pwincessAJA~M-E-A!~

HAILA!

free page hit counter
online

Thursday, October 31, 2013

Muhammad Rayyan Irfan..

Bissmillahirrahmanirrahim..


30.10.2013

Jam dah menunjukkan pukul 1.30am..Aja cuba tidur tapi mata tak dapat lelap walaupun rasa penat sangat dah seharian di IJN a day before..Tambahan breast terasa sakit sebab susu yang belum dipam lagi..Aja buat keputusan untuk pam susu dulu..Dalam 2.30pm aja dah sedia untuk tidur..Sebelum tidur aja berdoa pada Allah.."Kalau Allah nak panjangkan nyawa irfan,sembuhkanlah irfan..Tapi kalau sebaliknya permudahkanlah Ya-Allah dan kuatkanlah aku sebagai hamba-Mu..Namun Ya-Allah,jika kau takdirkan perjuangan anakku sampai disini..Kau berilah kesempatan buat diriku dan suamiku untuk berada disisi anakku saat dia pergi dijemput-Mu.."..Selesai berdoa dalam pukul 3.00am macam tu baru aja lelap..

Jam 3.30am aja dengar bunyi handphone suami aja..Aja tahu itu panggilan dari IJN..Naluri ibu aja mengatakan,sudah sampai masanya untuk anak aja pergi menemui sang penciptanya..Mata terasa basah,hangat pipi dengan air jernih yang mengalir dari mata..Cepat-cepat aja bersiap ke IJN..Umi dan ayoh follow dengan kereta lain..Suami aja drive kereta ayoh..Aja banyakkan istighfar dan doa yang aja share di entry 'Doa,Ikhlas dan redha'..Walaupun air jernih laju mengalir tapi aja tekadkan hati yang aja dah lama redha dan ikhlas dengan semua ketentuan-NYA..

Sampai di IJN,dada aja dah berdebar-debar..Umi dan ayoh parking kan kereta..Suami tolak aja naik wheel chair ke PCICU..Aja dengar bacaan surah yasin berkumandang..Mungkin nurses yang pasang..Semua nurse pun dah duduk berdepan tempat irfan..Aja turun dari wheel chair dan tengok di screen tekanan darah irfan dah tinggal dalam 18..Saat tu aja rasa nak meraung sebab tak semudah itu untuk lepaskan orang yang kita sayang dan orang itu adalah anak kita..Nurse sabarkan aja,aja tahan kesedihan dan tangisan aja..Aja tarik nafas,istighfar dan tak henti-henti sebut Allahuakbar..Terkejut aja tengok muka anak dah tak sembab macam sebelumnya..Dah nampak rupa sebenar anak aja..Comelnya subhanAllah!Aja cakap dekat anak aja,"Assalamualaikum ya ahli syurga!Nanti irfan jumpa kak airien dekat sana ea sayang"..Few minutes later umi n ayoh dtg..Umi peluk aja sambil menangis..Aja masa tu duduk atas kerusi,dah sedikit tenang dan dengan redha serta ikhlas menanti detik malaikat sakratulmaut datang menarik roh anak aja..Tak lama selepas tu aja nampak nadi irfan dah semakin menurun..Waktu tu kepala aja rasa sakit sangat,dada pun sesak..Dari 50++ akhirnya kosong,tepat jam 4.00am tamatlah sudah perjuangan Muhammad Rayyan Irfan..Lepas aja nampak nadi anak aja takda,dada aja rasa lapang sangat..Allah makbulkan doa aja untuk ada disisi anak aja di saat terakhir hayat dia..Aja cium anak aja dan aja cakap,"Muhammad Rayyan Irfan,tunggu ummi dengan abah kat syurga ya sayang"..Aja menangis dan peluk badan umi sambil cakap,"Anak aja tunggu aja dekat syurga kan umi"..Umi cakap ya,suasana waktu tu hanya Allah je yang tahu sedih dia macam mana..Suami aja masa tu tengah buat panggilan..Umi panggil lepas tu bila dia datang dia cakap,"Ya-Allah dah takda?"..Aja peluk badan suami aja,kami sama-sama menangis..Aja kata,"Irfan dah tunggu kita dekat syurga sayang.."

