pwincessAJA~M-E-A!~: ♥APPLE DALAM KENANGAN♥

HAILA!

free page hit counter
online

Monday, June 8, 2009

♥APPLE DALAM KENANGAN♥



~RENTAK HATI~



Salam,Oya guys!Huwm.Tak sampai sebulan 'hagira' pergi meninggalkan aja dan keluarga.Tak sampai seminggu 'apple' dalam jagaan aja...Siapa sangka,aja cuma diberi kesempatan selama 4hari untuk merawat seekor kucing jalanan... Kucing yang aja+fiza kutip bedekatan dengan UNITAR...Agaknye,kalo jumpe anak kucing yang nampak lemah.Mesti aja+fiza akan kutip.Teruk sangat ke kutip kucing jalanan?Kotor or jijik sangat ker?Bile aja buat balik 'apple',wamai kate mesti pasneh biler aja dah ade uma sendiwi,semua kucing jalanan aja akan kutip.Well,aja pom wase camtu la kowt.Suka untuk aja ingatkan...Kucing neh antara haiwan yang disayangi oleh Nabi Muhammad S.A.W...Jadi tak salah kita berbuat baik kepada haiwan,tak kisah la haiwan ape2 pun.Kalau ade diantara anda taw kisah zaman dahulu.Ada seorang wanita neh,die pelacur.Tapi die telah dipilih oleh ALLAH S.W.T sebagai salah seorang ahli syurga.Kenapa?Cuma untuk 1kebaikan...Die telah memberi minum pada seekor anjing yang sedang kehausan dengan menggunakan kasutnya.Manakala ade seorang wanita ini sangat kuat beribadat kepada ALLAH S.W.T tapi die telah dipilih oleh ALLAH S.W.T sebagai salah seorang ahli neraka.Kenapa?Cuma kerana 1kejahatan...Die telah mengurung seeokor kucing.Kucing itu yang kelaparan tidak dapat keluar untuk mencari makanan sehingga kucing itu menemui ajal.Cuba kita ambil ikhtibar dari kisah itu. Itu baru menolong haiwan,apetah lagi jika kita menolong sesama kita,manusia.Besarnya pahala kita menolong makhluk ALLAH S.W.T yang dalam kesusahan...Kita mungkin tak dapat balasan di dunia,tapi ingat...Di akhirat kelak,kebaikan itu akan datang menolong kita...Insyallah...Aja mukan cuba menunjukkan betapa baiknya diwi aja.Tapi aja berkongsi perkara yang aja taw.


Dari seorang yang begitu takutkan kucing,aja jadi seorang yang begitu menyayangi makhluk ALLAH S.W.T itu...Jujur aja katakan,aja tak pernah terfikir aja akan jadi seorang pencinta kucing...'Apple'...Kucing jalanan yang aja baru pertama kali jumpa.Tapi hati aja cukup sayu melihat pandangan matanya yang kelihatan sangat lemah.Dalam beberapa saat aja telah mula menyayangi 'apple'.Diberi peluang menjaga 'Apple' selama beberapa hari ini benar2 membuatkan aja bahagia.'Apple' sama seperti arwah 'hagira'...Cukup manja dan gemar tidur.Perangainya memang saling tak tumpah seperti arwah 'hagira'...Saat itu,hati aja mengucapkan syukur kepada ALLAH S.W.T...Aja kehilangan seekor kucing...Tapi ALLAH S.W.T gantikan 3ekor kucing sebagai pengganti arwah 'hagira'.Setiap seekor ada sifat2 'hagira'...Cuma arwah 'hagira' tetap yang terbaik buat kami sekeluarga...Aja sangka 'Apple' bakal menjadi pengganti arwah 'hagira' yang terbaik.Tapi siapa sangka...Ajal maut itu ditangan TUHAN...Aja sebagai hamba-NYA harus redha dan pasrah dengan ketentuan qadaq&qadha.Mungkin memang sudah sampai ajal 'Apple'...Maka aja memang harus merelakannya...Demi ALLAH...Aja memang benar2 merelakannya...

