pwincessAJA~M-E-A!~: 2014

HAILA!

free page hit counter
online

Wednesday, December 31, 2014

31 Disember 2014!

Salam,Oya guys!Alhamdulillah hari ni hari terakhir tahun 2014!Kejap je dah nak masuk tahun baru kan..Tahun ni banyak ujian Allah beri buat kita rakyat malaysia..Bersyukur bagi kita yang masih cukup serba serbi..:)


Semalam genap setahun dua bulan irfan pergi..Alhamdulillah dalam setahun lebih ni banyak aja belajar..Jujur sekarang aja tak ada menangis kalau orang tanya pasal kisah anak..Rasanya setahun lebih ni aja betul-betul ajar hati untuk jadi kuat dan redha..heee..


Pengganti?Bila ada rezeki inshaAllah..Buat masa ni macam fobia lagi nak bersalin..hahaha..Bersalin ceaseran dulu sakit woiii!Jadi memang aja tak amek pusing bila orang cakap boleh dapatkan pengganti dah..Diri ni tak sedia lagi..Allah pun tahu sebab tu Dia tak beri lagi..Aja pun tak ada merancang apa,merancang untuk nak ada la walaupun mulut kata tak nak tapi hati ni nak je sebenarnya..hihihi..Tapi semua berbalik pada rezeki..:)

Tumpang kasih sayang anak orang pun rasa Alhamdulillah sangat..Anak-anak buah ramai,belah aja dua orang dan belah suami aja lima orang..:)






Love them so much!!!

Dah membantu mangsa banjir Pantai Timur?Please do help them!Sumbang sedikit yang kita mampu pun jadilah..Allah turunkan musibah pasti ada hikmah-NYA..Bumi kita semakin tua begitu juga kita..Moga Allah rahmati dan redha dengan kita semua..Moga 2015 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..inshaAllah..:)


Thursday, November 6, 2014

A year and 7 days

Salam,Oya guys!Jarang singgah blog sendiri sebab lebih senang update dekat instagram!hihihi :p


Its been a year and 7 days since the day arwah Muhammad Rayyan Irfan left us..We miss you so much my "anak syurga"..☺️☺️☺️..Nothing much change but Alhamdulillah my life went well..I'm happy and blessed..:)


Pada hari genap setahun irfan pergi,aja dapat anak buah baru!Hubby's side,adik ipar aja bersalin 3rd baby!Its a girl!Seronok sangat tahun ni asyik bau syurgaaaa je..Terubat rindu dekat anak syurga kami..:)..


Ramai tanya,aja merancang ke?Aja jawab tak pun,cuma belum rezeki dari Dia..Kalau tak rancang pun tak lekat apatah lagi kalau rancang..hahaha..Kadang2 kita berlawak untuk sedapkan hati kita..Isu anak ni kan sensitif sikit tapi sekarang aja ok je..Tanya ape pun senyum gelak je..Jawab pun tenang je..Orang kata,pengalaman mematangkan kita..Chewaaaah!:p..Ada plan nak ambil anak angkat tapi suami aja kata belum masanya lagi,umi pun kata sama..Aja muda lagi,bukan tak boleh hamil langsung,cuma belum rezeki..Bukan apa,kadang2 kita rasa sunyi..Nak dengar suara baby dalam rumah kita..Buat masa ni numpang kasih sayang anak2 buah je la..hihihi

Nur Damia Sofia dah besarrr!