Sementara menanti prosuder dijalankan,aja call kak qis bagitahu anak dah takda..Umi,ayoh dan suami aja pun busy call sedara mara inform pasal ni..Aja masa tu tenang setenangnya..Adala air mata mengalir tapi aja lap lepas tu tarik nafs panjang-panjang dan tak henti-henti doa supaya Allah beri kekuatan yang setimpal dengan apa yang Dia uji..Kemudian doctor kata mungkin dalam pukul 8.00-8.30am baru dapat buat balik jenazah anak sebab machine tuk stopkan battery(pacemaker) bukan di IJN,dari luar dan kena call orang yang uruskan dulu..So kitorang bincang dulu nak balik atau macam mana..Tapi lepas beberapa ketika,doctor kata dah call orang tu dia kata tak perlu matikan pun sebab battery tu takkan function dah dengan tubuh dia..Alhamdulillah Allah permudahkan!Bila siap nurse uruskan jenazah,kami pun dipanggil melihat arwah..Ya-Allah,tenang sangat tengok wajah arwah!Umi kata saling tak tumpah macam aja..Memang muka aja sangat..Nampak macam arwah tengah tidur je sambil tersenyum..Mukanya suci dan polos,indah sungguh rupa ahli syurga-Mu...Aja peluk dan dukung jenazah anak aja..Ya-Allah,Kau beri aku peluang untuk mendukung,memeluk dan mencium anak ku walaupun sekujur tubuh kecil yang tak bernyawa tapi aku dah cukup bersyukur Ya-Allah..

*aja mintak ni dari nurse sebab ada bau anak aja..ini bantal kepala dia..Nurse kata ni IJN punya..Tapi tak sampai hati,nurse bagi jugak dekat aja tanpa cakap apa-apa!:))..Nurses PCICU bagi sumbangan dekat aja..Nurse yang sampaikan tu peluk aja,mintak maaf kalau ada kekurangan sepanjang jaga anak..Dia menangis dan minta aja kuat dan tabah!Disebabkan terlalu sebak dia cepat-cepat pergi dengan tangisan..Terima Kasih nurses PCICU sebab jaga Muhammad Rayyan Irfan bagi pihak aja dengan begitu baik dan sempurna selama 20hari!Aja hargai sangat-sangat!:)*


Wangi sungguh bau ahli syurga-Mu Ya-Allah..Aja rasa sangat tenang..Aja rasa bahagia sebab aja tahu dia dah pergi menemui sang pencipta-NYA!Dah takda wayar-wayar dan jarum yang menyakitkan di seluruh badan arwah!Aja duduk atas wheel chair sambil pangku anak aja hingga ke bilik mayat tapi cuma isi borang kematian,tak ada postmortem atau prosuder lain..Dalam 6.00am++ kami dah boleh pulang untuk uruskan pula urusan mandi dan kebumikan arwah..Sepanjang perjalanan aja dapat dukung dan pangku anak aja,aja cium puas-puas..Sangat wangi dan comeyl ahli syurga-Mu!Mulut aja tak henti-henti tersenyum sebab rasa bahagia sangat tengok anak aja dah tenang macam tu..

