pwincessAJA~M-E-A!~: Live Fetal Echo @KLVS

HAILA!

free page hit counter
online

Monday, August 26, 2013

Live Fetal Echo @KLVS

Bissmillahirrahmanirrahim..


Salam,Oua guys!Haila!Aja nak share sedikit mengenai perkembangan baby dalam kandungan aja..Alhamdulillah 22hb August aja volunteer diri as one of patient untuk echo live sempena KLVS 2013(Kuala Lumpur Valve Summit) di KL Hilton..Which is semua pakar2 jantung dan O&G datang untuk tahu lebih lanjut cara nak scan jantung baby dalam kandungan..Aja di scan oleh doctor pakar dari US,Dr.Anitha..Dalam event tuh ada Dr.Haifa(doctor yang aja meet up dekat IJN untuk buat echo,dia yang mintak aja untuk jadi volunteer sempena KLVS ni) dan Dr.Charnjeet(doctor dekat hospital selayang yang buat detail scan dan detect baby aja ada problem)..So senang sikit la diorang bincang pasal apa yang patut buat selanjutnya..Masa Dr.Anitha tuh scan aja ada tangkap few things masa dia sembang dengan Dr.Haifa..Tapi aja tak tanya apa-apa pun..Bila dah habis scan then baru Dr.Haifa jumpa aja,husband and parents(semua datang menemani..Tq umi&ayoh!)..Satu je soalan aja dekat Dr.Haifa.."My baby's condition still sama macam last time kita scan or became worse?"..Dr.Haifa diam then baru dia explain..Apa yang Dr.Haifa explain dah cukup buat kekuatan yang aja bina dalam 2months hilang macam tu je..Tapi since aja ada appoinment dengan Dr.Charnjeet keesokannya so dorang decide untuk discuss dulu dengan Dr.Anitha then later baru bagitahu kat aja..Aja cuba sehabis baik kawal emosi dan perasaan aja..Dalam senyap aja lap air mata yang mengalir..Hanya Allah yang tahu apa aja rasa..


23hb August,aja ke Hospital Selayang appoinment dengan Dr.Charnjeet..Soalan yang kelaur dari mulut doctor,"Apa yang you faham setelah Dr.Haifa explain dekat you mengenai keadaan baby you semalam?"..Aja telan air liur sebelum mejawab,peritnya rasa.."Yang saya faham,my baby makin lemah dan heart beart dia semakin slow"..Dr.Charnjeet pun iyakan sebab apa yang dia tanya Dr.Anitha,jantung baby memang tak cantik..Kemungkinan untuk meninggal dalam perut sangat tinggi..Aja dan hubby cuma angguk..Sehabis baik aja kawal rasa dalam diri,berperang dengan perasaan sendiri..Dr.Charnjeet cadangkan untuk buat test air ketuban which is cost me around RM580..Test ni untuk detect samada baby ada syndrome atau tak..Pada aja,ada atau tak dah tak penting sebab aja terima apa adanya anak aja..Tapi doctor explain kepentingan buat test air ketuban..Doctor kata untuk detect which type of syndrome yang baby ada..Ada syndrome yang baby boleh survive after deliver dan ada syndrome yang baby tak boleh survive after deliver means baby akan meninggal sebaik sahaja lahir..Kalau baby boleh survive dorang akan cesarean aja,tapi if baby tak boleh survive dorang akan induce dan biarkan baby keluar secara normal tapi baby akan meninggal..Dalam mind aja,samada melahir secara cesarean atau normal sama je..Risiko untuk baby meninggal tetap tinggi..

*7months 7days*

Aja taknak buat test air ketuban tuh tapi hubby sebaliknya..So hubby suruh aja tanya umi&ayoh then baru decide samada buat atau tak..Balik tuh aja menangis je..Aja jadi lemah,semua kekuatan yang aja bina dari hari aja tahu baby aja ada problem hilang macam tu je..Bukan tak terima takdir dan perancangan Allah..Tapi aja perlu waktu..Lepas balik Hospital aja ke rumah umi dan tanya umi macam mana..Aja cakap kat umi,"samada cesarean atau normal sama je umi..kalau Allah nak ambil anak aja,aja kena redha kan..maknanya aja tetap kena pantang tanpa ada anak.."..Aja menangis depan umi..Aja kata,"bukan aja tak redha mahupun ikhlas..tapi aja tak boleh bayang macam mana aja nak jadi kuat kalau Allah ambil anak aja lepas 9bulan anak ni dalam perut.."..Umi kata,"banyak bezanya kalau melahirkan secara cesarean atau normal..dari segi penjagaannya dan kalau cesarean,aja tak boleh mengandung dalam tempuh dua tahun..".."anak ini hak Allah..kita ni tak ada kuasa apa-apa..kalau Allah nak beri,kita terima..tapi kalau Allah nak ambil pun kita kena terima..sebab itu hak Dia.."..Aja diam dan angguk bila dengar kata-kata umi,air mata tak berhenti mengalir..InshaAllah,aja cuba terima apapun yang telah direncanakan oleh-NYA..Cuma aja perlu waktu untuk pujuk hati aja..Terima kasih suamiku,umi dan ayah,mak dan abah dan semua adik-adik yang tak pernah berhenti support aja dengan kata-kata semangat..Semua itu kekuatan untuk aja terima ujian-NYA..Petang ni aja akan bawak umi jumpa Dr.Charnjeet untuk dengar penjelasan mengenai prosuder test air ketuban then inshaAllah aja buat test tu..Ok lah,sampai sini dulu coretan aja..Aja mohon doa dari semua..Moga ada kejaiban buat baby aja..InshaAllah..Sampai ketemu lagi..

TC N bUbye 4NOW..



Nota HAILA;Sabar,Ikhlas dan Redha mudah untuk diungkapkan..Namun Ya-Allah hamba mohon terapkan ketiga-tiganya ke hati kerdil hamba-MU ini..Sungguh aku hamba MU yang lemah...:'(

 
blog template by suckmylolly.com