dengan harga yang menarik!;)




Selain itu,InshaAllah dalam perancangan nak teruskan minat aja dalam bidang bakery,tapi takde hitam putih lagi cuma baru duk cakap-cakap je..Aja harap Allah permudahkan biar jadi dan berjaya!Apa yang dah berlaku ni buat aja rasa memang Allah nak bagi aja peluang buat semua ini sebab tu dia biar aja suami isteri hidup berdua buat masa sekarang..Aja jugak sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dari segi sikap,perbuatan dan juga dari segi cara berpakaian..Aja nak diri aja layak untuk berada disamping anak aja di Syurga kelak..Doakan aja ya semua dan inshaAllah aja pun akan doakan korang semua..
May Allah grant us home in Jannah and stay happily there till no end..
InshaAllah..Amin..;)






Sunday, November 17, 2013

I hate this kind of feelings..:(

Salam,Haila!Sekarang ni aja ada satu feeling yang aja memang tak suka sangat..Sampai rasa berperang dengan hati sendiri..Apa yang dah jadi,semua ketentuan-NYA..Aja dah terima dengan hati yang redha..Alhamdulillah..Cuma sekarang ni aja tak suka bila aja ada rasa jealous..


Alhamdulillah kakak aja tengah preggy 3rd baby,so Nur Damia Sofia nak jadi kakak!:)..Sister in law aja pun tengah preggy,bertambah anak buah..:)..Dua pupu aja pun tengah preggy..:)..Cousin aja punya wife pun baru preggy,bertambah anak sepupu..Alhamdulillah im happy for them!Seriously I do!:)..Tapi as I said,at the same time i feels jealous too..Bukan sebab Allah beri mereka rezeki tapi aja cuma rasa macam I always wanted to have a child..I've waited for long time baru ada rezeki tapi dalam sekelip mata Allah tarik rezeki tu..Aja rasa kehilangan yang sangat besar dalam hidup aja..Hanya mereka yang pernah alami tahu macam mana rasa feelings tu,bercampur baur..Redha dan ikhlas tapi masih rasa kehilangan dan sedih..

Ya-Allah,tak pernah ada niat sikit pun dekat hati ni pertikaikan ketentuan MU..:(..Cuma as a human being,I feels envy to others..The feelings is out of my control..Pardon me Ya-Allah..
:(..Astagfirullah..Astagfirullah..Astagfirullah..:(

Aja sentiasa remind hati aja,Allah tak beri aja peluang bersama dengan anak aja dekat dunia yang sementara sebab Dia nak beri aja peluang bersama dengan anak aja di akhirat yang kekal abadi kelak..Setiap hari aja motivated hati aja supaya aja kuat lalui hari-hari mendatang..Kekuatan tak datang dalam a day..I need more days to become stronger as I wish..Tak sampai a month pun lagi permata hati aja pergi pada sang penciptanya..

Aja tak pernah menangis depan family aja sebab aja tak nak family aja salah sangka yang aja tak kuat lalui semua ni..Kalau difikirkan memang tak kuat tapi Allah jualah yang memberi kekuatan yang tak pernah kita jangka..Aja masih menangis bila teringat atau rindu..Aja harap Allah tak marah aja sebab adakala aja tak mampu kawal rasa hiba di hati..InshaAllah day by day aja akan cuba untuk tak menangis lagi..Senang untuk kita ucap "Aku redha dan ikhlas", "Aku tak perlu menangis kerana anak aku sedang menunggu aku di Syurga"..Tapi hakikatnya susah untuk kita praktikkan dalam sekelip mata kerana kita manusia biasa..Kita manusia yang lemah dan tak berdaya,hanya Dia yang berkuasa memberi hamba-NYA yang lemah ini kekuatan..

Ya-Allah,ampunilah aku yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan tak pernah lepas dari bergelumung dengan dosa..Ampunilah aku Ya-Allah..:(..Jadikan aku hamba-Mu yang solehah dan lebih baik dari yang sebelumnya agar aku layak untuk berada di Syurga disisi anak ku kelak..Amin...:'(



Nota Haila;Tak tahu macam mana nak luah dekat hubby atau siapa-siapa,so decide untuk luah dekat blog..huhu






Thursday, November 7, 2013

Happy 2nd Anniversary Sayang!:)


Alhamdulillah!2years as husband and wife!More years to come!InshaAllah!Amin!:)
I LOVE YOU SO MUCH DUNIA DAN AKHIRAT!<3


Since masih dalam pantang,no celebration and no special gift..Tapi orang pantang boleh masak meggi so ni dulu la hadiah untuk suami tercinta!Ada udang galahh lagi tuh!Aja telan ayaq liuq jela sambil masak!hahaha!Masak penuh kasih sayang ni..:)








Monday, November 4, 2013

A week already..:)