On friday(050609)
malam tuh puas aja cari 'Apple'...Tapi tetap tak jumpe,hati macam tak sedap...Buat tataw je.Aja tidur agak lewat.Dalam hati tertanya2 mana 'Apple'.Demi sedapkan hati,aja kate 'Apple' tetap akan balik nanT...

On Saturday(060609)
awal pagi umi kata amin jumpa 'Apple' depan rumah...Keadaan 'apple' teruk sangat.Tapi aja tak larat nak mangun tuk tengok 'Apple'.Around 11am baru aja kuatkan diwi tuk mangun.Aja tengok 'Apple'...Terbaring lesu,sangat2 tidak bermaya.Bau 'Apple' busuk sangat2.Luka+lebam diseluruh badan 'Apple' jelas kelihatan(tataw samade die begado dengan kucing2 or kena serang dengan anjing.wasenye kena sewang ngan anjing...luka dalam sangat...).Menitik air mata aja lihat keadaan 'Apple'...Tapi aja bangga sebab 'Apple' tabah...Aja bersiap2 tuk keluar sebab dah janji dengan adik2+adik2 spupu tuk tengok movie kat S'layang Capital.Tapi bewat sangat hati nak tinggalkan 'Apple' camtuh je...Jadi lepas besiap aja makan skit then tewos aja uruskan 'Apple'.Aja perisikan ikan N gaul dengan nasi nak bagi 'Apple' makan.Tapi 'Apple' langsung tak larat nak makan.Jadi aja kasi 'Apple' vitamin kucing and sedikit air.Lepas tuh terus aja bawak 'Apple' ke sinki belakang.Aja bersihkan luka 'Apple' dengan Dettol...Menangis aja masa bersihkan 'Apple' tuh...Terseksa sangat aja tengok die...Lepas dah bersihkan tuh,aja peluk 'Apple' dengan towel.Aja keringkan bulu2 die.sapukan ubat kat luka2 die.YA-ALLAH...sebak sungguh hati tengok die mengiau2 kesakitan...Air mata aja laju je mengalir.Disebakan dah berjanji,so aja terpaksa jugak tinggalkan 'Apple'.Aja letak die dalam bakul...Seharian berjalan.Memang penat...Balik malam tuh.Aja cari 'Apple' tapi tak jumpe.Wase wisau sangat tapi umi kate die tak keluar sebab pintu semua tutup.Iyah jumpa 'Apple' dalam bilik lame aja.Lemahnya 'Apple'...Aja suwoh encah bancuhkan susu.Aja suakan susu ke mulut 'Apple' guna sudu kecil.Alhamdulillah 'Apple' jilat susu tuh walaupun nampak sangat terpaksa...Lepas minum susu die nampak segar sikit.Aja sapu ubat,die mengiau2 kesakitan.Hati aja jadi sebak.Tapi aja takmo nangis so aja kuatkan hati.Aja jaga die sampai pukul 4am,aja dodoi+riba 'Apple'.Then biler nak tido baru aja letak dalam bakul N tutup bakul tuh atas box serta tutup sikit bakul tuh dengan towel.

