pwincessAJA~M-E-A!~: A week already..:)

HAILA!

free page hit counter
online

Monday, November 4, 2013

A week already..:)


Alhamdulillah seminggu dah arwah Muhammad Rayyan Irfan pergi menemui sang penciptanya..Aja bersyukur dengan sokongan suami,keluarga dan sahabat handai yang tak pernah kurang untuk buat hati aja rasa sepi..Terima kasih sangat-sangat dekat suami dan keluarga aja yang begitu ambil berat dan risaukan diri aja..Kata-kata semangat yang tak pernah putus buat diri aja..Sahabat-sahabat yang tak pernah lupa bertanya khabar akan keadaan diri ini..Rakan-rakan blogger yang memberi comment bagi menguatkan semangat aja..Syukur Ya-Allah!Sebab aja dikelilingi oleh orang-orang yang sayang aja,ada dengan aja di saat-saat aja ditimpa musibah..Ya-Allah,nikmat mana yang mahu aku dustakan?

Aja hanya mampu tersenyum bila ada sahabat-sahabat aja yang call ucapkan takziah selepas beberapa hari arwah pergi..Mereka tak call awal-awal..Sebabnya mereka takut aja masih bersedih dan tak nak buat aja makin sedih..Ya-Allah,prihatinnya sahabat-sahabat aja!Oh yea,Thanks aida for the post dekat blog aida!Aja dah baca..:)


Kalau tanya soal sedih,memang masih sedih..Cuma aja tak terlalu bersedih sebab dari awal aja dah kuatkan hati aja untuk terima takdir yang telah Dia tentukan..Aja fikir satu je,'Anak aja dah bahagia dekat sana,inshaAllah aja akan jumpa dia dekat sana dengan izin-NYA'..Aja pun sentiasa doa pada Allah supaya kuat kan hati dan semangat aja hari demi hari..Anak itu hak Allah,Dia nak beri atau ambil semuanya hak Dia..Suatu hari nanti kita pun akan dijemput oleh-Nya..Cuma bila dan bagaimana kita tak tahu..Semua itu rahsia Allah..:)








 
blog template by suckmylolly.com