pwincessAJA~M-E-A!~: ICU.

HAILA!

free page hit counter
online

Friday, May 4, 2012

ICU.

Salam..Ya-Allah..Aja harap sangat aja dapat taip berita yang menggembirakan mengenai airien's condition..But sadly i have no good news to be tell..Yesterday as usual aja ke hospital,agak lewat dari biasa..Sebelum tuh abe zan dah call cakap keadaan airien semakin teruk.Doctor nak masukkan airien ke ICU..Ya-Allah..Langsung tak dapat fikir apa-apa..Sampai je kat atas,tengok mata airien pejam tapi dia meronta-ronta dan menangis tanpa air mata..Airien tak sedar apa-apa.Doctor cakap itu peringkat ketiga.Walhal sehari sebelum tuh airien macam dah bertambah baik..Tapi kuasa Allah yang menentukan segala-galanya.Bila aja tiba,k.qis terus menangis bila aja pandang mata k.qis.Ya-Allah,dah tak tertanggung derita si ibu..Aja sebak,air mata tanpa segan silu mengalir.Aja puas panggil nama airien,langsung si kecil tuh tak menyahut.Dia hanya menangis dan meronta-ronta.Sementara menunggu katil di ICU disediakan,aja dan abe zan baca yasin.Air mata jadi peneman setia.K.qis dakap airien sambil baca selawat syifaa dan air mata tak berhenti mengalir..


Selepas beberapa ketika,doctor datang dan segera bawa airien ke ICU.Waktu tuh airien dah bertukar ke dakapan abah dia.Dengan abe zan atas katil cuba tenangkan airien,nurses usung katil lalu lift kecemasan bawa airien ke ICU.Ya-Allah,dengan suasana kelam kelibut dan sayunya.Hanya Allah mengerti apa yang kami rasa.Sebak bila abe zan menangis teresak-esak sambil pangku airien yang tidur kepenatan barangkali.Aja follow sebelah k.qis,Ya-Allah..K.qis menangis teresak-esak.Aja tak dapat tahan sebak,air mata mengalir macam hujan..Perasaan ketika itu memang tak dapat digambarkan.Suasana memang cemas dan pilu sangat!


Dalam fikiran cuma airien..Doctor cakap cuma ada cara terakhir je dapat dia lakukan iaitu transplant(pembedahan tukar hati)..Tapi kami sekeluarga seboleh-bolehnya tak mahu pembedahan dilakukan sebab risiko sangat tinggi dan percentage untuk airien sihat cuma 20%!Langsung tak menjanjikan apa-apa kebaikan buat airien!:(..Ya-Allah,airien dibius..Diberi bantuan pernafasan..Badan si kecil itu dimasukkan tiub dan penuh dengan wayar di seluruh tubuhnya..Ya-Allah,lemahnya hamba-MU ini tatkala diberi ujian dari-MU...Hanya doa yang mampu ku beri buat airien..Mohon sahabat semua doa untuk airien..Hari ini masih sama melainkan bacaan darahnya kelihatan membaik..Tadi aja tengok muka airien sembab,mungkin sebab dah berbotol-botol air masuk dalam badan airien.Aja lemah,tak berjaya menahan sebak didada..Air mata menitis tatkala melihat si kecil yang selalunya cergas dan aktif.Yang sering memeluk dan mencium cik Ja nya.Tapi kini hanya terbaring dam tak mampu nak celikkan mata pun.Ya-Allah..Kuatkan dan tabahkanlah hati kami sekeluarga.Meskipun berat sungguh untuk ku terima ujian-MU ini.Namun aku redha kerna ENGKAU mengetahui hikmah disebalik semua ini.Doakan airien..Ya-Allah,sembuhkanlah airien..Hanya pada-MU kami memohon dan meminta..Berikanlah keajaiban kepada airien.Amin Yarabbal Alamin.....



Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com