On sunday(070609)
'Apple' nampak sihat compare to yesterday.Aja kasi 'Apple' susu,die jilat sikit je.Hati aja sedikit bersyukur tengok keadaan 'Apple'...Lepas sapu ubat dekat luka2 'Apple',aja siap2 tuk keluar...Petang tuh around 3.30pm aja cari 'Apple' tapi tak jumpa.Aja bukak pintu depan...YA-ALLAH!'Apple' terbaring lesu!Mulut 'Apple' ade pasir.Aja gelabah sangat dat time!Aja suwoh amin amek bakul,aja nak letak 'Apple' dalam bakul.Aja suwoh encah bancuh susu,aja nak kasi 'Apple' ade tenaga sikit.'Aja macam orang tak tentu arah tengok keadaan 'Apple'.'Apple' cuba untuk bangun beberapa kali tapi akhirnya die tetap jatuh.Tapi die tetap tak berhenti mencuba.Die langsung tak boleh berjalan.Lemah sangat...'Apple' dah macam kena sawan,kate encah...Aja tak terkata ape2...Aja terbayang arwah 'hagira'...Agaknya begini la keadaan arwah 'hagira' lepas kena langgar tuh...'Apple' memang dah teruk sangat...Aja tataw nak buat apa.Air mata aja laju je mengalir.Aja tak peduli dah adik2+adik2 spupu yang duk keliling tepi aja.Aja macam orang hilang arah bila tengok keadaan 'Apple' yang sedang nazak.Bila umi+ayoh balik dari kenduri.Ayoh kate 'Apple' memang tak dapat diselamatkan.Doc pom tak boley buat ape2.Luka die dalam sangat2.Bulu roma aja meremang...Aja diam...Air mata megalir dengan deras sekali...Ayoh bacakan Al-Fatihah...Aja baca jugak dalam hati.Sambil tuh aja rekod video saat terakhir 'Apple'...'Apple' bukan milik aja seorang,tapi fiza dan budak2 rumah aja jugak.Jadi aja nak simpan kenangan buat mereka.Di minit2 terakhir aja rekod video tuh.Aja doa dalam hati..."YA-ALLAH...Jika memang telah tersurat yang die bukan milik ku lagi.Ak redha YA-ALLAH...Dari dibiarkan die terus terseksa menanggung kesakitan...Maka,ambillah nyawa makhluk-MU yang lemah ini...Ak merelakan kepergiaanya YA-ALLAH...Tolonglah YA-ALLAH...Ak mohon pada-MU...Tamatkanlah penderitaan makhluk ciptaan MU ini..."...Dan selang beberapa minit selepas itu...'Apple' yang sedang nazak,menghembuskan nafasnya.Maka pergilah 'Apple' dari dunia ini buat selama2nya.Saat itu aja cuba kuatkan hati untuk terima kenyataan yang 'Apple' dah pergi meninggalkan aja...Aja meraung sekejap bila aja tersedar yang aja sedang merenung sekujur tubuh 'Apple' yang sudah tak bernyawa...Umi kata dah ketentuan ALLAH S.W.T...Aja taw,aja redha...Aja terima...Aja call fiza,tapi tak dapat nak bercakap.Hanya sedu2an kedengaran...Akhirnya aja katakan juga..."Fiza...'Apple' dah takda..."...Lepas tuh sepatah pun aja tak dapat cakap.Aja menangis je.Semua yang ada tak dapat cakap apa2.Aja tak peduli sesiapa pun,menangis macam orang tak betul.Tapi alhamdulillah aja waras lagi.Aja relakskan diwi then aja besiap2 tuk ke rumah sepupu aja kat Bukit Antarabangsa tengok kakak umi yang juga merangkap makcik aja nak buat Umrah.Berangkat esok,esok memasing busy so takley anto...Weols pergi 2kereta.Aja drive kereta umi,Ayoh drive kereta Ayoh.Aja cuba ceriakan diwi sendiwi walaupun sebenarnya hati sangat2 sedey.Dahla mengadap jem,betol2 rase cam stress amat so keje memang nak mawah jew la.hu3.>.<.Arwah 'Apple' masih tak dikebumikan lagi after die mati sebab nak ke rumah spupu aja dah.Ayoh kebumikan selepas maghrib.Aja tak balik lagi sebab lepas ke rumah sepupu aja tuh,weols makan kat Danau Kota then aja ke Giant sebab k.yah nak beli barang.Sampai uma dah dekat kol 9pm.Iyah+Ira kata 'Apple' dah dikebumikan...Aja cuma angguk...Taknak pK ape2...Nanti aja upload pics+video saat terakhir 'Apple'.Now nak rest.Sangat penat...Huwm...Seriously cakap,aja sangat tak suka menanges depan orang.Tapi bila kes macam neh.Memang menanges cam orang hilang anak.Tak pedulik dah ape2 pom...haish...Ok lah...Mate pom dah mengkak amat...So...

TC N bUbye 4NOW.


Nota HAILA;Later2 aja edit balik.Nak tambah pape cite yang tertinggal,nak betol kan ayat yang tunggang terbalek+cam tah pape+typo sane cneh.Otak aja sangat weng2.hu3.=(((






Lots of lurv,
aja

 
blog template by suckmylolly.com