Apa yang penting Jangan Putus Asa dan sentiasa Positive!InshaAllah ada rezeki in future..Kita usaha dan tawakal inshaAllah Dia maha mendengar..Jangan pernah berhenti berdoa dan berharap ok!Chaiyok2 buat semua yang sedang berusaha untuk memperolehi zuriat!Tak semua orang terpilih untuk diuji melalui anak..Sesungguhnya kita insan yang terpilih..Setiap manusia ada bahagian dan ujiannya..Apa yang membezakannya adalah cara kita terima dan hadapi ujian itu..:)

Nur Ainul Sofea pun da membesar dengan jayanya!hahaha :p



Thursday, August 7, 2014

SHRMZB

Salam,Oya guys!Tak terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya?Maaf zahir batin!:)


Alhamdulillah raya tahun ni tak ada yang kurang..Walaupun before raya terfikir adakah raya tahun ni akan jadi raya yang paling sedih?Alhamdulillah tahun ni paling gembira sebab raya kali ni dapat ramai anak buah baru..Alhamdulillah..Walaupun rasa rindu yang menebal pada arwah irfan tapi anak-anak buah yang ada memang buat rasa rindu terubat..:)



1st Raya di Gombak,memang turn hubby's side ..So lepas solat raya ke rumah Family in law kemudian sama-sama ke Tanah Perkuburan ziarah arwah irfan..Setiap kali datang memang tak mampu bendung air mata tapi kuatkan hati cuba untuk senyum sambil baca yasin walaupun air mata tak segan silu mengalir..Nasib Family in law semua faham..:)..Tapi kejap je lepas tuh okay dah..hihihi..:)


Jujur hidup ni tak pernah terjangka..Tak pernah terlintas langsung akan ziarah pusara anak sendiri di pagi raya..Tahun pertama yang sepatutnya kami beraya bertiga tapi sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..Sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah inshaAllah hati akan redha dan ikhlas..:)


Raya kedua malam tu kami pulang ke Bachok,Kelantan!Kononnya memang tak balik la tahun ni tapi mau Gombak banjir kata hubby..:p..Semua macam "Eheh!Kato tok kelik!"..Wajib la balik,mana seronok beraya kat KL..hihihi..Alhamdulillah sangat takda yang tanya aja pasal arwah anak atau bila nak pregnant lagi dan sebagainya..Syukur Allah permudahkan perasaan ni..Jadi takde la drama air mata bagai masa raya..:D..Duduk kelantan 2hari 1malam je sebabnya umi and family  balik Terengganu ada bekwoh(kenduri) cousin aja..Aja baru je sampai Bachok so memang tak ikut la ke Terengganu..Aja dan husband buat plan sendiri ke Pulau Penang!Jalan jammed sangat!Kelantan-Pulau Penang 9jam ok!!!Lenguh duk dalam kereta..Raya paling lama duk dalam kereta sebab duduk kejap-kejap je kat satu tempat rasa macam sangat penat tapi seronok!hehehe



Dah lama tak menaip,nak susun ayat pun tak pandai!hihihi..Jadi sampai sini dulu la..Mohon doa supaya aja terus positive dan bahagia dunia akhirat!Doa buat semua juga!:)



Monday, June 30, 2014

Ramadhan Mubarak!:)




Salam Ramadhan Mubarak!Alhamdulillah masih diberi kesempatan buat kita semua untuk menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini..Syukur tahun ketiga menyambut bulan ramadhan sebagai isteri..Dikelilingi ahli keluarga dan keluarga mentua yang sentiasa menyokong dan memahami,aja sangat bersyukur..Bulan demi bulan yang berlalu buat aja makin kuat dan tabah..Kalau dulu aja mudah tersinggung bila orang bertanya perihal anak..Bukan aja tak cuba fahami fitrah manusia yang punya keinginan untuk tahu mengenai sesuatu tapi cuma sebelum ni aja takda kekuatan untuk memahami..

Alhamdulillah hari ini genap 8bulan perginya permata hati aja dan suami..Aja rasa macam dah lali dengan pertanyaan yang tak pernah ada noktah..Aja jawab,senyum dan tertawa..Kalau nak kata hati tak sedih,hanya Allah maha mengetahui..Hanya Allah yang mengetahui rindunya hati seorang ibu yang kehilangan anaknya..Aja muhasabah diri atas apa yang telah terjadi..Ada banyak hikmah dan kebaikan yang Allah beri disebalik ujian-NYA..Tak pernah rasa sesal kenapa diri ini diuji sebaliknya rasa sangat bersyukur..
  