Alhamdulillah seminggu dah arwah Muhammad Rayyan Irfan pergi menemui sang penciptanya..Aja bersyukur dengan sokongan suami,keluarga dan sahabat handai yang tak pernah kurang untuk buat hati aja rasa sepi..Terima kasih sangat-sangat dekat suami dan keluarga aja yang begitu ambil berat dan risaukan diri aja..Kata-kata semangat yang tak pernah putus buat diri aja..Sahabat-sahabat yang tak pernah lupa bertanya khabar akan keadaan diri ini..Rakan-rakan blogger yang memberi comment bagi menguatkan semangat aja..Syukur Ya-Allah!Sebab aja dikelilingi oleh orang-orang yang sayang aja,ada dengan aja di saat-saat aja ditimpa musibah..Ya-Allah,nikmat mana yang mahu aku dustakan?

Aja hanya mampu tersenyum bila ada sahabat-sahabat aja yang call ucapkan takziah selepas beberapa hari arwah pergi..Mereka tak call awal-awal..Sebabnya mereka takut aja masih bersedih dan tak nak buat aja makin sedih..Ya-Allah,prihatinnya sahabat-sahabat aja!Oh yea,Thanks aida for the post dekat blog aida!Aja dah baca..:)


Kalau tanya soal sedih,memang masih sedih..Cuma aja tak terlalu bersedih sebab dari awal aja dah kuatkan hati aja untuk terima takdir yang telah Dia tentukan..Aja fikir satu je,'Anak aja dah bahagia dekat sana,inshaAllah aja akan jumpa dia dekat sana dengan izin-NYA'..Aja pun sentiasa doa pada Allah supaya kuat kan hati dan semangat aja hari demi hari..Anak itu hak Allah,Dia nak beri atau ambil semuanya hak Dia..Suatu hari nanti kita pun akan dijemput oleh-Nya..Cuma bila dan bagaimana kita tak tahu..Semua itu rahsia Allah..:)








Salam Maal Hijrah!:)


Alhamdulillah..Hijrahkan hati supaya sentiasa cuba untuk menjadi hamba-NYA yang lebih soleh/solehah,istiqamah dan bertakwa!Amin..Salam Maal Hijrah dari aja dan suami sekeluarga!

*Alhamdulillah sempat baca doa akhir dan awal tahun..:)*





Friday, November 1, 2013

Disebalik Kuatnya Seorang Ibu..

Kuat tak bererti aku tak menangis..Sesekali teringat dan rasa rindu aku menangis dan pohon pada Allah supaya beri pahala disebalik kerinduan seorang ibu ini..


Kuatnya aku adalah aku terima qadha dan qadhar-NYA..Kuatnya aku adalah aku tidak meratapi kepergian insan yang aku cintai..Kuatnya aku adalah aku masih meneruskan kehidupan aku,masih menghabiskan sisa saki baki pantang aku tanpa seorang baby disisi..Kuatnya aku adalah aku masih mampu tersenyum dan bergelak tawa menikmati kehidupan yang Allah berikan buat aku..

Disebalik kekuatan aku itu aku masih mengalirkan air mata..Air mata rindu seorang ibu kepada anaknya..Salahkan aku bila aku masih menitiskan air mata?Baru dua hari anak aku pergi menemui sang penciptanya..Cukupkah tiga hari bagi aku untuk tidak merasa sedih dan rindu?Sedangkan masa arwah airien pergi dulu,sampai sekarang aku masih terasa sangat rindu pada ahli syuga-NYA itu..Sesekali aku masih menangis apabila rindu pada arwah..

Tapi jangan disalah sangka..Tangisan ku bukanlah aku meratapi,meraung seakan tidak dapat redha dan ikhlas dengan qadha dan qadhar-NYA..Cuma tangisan yang mengeluarkan beberapa titis air mata,mengeluarkan rasa rindunya seorang makcik pada anak buah yang pernah aku jaga dan jadikan tempat bermanja sebelum Allah menjemputnya ketika usianya setahun lapan bulan..Jadi begitulah jua sekarang..Tangisan seorang ibu yang rindu akan cahaya mata yang dikandungnya selama 9bulan..

Jadi salahkan aku apabila aku masih menangis?Aku tak menangis didepan orang bukan kerana aku ingin menunjukkan betapa kuatnya aku..Tapi kerana aku taknak orang salah sangka yang aku ini tak dapat terima ketentuan-NYA..Aku masih menangis didepan suamiku..

Fahamilah,aku seorang ibu yang begitu mengharapkan kehadiran seorang cahaya mata didalam hidupnya..Setahun lebih aku menanti akhirnya Allah beri aku rezeki itu..9bulan aku menanti,akhirnya Allah beri rezeki untuk anak aku lahir kedunia ini..Jadi bila saat rezeki aku sampai disini sahaja,berdosakah aku untuk merasa sedih?





 
blog template by suckmylolly.com