pwincessAJA~M-E-A!~: ♥BERSAHABAT KERANA ALLAH♥

HAILA!

free page hit counter
online

Tuesday, January 18, 2011

♥BERSAHABAT KERANA ALLAH♥


Salam,Oya guys!Haila!Wujudnya N3 ini selepas on da phone dengan encah,adik aja yang jauh nun dikelantan..Seorang adik punya masalah yang tak cukup rumit tapi masih dikategorikan sebagai rumit sebab melibatkan ramai hati..Bila apa-apa perkara yang melibatkan hati,pasti ia terasa sukar..
Khas buat adik ku,Encah..:)))

*pakcik+pok jak,sorry kaburkan muka korang!ngeee.;)))*

Sebagai seorang kakak,aja cuba jadi pendengar yang setia.Aja pernah lalui situasi yang encah lalui,cuma situasi aja sedikit berbeza..Aja lepaskan orang yang aja cinta sebab aja cuba untuk jadi hamba-NYA yang lebih baik.Cuba mencintai-NYA lebih dari apa-apa pun..Encah pula lepaskan sahabat-sahabat lelaki yang disayangi seperti adik beradik,atas niat yang sama seperti aja..Sesetengah orang kata,tak salah untuk bersahabat dengan lelaki.Aja pun pernah berfikir begitu..Sekadar bersahabat bukan?Tidak berpegangan tangan pun?Tidak keluar ditempat sunyi berdua-duaan bukan?Tidak mengucapkan kata-kata yang mampu melalaikan hati pun.Macam-macam lagi alasan yang boley diberi.Memang tak pernah salah untuk bersahabat dengan lelaki.Tapi dalam Islam,ada batas antara lelaki dan wanita.Jangan pernah mengubah hukum..


Aja tak terlalu pandai untuk berbicara soal batas pergaulan lelaki dan wanita dari perspektif Islam..Sebab aja pun masih jahil,masih banyak yang perlu diperlajari.Tapi apa yang aja tahu,aja akan cuba share.Dalam Islam memang tak larang umat nya untuk mencintai sesama sendiri.Tapi perlu ada batasnya.Walaupun kadang-kadang kita keluar berduan dengan lelaki yang merupakan sahabat kita,di tempat awam yang dipenuhi dengan orang ramai,tidak berpegangan tangan dan hanya berborak-borak serta minum sahaja.Kita rasa itu biasa sahaja.Tapi sebenarnya tidak,itu sudah di kira berdosa.Kenapa?Sebab bila kita dengan lelaki bukan muhrim,duduk berdua-duaan di khalayak ramai,itu boley mendatangkan fitnah.Kalau ada jiran tetangga mahupun sesiapa sahaja yang kita kenali tersempak kita dengan sahabat kita itu,tidak kah mereka akan berfikiran bahawa itu Boyfriend kita?Kita sedang dating?Mungkin kita tak kisah apa jua pandangan orang sekeliling dan apa jua yang orang sekeliling nak kata,biar kan.Asal kita tahu kebenarannya bukan?Tapi..Kita lupa ke yang wujudnya fitnah itu berpunca dari siapa?Dari diri kita bukan?Kita takda share ke atas fitnah yang wujud tuh?Ada..Tak pasal-pasal kita turut berdosa..Free-free je dapat dosa.Tak worth it kan?Lagi satu,takkan wujudkah perasaan istimewa disebalik perhubungan persahabatan antara lelaki dan wanita?Pasti ada..Wujudnya perasaan istimewa membawa perhubungan persahabatan bertukar menjadi sebuah hubungan yang lebey istimewa.Hubungan istimewa yang wujud itu berupaya membawa kita selangkah mendekati Zina.Bukan kah kita perlu menjauhi maksiat dan menjauhi perkara-perkara yang boley membuatkan kita mendekati Zina?Eh,ape pulak dekati zina?Cuma keluar jarang-jarang,bergayut di telefon,sms dan bukannya berpegangan tangan pun..Boley dikatakan zina ke tuh?Ouh,mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu..Banyak cara boley terjadinya zina..Melalui hati,akal fikiran dan sebagainya..Kenapa?Bila hati terlalu mencintai dan berlebihan merindui seseorang,kita jadi alpa dan lalai,itu sudah menjerumus ke arah zina..Bukan kah kita harus berpada-pada dalam mencintai sesama manusia.Zina melalui akal fikiran pula bila kita sepanjang masa asyek teringat akan si dia,memikirkan apa yang si dia lakukan,membayangkan apa yang si dia pakai dan apa yang kelihatan cantik pabila dipakai oleh si dia dan sebagainya.Kita membayangkan seseorang itu ibarat dia ada di depan kita,itu boley menjadi kepada zina sebab kadang kala akal berfikir melebih had dan batasnya..Kita manusia biasa,iman senipis kulit bawang..Adakala iman kita mantap tapi adakala kita goyah..Tiada istilah bercinta kerana ALLAH sebab bercinta sesama bukan muhrim/mahram hukumnya haram..Kalau kita bercinta ibarat kita selangkah mendekati zina..Tak salah untk jatuh cinta,manusia punya hati dan perasaan.Tapi rasa cinta itu biarlah perpada-pada bukan?Jangan percaya pada cinta,sebaliknya percayalah pada jodoh ALLAH..Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya..:))).Tak mudah untuk berubah menjadi baik..Tak mudah untuk berubah ke jalan yang diredhai-NYA..Tapi jika kita kuatkan iman melangkah ke arah kebaikan,Insyallah kita selangkah menghampiri keredhaan-NYA..Aja bersyukur ada family yang sentiasa bercakap perihal agama dan ada adik yang sering menasihati perihal batas-batas pergaulan.Alhamdulillah..Tak ada manusia yang tak buat silap,tapi bila kita sedar ia satu kesilapan,perlulah kita perbetulkan nya.


"Kita bertemu kerana ALLAH,kita bersahabat kerana ALLAH,kita terpisah kerana ALLAH dan kita kembali bersahabat kerana ALLAH.."..Encah..

Haila!Terharu bila dengar bait-bait ayat di atas dari mulut encah..Aja faham perasaan encah yang serba salah.Tapi keredhaan-NYA perlu diutamakan..Memang sukar tapi aja tahu encah kuat untuk hadapi situasi neh..Percaya setiap kejadian itu ada hikmahnya.ALLAH tidak menguji hamba-NYA dengan dugaan yang melebihi kemampuan hamba-NYA...Untuk sahabat-sahabat(biha,ct,pakcik,farizuan,pok jak dll) encah..Kalian pasti mampu mengerti bukan?Jangan sukar kan perjalanan hidup kalian..Bersahabatlah kerana ALLAH..:))).So..
TC N bUbye 4NOW.

Nota HAILA;Takde pelat-pelat sebab ini SERIUSSS..Maaf kalau ada yang kurang senang dengan kata-kata aja,maaf ayat tunggang terbalik.Harap tak mengguris hati mana-mana pihak..Batas pergaulan aja masih banyak yang kurang terjaga,tapi aja cuba jaga sedikit demi sedikit..Manusia terkadang sedar mereka buat kesilapan,tapi sering terlupa untuk memperbetulkan kesilapan itu..Hakikatnya,manusia memang khilaf bukan?Kalau tataw,kita belajar..Bila dah tahu,cuba praktikkan..Memang tak mudah nak jadi baik..Baca Novel VERSUS(Hlovate),pasti sedikit sebanyak kita sedar betapa khilafnya kita..




Lots of lurv,

 
blog template by suckmylolly.com