Kalau ikut rasa hati nak Allah beri kami zuriat dengan segera..Tapi fikir keadaan diri yang belum pulih sepenuhnya buat aja belum bersedia..Memang nak sangat zuriat tapi adakala aja menangis menahan rasa sakit kesan daripada bersalin ceaseran buat aja rasa belum masanya..Aja selalu doa supaya Allah beri kepada aja dan suami zuriat bila Dia tahu aja dah sihat dan mampu untuk jaga anak yang bakal hidup selama 9bulan dalam rahim aja..


Kalau ada orang kata sakit melahirkan secara ceaseran tak sesakit melahirkan secara normal,sila fikir berkali-kali..Kalau melahirkan secara normal rasa sakit masa nak bersalin dan dalam sebulan lepas melahirkan sakit pun berkurang..Tapi secara ceaseran,sampai saat ni aja masih rasa sakit..Ada yang dah 6tahun lalu pun masih rasa sakit..Masa nak bersalin dulu aja pun alami contraction jadi aja rasa macam mana sakit nak melahirkan dan sakit akibat ceaseran?Allah..Sangat seksa sebab 3hari menangis nak bangun dari katil ke toilet..Setiap orang berbeza pengalaman bersalin..Tak perlu rasanya kita compared pengalaman masing-masing,sekadar berkongsi should be okay..:)

Mungkin ada yang tak tahu atau ada yang tahu aja ada diabetic..Since i was standard five lagi..Sebelum ni makan ubat tapi bila tahu aja pregnant last year aja mula consume insulin injection..Almost 8months aja guna insulin injection sampai lebam2 perut(bahagian perut insulin lebih effective compared to others body parts) sebab 4times daily kena inject..Jari jemari pun pedih-pedih dan bengkak sebab selalu kena test sugar glucose..Seksa dan sakit semua tuh hanya Allah yang tahu tapi aja rasa waktu tu aja takda merungut atau mengeluh sebab aja buat semua tuh demi zuriat yang aja kandungkan..Aja cuba jadi seorang ibu yang baik sewaktu hamil..

Tapi aja rasa aja seorang ibu yang gagal bila anak aja lahir dengan heart complications disebabkan sugar glucose yang tinggi diawal kehamilan aja(masa tuh aja berniat untuk berhenti mencuba untuk hamil dan memang tak control sugar intake tapi Allah beri aja zuriat yang aja tak pernah jangka)..Waktu anak aja sedang nazak,kami dipanggil oleh doctor di IJN mengatakan yang mereka dah cuba sehabis baik dan usaha mereka untuk selamatkan anak aja gagal..Aja telan kenyataan itu walaupun perit..Ada seorang doctor seakan mengatakan bahawa aja lah punca kenapa anak aja ada heart complications..Aja terdiam dan perasaan waktu itu memang keep blaming my self but at the same time try to defend my own self..


Bergelut dengan rasa sedih akan kehilangan anak dan rasa marah serta bersalah apabila dikatakan diri aja lah punca semuanya,aja tertekan hanya Allah yang tahu..Aja cuma mampu share dengan umi dan umi kata sepanjang aja mengandung umi nampak macam mana aja cuba sehabis baik jaga kandungan aja..Umi kata aja dah usaha jadi ibu yang baik untuk arwah Muhammad Rayyan Irfan..Aja rasa hanya umi yang faham situasi aja waktu tu..Kalau tak ada iman di dada aja rasa aja dah meroyan gamaknya..Saat tahu wujudnya janin dalam rahim aja,aja masuk hospital seminggu untuk adjust insulin dose..Seminggu tuh menangis kena ambil darah je..Sepanjang hamil kena ambil insulin injection 4times daily pasti bukan perkara mudah..Lima bulan hamil doctor sahkan anak aja ada komplikasi jantung dan kemungkinan untuk meninggal dalam perut adalah sangat tinggi..Empat bulan aja lawan perasaan sedih..Sepanjang hamil aja check up 2minggu sekali di Hospital Selayang dan juga Klinik Kesihatan Selayang,penantian memang satu penyeksaan..