Sampai rumah,aja mandi dulu kemudian aja duduk atas kerusi dan tengok anak aja tanpa henti mengukir sekuntum senyuman..Semua yang datang melawat minta aja redha dan sabar..Aja cuma cakap inshaAllah,angguk dan senyum..Aja memang dah redha seredhanya,ikhlas seikhlasnya..Umi busy dengan orang call pastu inform mok B dan ahli keluarga lain..Aja lihat umi tak henti mengalir air mata..Ayoh tak henti-henti mengaji dan aja lihat ayoh beberapa kali menitiskan air mata..Aja pernah tengok suasana macam tu 1year and 5months a go..Saat kehilangan arwah Nur Airien Sofia,cucu pertama mereka..Aja sempat cakap dengan mok B,"Jangan runsing mok..Dia tunggu aja dekat syurga doh mok.."..Air mata aja mengalir dan aja rasa sangat sebak..Umi turut sama menangis dan peluk aja..Aja cari semangat aja dan hapuskan air mata yang mengalir!Aja duduk depan sambil lihat anak aja..Semua yang hadir menitiskan air mata sebab sebak bila lihat betapa sucinya jenazah ahli syurga..Walau jelas terpancar kesedihan diwajah aja tapi aja langsung tak menangis depan orang ramai dan aja tetap tersenyum..Malah aja boleh jawab semua pertanyaan orang..:)..Dalam pukul 8lebih bawak ke surau untuk dimandikan..8.30am start mandi..Ramai sangat yang datang!Umi dan suami aja pegang jenazah arwah,ada ustazah tolong mandikan..Adik ipar aja dan adik-adik aja turut sama tolong..Senang sangat nak mandikan baby yang masih kecil kan..Aja duduk atas kerusi tepi tempat memandikan sambil tersenyum..Dari saat mandikan,kapankan aja masih mampu tersenyum walaupun aja lihat suami aja dah tak mampu bendung air mata..Aja masih kuatkan hati..Tapi saat jenazah nak disolatkan aja rasa sebak sangat sebab aja tahu itulah kali terakhir aja akan tengok anak aja didunia ini..Aja peluk encah sambil menangis tapi untuk seketika sahaja..

Sebelum disembahyangkan,aja cium anak aja puas-puas dan tak henti-henti aja cakap,"Tunggu ummi dan abah di syurga ya anak ummi sayang"..Lepas tu adala air mata jatuh membasahi pipi tapi lepas tu aja tenang balik..Saat nak dibawah kebumi ketanah perkuburan adala makcik yang tak bagi aja pergi sebab risau la aja tak kuat takut tak dapat terima kenyataan kang pengsan dekat sana..Aja rasa annoying pulak bila sampai kata kalau ada iman takpe..Dah kenape pulak kan?Selama ni aku ni orang tak beriman ke?Aku hidup dengan bertuhankan Allah kot..Tapi aja tepis la rasa tak selesa tuh dan buat tak tahu je,umi ayoh kata ikut jela sebab mereka tahu aja kuat!Sampai dekat tanah perkuburan tuh,ayoh cakap,"Muhammad Rayyan Irfan,dah sampai dah kat tempat irfan..Tak sempat Tok Ayoh bawak irfan nail motor..Takda rezeki"..Aja tengok ada air jernih yang mengalir membasahi pipi ayoh..Umi pun cakap,"Tak sempat Tok Umi gendong irfan buat jalan.."..Ya-Allah,sebak sangat suasana masa tu..Aja senyum,terasa ada air jernih hangat membasahi pipi..Aja seka air mata yang mengalir dengan semangat yang kuat ingin menghantar anak aja ketempatnya..Urusan nak kebumikan pun mudah sangat!9.30am suami aja angkat anak untuk dimasukkan kedalam liang lahad,aja masih tak berhenti senyum..Kalau lah orang lain dapat baca hati aja,orang pasti akan turut sama tenang sebab jiwa dan minda aja memang rasa tenang sangat sampai aja takda menangis sangat!Berbeza masa arwah airien dulu..Cuma bila imam baca talkin aja adala menangis,sedangkan imam sendiri terhenti dari baca talkin sebab terlalu sebak sampai menitis air mata..Syahdu sangat suasana,lain rasanya kita kebumikan orang dewasa dengan baby..Baby ni putih suci tanpa secalit dosa pun..






Selesai urusan,aja pandang ke langit dan ucap syukur serta terima kasih sangat dekat Allah sebab beri aja kekuatan yang luar biasa..Beri aja dada,jiwa dan minda yang lapang untuk redha dan ikhlas..Indah sungguh perasaan redha dan ikhlas tuh..Aja berjalan ke kereta sambil umi peluk bahu aja..Umi kata,"Im so proud of you!Aja ummi yang kuat!"..Aja jadi sebak..Air mata aja mengalir dan aja kata dekat umi,"Allah tak beri ujian ni sebab aja kuat umi..tapi Allah uji aja sebab Allah nak aja kuat!"..Umi angguk tersenyum beserta air mata yang dari tadi tak henti membasahi pipi..Alhamdulillah..Syukur kehadrat illahi yang mempermudahkan semuanya!Allahuakbar!



