pwincessAJA~M-E-A!~: AL-FATIHAH NUR AIRIEN SOFIA BT MOHD FAKHZAN

HAILA!

free page hit counter
online

Friday, May 11, 2012

AL-FATIHAH NUR AIRIEN SOFIA BT MOHD FAKHZAN

Salam..Ya-Allah,tak tahu dari mana nak mula kan entry ini..Tabahkan hati ku untuk menaip Ya-Allah..First of all,aja nak ucapkan ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah mendoakan kesembuhan buat anak buah aja Nur Airien Sofia..Setelah sebelas hari berada di Hospital Selayang,6hari di dalam wad biasa dan 5hari di dalam ICU,Isnin lepas,7hb Mei 2012 tepat jam 11.10pm,Nur Airien Sofia(1tahun 8bulan) telah pergi meninggalkan kami semua dan Alhamdulillah,arwah telah selamat dikebumikan di Pasir Puteh Kelantan sekitar jam 11.00am pada 8hb Mei 2012..Insyallah akan aja cerita apa yang telah berlaku secara lebih details.Cuma buat masa ini belum ada kekuatan diri.Masih berusaha untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran arwah.

*Indah sungguh raut wajah ahli syurga-MU ini Ya-Allah..*


Ya-Allah,telah KAU janjikan syurga buat arwah Nur Airien Sofia,bahagianya arwah di sana sebagai ahli syurga-MU..Arwah sedang menanti kedua ibubapanya di pintu syurga..Bahagia juga kedua ibubapanya..Sungguh aku amat merindui ahli syurga-MU itu..Tapi hati ini redha dan ikhlas dengan kententuan-MU meskipun berat sungguh ujian dari-MU ini untuk ku terima.Tapi tidak kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima dan tempuhi..Ya-Allah,tabahkan hati kami sekeluarga.Sungguh besar kehilangan arwah buat kami.Semua orang merasa kehilangan.Kami semua sangat-sangat menyayangi arwah,tapi ENGKAU lebih menyayangi arwah..Tiada satu pun kenangan pahit antara kami dan arwah.Sepanjang hayat arwah,arwah sentiasa menceriakan kami semua.Memberikan kami gelak tawa dan senyum tanpa henti.Syukran Ya-Allah kerana telah memberi kami peluang untuk hidup bersama ahli syurga-MU itu meskipun untuk tempoh yang tidak terlalu lama.Tapi kehadiran arwah dalam hidup kami selama 20bulan adalah sangat sangat bermakna..
Sweet Memory,NUR AIRIEN SOFIA,28hb August 2010-07hb May 2012..:))




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com