Perut membesar dengan jaya,kaki membengkak dengan jaya juga..Sakit pinggang dan lain-lain aja rasa semua aja alami..Aja tak pernah rasa susah,tak pernah rasa terseksa..Yang aja tahu,aja dengan anak aja sama-sama berjuang dan berharap..Sampailah arwah irfan lahir kami masih berjuang dan berharap tapi bila Allah kata "kun faya kun"..Perjuangan irfan dan harapan kami berakhir tapi perjuangan aja untuk teruskan hidup masih tetap berjalan..Setiap hari aja berjuang untuk hidup gembira macam orang lain..Walaupun adakala aja menangis lemah disebalik perjuangan ini..Aja terima qadha dan qadhar-NYA dan apa yang dah jadi adalah kehendak-NYA..Bukan aja puncanya..

Aja tak menaip untuk menggambarkan atau meluahkan apa yang aja lalui cukup susah atau sebagainya tapi aja cuma rasa aja nak meluahkan cerita dan pengalaman aja melalui bait-bait ayat sebab aja tak mampu nak bercerita pada orang-orang sekeliling aja sebab aja tak nak orang fikir aja tak move on dengan hidup aja..Orang nampak aja gembira dan memang itu yang aja nak orang rasa..Aja tak nak orang kesian dekat aja..Apa yang jadi dah ketentuan-NYA..Orang rasa kasihan dekat aja atas apa yang aja lalui tapi aja pula rasa bersyukur atas semuanya sebab apa yang bakal aja terima di akhirat esok adalah ganjaran yang tak terhingga oleh-NYA..Seorang ahli syurga sedang menanti aja dan suami di akhirat kelak..Syukran Ya-Allah..:)


Thanks for reading,apa yang aja nak share..Sebesar mana pun ujian Dia buat kita sentiasalah muhasabah diri dan fikir positive..Allah beri kita ujian yang mampu kita hadapi jadi jangan pernah tanya "kenapa aku?"..Kadang-kadang ujian yang diberi tuh sebagai penghapus dosa-dosa lalu kita,supaya kita muhasabah diri jadi lebih baik dari sebelumnya..InshaAllah..Ramadhan bulan penuh keberkatan,bulan untuk kita beribadah tanpa henti..Sama-sama kita kumpul pahala,moga Allah terima segala amal ibadah kita dan puasa yang kita kerjakan..InshaAllah..Moga redha Allah buat kita semua..Amin..:)


Friday, June 13, 2014

Im Back!;)

Assalamualaikum!Allah!Lama tak coretkan rasa hati di ruangan ni..Banyak yang terpendam di hati cuma tak terluah dek kata-kata..Alhamdulillah life went well..:)..Nak kata hati kuat 100% tuh tak lah cuma aja selalu motivated diri dan hati untuk terus tabah dan kuat dengan segala ujian dari-NYA..


7bulan 13hari dah berlalu semenjak arwah irfan pergi..Jujur aja dah kuat nak bercerita perihal anak bila ditanya orang,rasa sebak dah tak sekuat dulu..Bila orang tanya bila nak ada baby lagi pun aja lebih tenang tak rasa sentap macam dulu-dulu..Sebab aja dah redha dan ikhlas yang memang fitrah manusia suka bertanya..Jadi kita jawab dengan ikhlas..:)

Tipu kalau tak menangis pasal anak..Cuma dah kurang..Ziarah pusara irfan pun kadang kala..Bukan sebab nak lupakan tapi tak mampu tahan sebak bila ziarah pusara anak anak sendiri..Mana mungkin seorang ibu boleh lupakan anak yang dikandungkan selama 9bulan kan?