Aja bersyukur dengan ketenangan yang Allah berikan..Allah beri aja kekuatan yang aja tak sangka-sangka..Aja tak banyak menangis,aja senyum sahaja..Sampai semua orang jadi risau takut aja tak kuat..Ya-Allah,memang aja rasa annoying sangat!Aja tahu semua risaukan aja..Tapi cuba faham apa yang tengah aja lalui..Aja tak menangis bukan bermakna aja tak sedih dan bukan bermakna aja pura-pura kuat!Tapi Allah mudahkan perasaan aja dengan beri ketenangan dan kekuatan untuk hadapi ujian-NYA..Aja tak faham kenapa semua mintak aja redha dengan apa yang terjadi dan biarkan anak pergi dengan tenang..Mereka cakap seolah-olah aja tak redha dengan ketentuan-NYA!Cuba fikir,Allah takkan ambil anak aja selagi aja sebagai ibu tak redha dan ikhlaskan dia untuk pergi..Pernah ingat sebelum ni aja pernah kata aja tak cukup kuat nak lepaskan anak aja lagi..Jadi Allah tak ambil lagi dia..Tapi sekarang Allah tahu aja dah sangat redha dan ikhlas nak lepaskan anak aja,maka Dia ambil anak aja..Normal la kalau sesekali aja menangis,anak aja yang meninggal kan..Lagipun bukan aja meratapi..

*kain ni ada bau arwah,dapat guna sebagai pelepas rindu..:)..Ada beberapa pasang sarung tangan n kaki yang tak basuh lagi..nak cium dulu puas-puas baru basuh nanti..:)"


Jangan tanya soal sedih..Sedih yang aja rasa hanya Allah yang tahu..Aja yang mengandungkan anak tu,he is a part of me!Selama 9bulan,aja rasa kehadiran dia dalam diri aja..Tak semudah yang kita sangka untuk hadapi semua ini..Tapi aja percaya Allah sentiasa beri yang terbaik untuk umat-NYA dan Allah takkan uji umat-NYA kalau Allah rasa umat-NYA itu tak mampu..Ujian ni ada dua sahaja,samada makin menjadikan kita sesat sebab tak dapat terima qadha dan qadar-NYA atau menjadikan kita lebih dekat pada-NYA sebab redha dan ikhlas dengan qadha dan qadar-NYA..Kita pilih kita nak yang mana..:)

Aja rasa bangga dengan anak aja sebab dia seorang anak yang sangat kuat!9bulan dia berjuang untuk hidup di dalam rahim aja dan 20hari dia berjuang di dunia ini!Tapi Allah dah tetapkan perjuangan dan perjalanan dia cukup sampai situ..Allah tahu kalau dia teruskan,hanya makin buat dia terseksa dan belum tentu aja sebagai ummi dia mampu jaga dia dengan baik serta sempurna dalam keadaan dia sakit..Jadi Allah ambil dia dan Allah beri malaikat jaga dia bagi pihak aja dan suami..Apabila sampai masanya nanti dia akan nanti aja dan suami dipintu syurga dan kami akan ada peluang jaga dia dekat syurga yang takda pengakhirannya!Apa rupa dan keadaan dia masa meninggal,itulah yang aja dan suami akan jumpa di akhirat kelak!SubhanAllah!Besar sungguh kuasa Allah!Tak terhingga syafaat yang Allah beri buat umat-NYA..Walau Dia ambil anak aja namun Dia beri aja dan suami tiket ke syurga!Aja dan suami dah ada saham akhirat!Itu yang aja tanam dalam hati dan minda,itulah yany membuatkan aja kuat semangat!Nothing to sad on..La Tah Zan..:))

