pwincessAJA~M-E-A!~: Harapan..

HAILA!

free page hit counter
online

Tuesday, October 29, 2013

Harapan..

Sebagai hamba-NYA,kita tak boleh berhenti berharap tapi kita juga tidak boleh terlalu berharap..Semenjak Allah wujudkan janin di dalam rahim seorang ibu,ibu itu mula berharap agar anaknya sihat dan sempurna..Semakin membesar kandungannya,semakin tinggi harapan seorang ibu..Sebaik sahaja anaknya dilahirkan didunia,semakin bertambah harapannya..Begitulah seterusnya..Harapan seorang ibu takkan pernah terhenti..


Untuk sekarang,aja tak harap lebih..Aja cuma harap Allah beri yang terbaik..Andai Allah beri peluang untuk anak aja hidup,itulah yang terbaik..Andai Allah ambil anak aja,itu jugalah yang terbaik..Meskipun aja tertanya,mampukah aja hadapi ujian sebesar ini dari Allah?Kuatkah aja?Tapi aja sedar..Allah tak uji aja kerana aja seorang yang kuat..Tapi Allah beri aja ujian untuk aja menjadi seorang yang kuat..Bukankah Allah uji umat-NYA tidak melebihi kemampuan umat-NYA?

Sedang menanti panggilan dari IJN dengan penuh debaran,tak tahu apa keputusannya..Tipu kalau kata hati ini dapat terima dengan ikhlas dan redha tanpa sekelumit rasa sedih..Nak tak nak kena ikhlas dan redha..Sebagai ibu,sedih itu hanya Allah yang tahu..Moga Allah beri yang terbaik..Amin..







 
blog template by suckmylolly.com