pwincessAJA~M-E-A!~: ♥SALAM MAAL HIJRAH 1431♥

HAILA!

free page hit counter
online

Thursday, December 17, 2009

♥SALAM MAAL HIJRAH 1431♥



Salam,Oya guys!Haila!Sangat tidak tegar aja mengupdate blog.Mane tak nye,kan modem rosak.So almost 1month++ weols menjauh dari connection internet.Kalo ade update tuh pom G menumpang kat uma ayoh long.gugugu.Tapi neh dapat on9 sebab ayoh dah POTONG!heee.Ayoh pasang P1 w1max.Stakat neh ok,tak la lembaps sgt.heee.Insyallah akan update cite slow-slow and tak lupa nak blog hop.Manyak blog nak kena qadha baca neh.heee.Haila!Dikesempatan ini,aja nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 buat semua umat Islam di muka bumi ALLAH S.W.T ini.Moga kita semua sentiasa diberkati&dirahmatinya.Insyallah...Amin...Btw,jangan lupa baca doa awal tahun ea.Akhir tahun baca lepas asar tadi.Harap-harap semua sempat la baca petang tadi ea.:)))

Doa Awal Tahun



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

TC N bUbye 4NOW.


Nota HAILA;Selamat Menyambut Awal Muharam/Maal Hijrah 1431H~




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com