Alhamdulillah aja bersyukur dengan ujian yang Allah beri..Dia beri aja kekuatan yang aja tak pernah fikir pun aja mampu sekuat ini..Allah maha berkuasa,aja serah semua pada-NYA terutamanya soal zuriat..Aja tak merancang sebab kami memang nak zuriat walaupun ikutkan lepas dua tahun baru boleh pregnant balik since aja melahirkan secara ceaseran..Cepat atau lambat aja terima dengan hati terbuka..Bila Allah kata 'kun faya kun'..InshaAllah..Akan aja sabar menanti dengan seikhlas hati..:)



Alhamdulillah aja dah dapat anak buah baru 8hb lepas!Another girl added in our family members!Alhamdulillah!Hari ni inshaAllah mereka on the way ke KL sebab kakak akan pantang sini!Yeayyy!Tak dapat bau anak sendiri,bau anak buah pun syukur Alhamdulillah!:)..




Ouh,today 13hb kan?Its Nur Damia Sofia Birthday!!!Mia turns Two!Alhamdulillah besar dah anak buah cik ja..Makin cerdik dan banyak akal!Comel macam cik ja!hahaha!:p..

Aja selalu bermonolog dengan hati sendiri..Fikir itu fikir ini..Akhirnya sendiri susah hati!hahaha!Aja jarang share pasal rasa hati dengan sesiapa pun atau lebih tepat tak tahu macam mana nak luahkan..So aja rasa aja patut mula menaip balik dalam blog ni!Like I used before!Orang tak baca takpe,asal hati kosong dan lega!hehehe..:)

Doakan aja sihat supaya aja mampu perolehi zuriat yang sihat walafiat!Ameen..:)

Monday, January 27, 2014

EH 2014!

Salam!Ya-Allah,lama tak coret rasa hati dalam blog ni..Nak kata busy sangat tu takdela tapi jarang sangat duduk office so tak sempat nak menaip..Kat hp pun lupa nak download app blogger..Tu yang tak sompat nak berupdate..hehehe..:)..
Alhamdulillah dah nak masuk bulan February kan?Kejap nya masakan..30hb January ni genap 3bulan irfan pergi..Dalam 3bulan macam-macam aja buat untuk jadi sekuat yang aja harapkan..Dah lama aja tak jenguk pusara irfan..Kakak aja(kak qis) tak pernah sekali pun jejak kaki ke pusara anak dia arwah airine..Kakak kata,"buat apa aku pegi kalau buat itu boleh buat aku sedih dan menangis"..Betul jugak..Tak semestinya tak pergi ziarah pusara anak kita tak ingat kat anak kita kan..Lillahi sentiasa rindu..Mana ada ibu yang boleh lupakan anak dia macam tu je..Betul tak?Kalau pergi kerja pun minda duk teringat kat anak yang ditinggalkan dengan pengasuh..Rindu kan?Apatah lagi kalau anak dah takda untuk selama-lamanya..Rindu menggunung sangat taw..Tapi aja sentiasa percaya Allah adalah sebaik-baik perancang..Aja tak pernah tanya kenapa Allah uji aja,tak pernah aja mengeluh kenapa aja yang dipilih..Jujur memang hati sedih dan pasti menangis kalau ingat anak tapi aja sentiasa doa supaya Allah beri pahala disebalik rindu seorang ibu..



2013 pengalaman paling manis sebab berpeluang hamil,rasa saat baby tendang dalam perut,contraction nak bersalin dan sebagainya..Ya-Allah,rindu sangat taw..Tapi 2013 juga tahun paling mencabar untuk aja,hubby dan keluarga..Apa-apapun,ada hikmah disebalik setiap ujian dari-NYA kan?Sentiasa percaya dengan janji Allah,kerana janji Allah itu pasti..Wallahualam..:)..Aja ade pergi holiday last year,ke Hatyai and Cameron Highlands..Nanti nak update kalau berpeluang..hihihi..Masuk hari ni dah nak seminggu aja tak sihat dengan sore throat,flu,fever,headache dan lain-lain..Ujian sungguh tapi redha jelah sebab sakit kan penghapus dosa-dosa kecil!:)..Aja doakan yang terbaik untuk semua sempena tahun baru 2014 ni..Sampai ketemu lagi..

TC N bUbye 4NOW


Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com