Begitu panjang kisah yang aja coretkan..Kalau ada yang membaca apa yang aja taip ni dan di uji Allah sebagaimana Allah uji aja,suami dan keluarga..Aja nak pesan,jangan bersedih..Syurga jualah tempat anak kita..Dia sedang menanti kita disana iaitu syurga yang kekal abadi..Tak semua orang bertuah dipilih oleh Allah untuk terima ujian ini..Umi kata,"Aja dengan kakak dah ada tiket untuk ke syurga..Umi yang anak 8 ni belum tentu masuk syurga"..Aja tersenyum dan kata,"Umi dan ayoh jangan risau..Kami berlapan ni akan doakan umi dan ayoh!"..Boleh jadi juga Airien dan Irfan tarik Tok Umi dan Tok Ayoh dia untuk sama-sama masuk syurga!:))..Mesti Airien dengan irfan dah berjumpa..Menanti kedua ibu bapanya untuk sama-sama masuk syurga!SubhanAllah!!!Allahuakbar!!:))

Terima kasih untuk doa dan semangat!Terima kasih buat yang sudi baca luahan rasa dan hati aja selama ni!Doakan aja mudah dapat pengganti di masa akan datang!Amin..

Wednesday, October 30, 2013

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..

Alhamdulillah..Genap 20hari hayat hidup anak aja..Jam 4am anak aja,'Muhammad Rayyan Irfan' telah pergi dijemput sang penciptanya..Selamat dikebumikan jam 9.30am..Allah permudahkan semuanya..Tipu kalau tak sedih..Tapi Allah beri aja kekuatan yang luar biasa..Aja pangku jenazah baby aja,aja lihat jenazah dimandikan,dikapankan dan dikebumikan..Aja ukirkan senyuman yang bermakna dan tak lekang ucapan syukur pada-NYA..Sesekali ada air jernih membasahi pipi..Tapi ketenangan jiwa yang Allah beri tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..I am strong coz Allah gave it to me..Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA jualah kita kembali..Allah hanya akan menguji hamba-NYA mengikut kemampuan umat-NYA..There's nothing to sad  on coz I know he's waiting for us..Di Syurga sana..InshaAllah..Allah ambil orang yang kita sayang tapi Allah beri kita rahmat dan hidayah yang begitu besar iaitu tiket ke syurganya..Alhamdulillah!Allahuakbar!Will story more later..Tqsm for the doa n wishes!:)






Doa,Sabar,Redha dan Ikhlas..

Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin,tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi..Ada dalam satu hadis menyebut ada 3orang yang Allah takkan tolak doanya..Pertama,doa seorang musafir..Kedua,doa seorang peminpin yang adil dan yang ketiga,doa seorang emak..(orang yang teraniaya pun doanya takan ditolak,dalam hadis lain)..Dan apabila seseorang itu ditimpa musibah,Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya ditambahkan dengan doa “Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa” (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) [HR Muslim].


Tazkirah daripada seorang ustaz IJN..Alhamdulillah aja rasa lebih tenang dan bersemangat lepas dengar apa yang ustaz perkatakan..Bukan calang-calang orang yang Allah akan uji..Hanya orang-orang yang terpilih oleh-NYA sahaja akan diuji..Alhamdulillah aja bersyukur dengan ujian-NYA..Aja rasa tak pernah aja persoalkan sekalipun kenapa aku yang Dia pilih..Sebab aja tahu ada hikmah disebalik setiap sesuatu..Aja hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak aja,aja,hubby dan ahli keluarga aja..Yang terbaik pastinya dari Dia..

Sabar,redha dan ikhlas..Semua orang pesan macam tu pada aja..Iyer aja tahu..Semenjak kandungan aja menginjak ke 5bulan dan aja dapat tahu anak aja tak sihat macam bayi lain aja dah terima dengan redha dan ikhlas..Dan dari awal doctor kata kemungkinan baby meninggal dalam perut adalah sangat tinggi pun aja dah redha dan ikhlas untuk lepaskan anak aja pada-NYA..Tapi berkat doa seorang ibu yang tak pernah putus serta berkat semangat juang anak aja yang tinggi,genap 36weeks baby aja lahir kedunia ini dengan izin-NYA..Meskipun aja tak berpeluang jumpa anak aja saat dia dilahirkan..Aja tetap redha dan ikhlas..Bila lihat keadaan anak di IJN yang dipenuhi dengan wayar-wayar dan badan anak ditebuk sana sini..Perit hati nak terima tapi apa aja boleh buat selain redha dan ikhlas..

Saat doctor sampaikan yang mereka dah sehabis maksimum cuba selamatkan baby aja tapi usaha mereka gagal..Doctor mohon maaf sebab tak berjaya dalam usaha mereka..Doctor dah off kan ubat satu demi satu,tekanan darah makin menurun..Anak aja dah tenat..Aja masih juga terima dengan redha dan ikhlas..Jangan cakap pasal redha dan ikhlas sebab aja lebih tahu hati aja..But as a mother,I feels the pain the most..Im the one yang carry my son for 9months!Normal lah kalau anaknya sedang tenat dan sebagai seorang ibu tak mampu bendung air mata dan tahan kesedihannya..What do you expect from me?Senyum dan gembira baru menunjukkan redha dan ikhlasnya aja untuk terima anak aja sedang tenat?

Aja tak tahu macam mana nak express feelings aja toward others..Dalam keadaan macam ni,aja tak rasa nak bercakap dengan lebih ramah dan tak rasa nak jawab apa-apa pertanyaan..Minda aja tak boleh nak rangka apa ayat yang sesuai pun untuk aja ungkapkan..Jadi aja banyak diam..I know everyone is worried about me..But please give me some space and time..You have know idea what Ive been through..This is definitely one of the hardest time in my life..

Terima kasih Allah sebab jadikan aku insan yang terpilih untuk menerima ujian-Mu..Terima kasih anak ummi sebab cukup kuat semangat berjuang demi ummi dan abah dengan izin-NYA juga..Terima kasih suami ku sebab terus kuat di sisi isterimu..Terima kasih umi,ayah,mak,abah dan adik beradik ku di atas sokongan yang tak berbelah bahagi..Tanpa kalian pasti aja tak mampu harungi semua ini..Selagi Allah belum ambil 'Muhammad Rayyan Irfan' kita,selagi tu kita masih ada harapan..Kuasa Allah tak siapa yang tahu..Dia lebih mengetahui..Mana tahu ada kejaiban yang bakal terjadi..Doa dan terus berdoa..Namun jika Dia menentukan sebaliknya,kita semua memang dah bersedia untuk itu..InshaAllah..Rabbi yasir wala tu'asir,Rabbi tammin bi khair..










Tuesday, October 29, 2013

Harapan..

Sebagai hamba-NYA,kita tak boleh berhenti berharap tapi kita juga tidak boleh terlalu berharap..Semenjak Allah wujudkan janin di dalam rahim seorang ibu,ibu itu mula berharap agar anaknya sihat dan sempurna..Semakin membesar kandungannya,semakin tinggi harapan seorang ibu..Sebaik sahaja anaknya dilahirkan didunia,semakin bertambah harapannya..Begitulah seterusnya..Harapan seorang ibu takkan pernah terhenti..


Untuk sekarang,aja tak harap lebih..Aja cuma harap Allah beri yang terbaik..Andai Allah beri peluang untuk anak aja hidup,itulah yang terbaik..Andai Allah ambil anak aja,itu jugalah yang terbaik..Meskipun aja tertanya,mampukah aja hadapi ujian sebesar ini dari Allah?Kuatkah aja?Tapi aja sedar..Allah tak uji aja kerana aja seorang yang kuat..Tapi Allah beri aja ujian untuk aja menjadi seorang yang kuat..Bukankah Allah uji umat-NYA tidak melebihi kemampuan umat-NYA?

Sedang menanti panggilan dari IJN dengan penuh debaran,tak tahu apa keputusannya..Tipu kalau kata hati ini dapat terima dengan ikhlas dan redha tanpa sekelumit rasa sedih..Nak tak nak kena ikhlas dan redha..Sebagai ibu,sedih itu hanya Allah yang tahu..Moga Allah beri yang terbaik..Amin..







 
blog template by suckmylolly.com